Laporan Majlis Taklimat Dekan & Penganugerahan Sijil Dekan

Posted by NIZA.Ati on Thursday, September 18, 2008 [ ]

LAPORAN

MAJLIS TAKLIMAT

DEKAN DAN PENGANUGERAHAN

SIJIL DEKAN

TARIKH :

28 Ogos 2008

TEMPAT :

Auditorium Kompleks Taman

Seni Islam Selangor

MASA :

2.30 Petang – 5.00 Petang

ANJURAN :

BAHAGIAN SUMBER & PELAJAR

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS

KUANTITATIF

DENGAN KERJASAMA

SEKRETERIAT MAHASISWA FAKULTI , FTMSK

1.0 PENGENALAN

Majlis Penganugerahan Sijil Dekan ini diadakan bagi meraikan para pelajar

yang telah mendapat keputusan yang cemerlang (PNK 3.5 ke atas) pada

semester Januari-April 2008 yang lepas. Selain itu,terdapat juga Taklimat Dekan

kepada semua pelajar & staff .



2.0 OBJEKTIF

1. Menyampaikan sijil Anugerah Dekan kepada pelajar yang telah mendapat

PNK 3.5 ke atas pada semester Januari-April 2008.

2. Memberi kesedaran kepada pelajar agar dapat memenuhi hasrat Dekan

melalui taklimat yang disampaikan oleh Dekan.

3. Meraikan para pelajar tersebut di dalam suatu majlis yang istimewa di atas

kerja keras yang telah ditunjukkan oleh para pelajar tersebut.

4. Meraikan semua pelajar-pelajar baru yang memulakan pengajian semester

ini.



3.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT PROGRAM

Puan Salina Ismail

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Saudara Mohammad Hafidz Rahmat

Saudari Tengku Noor Hidayah Tengku Azan

PENGARAH PROGRAM

Saudari Nazatul `Izzati Hj Zainal Abidin.

SETIAUSAHA

Saudari Nor Maisharah binti Suhaimi

BIRO TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA

Saudara Syed Anwar Shahrim

Saudara Mohd Azman Kudus

Saudara Muhd.Asyraf Muhd Yusof

BIRO JEMPUTAN & PROTOKOL

Saudari Hazwani Mohd Mohadis

Saudari Noraini Ngdimin

BIRO PENDAFTARAN

Saudari Nur Farazella Husin

Saudari Hani Munira Mohd Nor

Saudara Ahamad Haziq Omar

Saudara Mohd Najir Tokachil

Saudara Anas Fathul Ariffin

Saudara Ahmad Nur Azam

BIRO LOGISTIK

Saudara Ahmad Amar abdul Rahim

Saudara Wan Najmuddin b. Wan Ali

BIRO SIJIL DAN HADIAH

Saudari Haryati Ambar

Saudari Nur Afriza Baki

Saudari Aini Suria

Saudara Mohd. Fahmi

BIRO PROGRAM

Saudari Norfaizan Ahmad

Saudari Juliza Mohamad

PENGACARA MAJLIS

Saudari Nas Fatehah Mahadi

Saudara Muhd. Ikram

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

Saudara Mohd Ferdaus Mohd Khasim

Saudara Mohd Asward



4.0 TENTATIF PROGRAM

MASA : ATURCARA

2.30 petang : Ketibaan Para Pelajar

2.50 petang : Ketibaan Ketua Program, Pengerusi Pusat Pengajian

Dan Para Pensyarah

3.00 petang : Ketibaan Timbalan Dekan FTMSK

Prof. Madya Khalil Haji Awang

3.05 petang : Bacaan Doa

3.10 petang : Nyanyian lagu “Negaraku” dan UiTM Dihatiku”

3.20 petang : Ucapan Dekan

3.40 petang : Penganugerahan Sijil Anugerah Dekan

- Diploma

- Ijazah Sarjana Muda

- Anugerah Pasca Siswazah

4.45 petang : Anugerah Yayasan Dato Ali

5.00 petang : Miunum Petang & Bersurai



5.0 LAPORAN PROGRAM

Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Penyampaian Hadiah Sukan

antara Program FTMSK telah diadakan pada 28 Ogos 2008, Khamis bertempat

di Auditorium Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Program ini dianjurkan oleh

Bahagian Akademik dan Pelajar FTMSK dengan kerjasama Sekreteriat

Mahasiswa Fakulti FTMSK. Urusetia yang terlibat untuk program ini kira–kira 20

orang. Program ini bermula pada jam 2 .30 petang dengan pendaftaran

pelajar. Kira-kira 300 pelajar hadir pada majlis ini. Setelah pelajar membuat

pendaftaran, urusetia yang bertugas akan memberitahu kedudukan tempat

yang seharuskan pelajar duduk mengikut program masing-masing.

Para pensyarah dan tetamu-tetamu yang hadir turut disambut oleh

urusetia yang bertugas. Majlis bermula kira-kira jam 3.00 petang setelah tibanya

Prof. Madya Khalil Haji Awang iaitu Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat

dan Sains Kuantatif mewakili Dekan kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab

tertentu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ahmad Nur

Azam. Diikuti dengan nyanyian lagu ”Negara Ku” dan ”UiTM Dihatiku”.

Seterusnya ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Saudara Muhd Ikram dan

Saudari Nas Fatehah Mahadi.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Dekan oleh Prof. Madya Khalil Haji

Awang yang dimulai dengan Taklimat Pentadbiran Fakulti. Beliau menerangkan

carta organisasi Pentadbiran Akademik dan Pengerusi Pusat Pengajian, senarai

program-program yang terdapat di FTMSK, senarai Ketua Program, senarai

Koordinator, senarai nama pegawai yang boleh dirujuk jika berlaku sebarang

masalah mengikut bahagian, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar FTMSK, Persatuan

Utama FTSMK iaitu Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan presiden-presiden kelab. Ini

diikuti dengan tarikh-tarikh penting sepanjang semester Julai –November 2008,

Bilangan Staff FTMSK, Aktiviti Akademik FTMSK untuk staff dan pelajar serta

aktiviti-aktiviti lain yang telah dibincangkan. Selain itu, beliau turut

mengucapkan tahniah kepada 5 orang pelajar dari program Sarjana Muda

Sains (Kepujian) (Sains Aktuari) kerana telah lulus dalam Peperiksaan

Society of Actuaries(SOA)

. Seterusnya beliau meneruskan lagi dengan Laporan
Peperiksaan April 2008 dan disusuli dengan Amanat Dekan dimana

beliau menekankan tentang ”Pendekatan 3A” iaitu Audit, Autonomi dan Apex.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Dekan yang

disampaikan oleh Prof. Madya Khalil Haji Awang, Anugerah Yayasan Dato’ Ali

yang disampaikan oleh Dato’ Ali sendiri. Majlis bersurai kira-kira jam 5.00

petang. Para jemputan dan para peserta kemudiannya dijemput untuk

menjamu selera.



Disediakan oleh,

…………………………….

(Nor Maisharah binti Suhaimi)

Setiausaha,

Program Majlis Taklimat Dekan &

Penganugerahan Sijil Dekan,

Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif.

Disahkan oleh,

……………………………..

(Pn Salina Ismail)

Penasihat,

Program Majlis Taklimat Dekan &

Penganugerahan Sijil Dekan,

Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif.

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri