Kursus Pengurusan Organisasi FTMSK

Posted by NIZA.Ati on Thursday, November 27, 2008 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,

21-26 November 2008, telah pun diadakan kursus pengurusan organisasi kepada bakal2 pemimpin di dalam FTMSK... kursus ini telah dihadiri oleh 45org peserta. Bermula pada 21 November 2008, kami telah bertolak dr UiTM Shah Alam pada jam 10pagi. Perjalanan yang mengambil masa 9jam (termasuk benti solat,lunch & dinner). Sesampainya disana, kami merehatkan diri di bilik masing2... Tapi tidak pada AJK..mlm tu we all buat meeting..hasrat Izan & Aini suria tuk "meeting" di bilik TV tak kesampaian...haha...



Meeting

Meeting malam tu..aku byk diam drpd berbicara... dalam kepale otak, macam2 aku pk...keputusan meeting malam tu...dan akhirnye..aku tau itu akan terjadi..papepun tuk SMF baru..semoga kalian tetap bersatu wlp ade yang menjadi "sembilu". Malam tu juga aku byk diam sbb kesedihan itu mula menguasai aku... Aku bakal meninggalkan SMF...mungkin hanya pada nama tapi tidak lagi akan bersua org2 yang seperti selalu aku jumpe di dalam SMF.
Hari kedua, pada pagi tu bermula dengan ice breaking yang di conduct oleh diri ku sendiri... Kemudian diikuti oleh ceramah dr Ustadz Mohd Nor..seperti biase...tak kering gusi mendengar ceramahnye..dan ku rase...ACAP lah org yang paling asyik jd bahan ustadz..haha...tak sangka lak ape yang we all borakkan time minum pagi tu menjadi idea tuk ustadz....Pada petang itu pula, bermula la sesi LDK tuk membuat proposal tuk event wajib FTMSK....dengan dibantu oleh urusetia2.... LDK disambung ke malam dan pada malam itu telah diadakan meeting bersama puan aida dari jam 12 hingga ke 4pagi...wlp mengantuk tetap bertahan... Di dalam meeting tersebut, puan aida telah pun "declare" aku tuk menjadi pengarah majlis penganugerahan pelajar cemerlang tahun akhir pada semester hadapan walaupun sebenarnye aku turut diraikan. Ntah la..tuk aku menolak itu bukan prinsip aku bila mendapat tugasan..lgpun sebenarnye aku berbesar hati..tinggal lagi aku belum beri kata putus.

Pada pagi hari ketiga mereka masih menyiapkan proposal...tapi kali ini tuk persatuan... Sementara itu aku, izan dan aini menyiapkan dokumen2 yang akan diberikan pada semua semasa Annual Grand Meeting nanti... Pada petang itu telah diadakan AGM...tapi aku lak yang tak datang..lepas solat zohor terus tertido...join venture dgn aini suria..haha... Tapi petang tu aku datang around kul4 ptg...sempat pula memberi ucapan dan harapan pada SMF baru atas permintaan acap.... Kemudian terus aku, din, aini suria, balay, abg amar & syed ke pantai tuk mencari port tuk sukaneka nanti...

Aku melihat semua pun terhibur time sukaneka.. semua sporting.. kelakar...mcm2 aksi & kreativiti yang dapat dilihat. Paling penting supaya terlepasnye tension2 mereka dalam membuat proposal...sebelum continue lagi malam tu..... Idea2 permainanan dalam sukaneka itu telah disumbangkan oleh Izan, Aini & dirku sendiri... Cume yang p tanam gula2 dalam pasir tu sbb angin kuat jd aku xleh nak pakai tepung..and mmg ttb lak korunk kene pakai "chopstick" dr awal sampai abes...haha...Tanam kacang dalam pasir tu pun sbbnye diaorg ni dah hancurkan pinggan..huhu... Yang lain tu seperti menimbunkan lagi pasir tu...ha..tu bukan idea aku... Tu urusetia korunk yang pedajal korunk...hoho... Huhu...hari tu begitu menguji TEKAK aku...terpakse ku menjerit tuk bercakap...nak lawan bunyi air laut yang kuat tu.... Alhamdulillah la korunk ni jns dgr ckp gak...haha...cayang korunk... Sesudah tamatnye sukaneka, kami para urusetia terus ke hotel uitm tuk makan malam bersama penasihat kami iaitu puan aidawaty, dan timbalan dekan P.M khalil dan P.M Mazani. Malam itu juga aini suria, acap dan abg asward balik ke Shah Alam... sedey rasenye melepaskan mereka pergi.... Next sem mereka dan praktikal..jd dah tiada lg di fakulti... Sebenarnye, apa yang menyedihkan kami adalah selepas resign ni..kami dah tak same2 organize event etc...kerjasama antara kami yang merapatkan kami hingga seperti adik beradik... Dan aku akui.. dalam byk2 organisation yang aku join dr sek ren hinggalah kini...dari menjadi president koperasi, krs, mpp etc... SMF nilah organisation yang paling aku suka..memandangkan kami semua menjalankan tugasan dan aktif (kecuali 2 org).


Pada pagi hari keempat, semua peserta masih bertukus-lumus menyiapkan proposal memandangkan perbentangan akan dibuat pada petang itu dihadapan puan aida, penasihat2, prof Khalil & prof Mazani. Pagi itu juga penasihat telah turun padang tuk melihat proposal2 persatuan dan membantu apa yang perlu. Aku pula sibuk dengan tugas ku tuk mengumpul semua proposal dan membuat slide perbentangan. Kemudian, pada petang itu bermulalah sesi perbentangan..aku yang sepatutnya jaga slide akhirnye meminta abg asyraf tuk conduct sbb aku mengantuk sgt hingga ketika prof khalil memberi ucapan aku dah terlena seketika...huhu... Abg asyraf xde masalah tuk handle bg pihak aku.. kemudian aku naik ke kerusi yang lebih tinggi kedudukannya..dan aku pun...zzzZZZZzzzzzz...........hahaha... hinggalah puan aida dtg kepada ku...tergelak dia... Tp xlah aku segan sgt pun..sbb org len xtau pun aku tdo kat blkg...haha... Lgpun Din dan Balay pun tido gak... :p Puan Aida naik kerana ingin bertanya pada aku tentang hadiah2 penasihat. Setelah itu, aku keluar tuk melihat samada minum petang telah sampai atau tidak.... Pada malam itu pula telah diadakan Malam Kebudayaan... hati aku betul2 terhibur dgn persembahan mereka... Hilang seketika penat aku dalam menguruskan kursus ini dan kesedihan aku yang hanya aku shj yang tahu...TX to all... :D




Antara Mantan SMF

Hari kelima, semua persatuan membetulkan semua proposal sebelum menghantar proposal terakhir pada aku tuk di print dan diberikan pada puan aida...dan pada petang itu mereka telah ke pantai tuk menikmati keindahan pantai sebelum pulang... aku & aini pula menghabiskan masa dibilik sesudah aku menunaikan solat zohor... Pada malam itu, aku tak turun ceramah memandangkan proposal2 itu perlu di print...maka tinggallah aku keseorangan membuat kerja...huhu...hehe..no prob sebenarnye...cume kene berani skit la...

Hari keenam, pada pagi itu kami bertolak pulang pada jam 10pagi...otw pulang, kami berhenti di kemaman tuk membeli keropok ikan, keropok lekor & sourviner...dan tempat terakhir yang menjadi perhentian adalah di kuantan...tuk menunaikan solat... Kami sampai di UiTM kira2 jam 7.30mlm... Tx to all... especially to Puan Aidawaty kerana banyak membantu, begitu juga kepada Izan, Aini, Aini Suria, Kak Ati, Abg Amar, Balay, Anas, Fahmi, Fara, Af, Din, Abg Asward, Azman, Abg Asyraf, Syed Anwar, Najir, Marsha, Hani, Ahho & Ju...dan kepada Acap...tx coz memberi kepercayaan pada akak...InsyaAllah lau ade rezeki..kite akan buat reunion tuk Sekretariat Mahasiswa Fakulti TMSK a.k.a DnA Society.




DnA Society

Sekretariat Mahasiswa Fakulti TMSK

2007/2008

5 comments

  1. tehOnipis Says:
  2. yup. u've done really good jobs azza. may god bless u.

     
  3. nizaati Says:
  4. May Allah bless u too... Jalankan amanah elok2 ea...

     
  5. hayati Says:
  6. thanks 4 reading my blog.. hee, xbyk sgt cite psl terengganu pong.. neway, it's a gud trip =)

     
  7. Anonymous Says:
  8. oit..xkan gambo smf jer..mane gambo kami..-muk

     
  9. nizaati Says:
  10. uiks..gmbr smf je la..sbb my blog..haha...gambo korg byk sgt..cantik sgt sume sampy xtau nak pilih yg mane..gamba we all ckit..so sng nak pilih :p

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri