SIFAT EGO

Posted by NIZA.Ati on Saturday, January 31, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Melihat disekeliling Niza pada hari ini, membuatkan Niza benar2 ingin ketengahkan tajuk ni... Niza tidak menunding pada sesiapa memandangkan kita sebagai manusia punya sifat EGO tersendiri. Walaubagaimanapun, the way how we use to manage it, is really IMPORTANT. EGO adalah satu sifat yang mempunyai unsur-unsur negatif dalam diri setiap individu itu. Sifat ego ini sebenarnya tidak baik untuk diri dan orang lain kerana ianya akan merosakkan minda dan ketenangan. Sedar atau tidak kebanyakkan orang memiliki sifat ego ini, sedangkan sifat itu mempunyai unsur-unsur negatif yang akan merosakkan diri setiap individu serta menghapuskan unsur-unsur positif yang baik untuk diri.

15 sifat ego yang perlu disemak pada diri
SIFAT EGO
1. Diberi jawatan rasa terhibur
2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang
3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat
5. Emosional dan mudah tersinggung
6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain
7. Mudah marah, cepat melenting
8. Payah menerima pandangan orang lain
9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah
12. Suka pandangannya sahaja diterima
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar terserlah kesempurnaan dirinya
14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar
  • Yang mana satukah diantara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik......... ##

Sejarah sifat keegoan ini bermula telah lama, semenjak zaman Nabi Adam dijadikan lagi, di mana bila Tuhan memerintahkan Iblis menghormati Nabi Adam tapi kerana sifat keegoan Iblis tidak mematuhi perintah Tuhan menyebabkan Iblis dilaknati oleh Allah.
Persoalannya perlukah sifat ego dalam diri setiap manusia?

Sifat kibir, sombong atau ego adalah penyakit paling besar di hati manusia. Tetapi ia tidak dianggap penyakit jiwa. Ia lebih terkenal sebagai sifat mazmumah. Orang tidak anggap sifat mazmumah seperti sombong atau ego itu sebagai penyakit jiwa walhal ia adalah penyakit jiwa yang paling bahaya.

Sombong ini sekurang-kurangnya ada tiga peringkat buruk atau jahatnya iaitu:

1. Apabila manusia sombong, ertinya dia mengambil sifat atau pakaian Tuhan yang tidak dibolehkan oleh Tuhan. Ada Hadis Qudsi yang menyatakan:


Maksudnya: "Kibir itu adalah selendang-Ku dan kemegahan adalah sarung-Ku. Barang siapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam." (Riwayat Abu Daud)


Sifat Tuhan ada 99. Salah satunya ego. Sifat-sifat lain boleh kita mengambilnya terutama sifat Rahman dan Rahim. Tapi sifat yang satu ini hak mutlak Tuhan. Pakaian Raja segala raja. Siapa yang ada sifat ego, ertinya dia mengambil pakaian Raja segala raja.

Orang yang ada sifat ego, terutama yang menebal, sebenarnya dia mengaku dirinya Tuhan secara tidak langsung. Ini mazmumah besar selain kekufuran dan syirik. Bahkan dari ego boleh lahir syirik.

Bagi orang yang masih sayang egonya, walaupun dia tidak mengaku dirinya Tuhan, secara tidak langsung dia pertuhankan dirinya. Ini merupakan dosa besar.

2. Sifat ego ini bukan dimulai oleh manusia tetapi dimulai oleh iblis laknatullah. Bahkan sifat ego adalah mazmumah yang pertama berlaku. Bukan manusia yang cetuskan tetapi iblis, makhluk yang paling dimusuhi oleh Tuhan. Mana ada makhluk yang lebih dimusuhi oleh Tuhan kecuali iblis. Musuh paling besar di sisi Tuhan ialah iblis. Seolah-olah dialah makhluk pertama yang mempertuhankan dirinya. Ini keburukan yang kedua. Jadi kalau ada orang yang masih simpan sifat ego, dibelai-belainya dan dijadikan senjata, ertinya dia mengikut iblis, bukan ikut Tuhan. Hadis menyebutkan:

Maksudnya: "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (Riwayat Muslim)


Begitulah marahnya Tuhan pada orang yang ego kerana dia mengikut iblis, tidak ikut Tuhan.

3. Sifat ego ini salah satu sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Bahkan dari ego, seseorang itu boleh jadi kufur apabila ego itu sudah besar. Dari sifat ego ini melahirkan lebih banyak mazmumah-mazmumah yang lain. Dari satu mazmumah, beranak-anak mazmumah yang lain. Seolah-olah ego itu bukan buah lagi tetapi ia adalah pokok kejahatan dalam hati manusia, yang akan melahirkan buah-buah kejahatan, yang berduri, kelat dan beracun.
Dari EGO, lahirlah sifat pemarah, dendam, sifat keras hati dan susah terima kebenaran. Dari situ lahir penzaliman. Sudah berapa banyak sifat yang dilahirkan oleh ego, yang bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan mengharu-birukan kehidupan, memecahbelahkan rumah tangga, masyarakat, antara etnik dengan etnik, bangsa dengan bangsa dan akhirnya mencetuskan peperangan.
Betapa bahayanya sifat kibir ini. Penyakit jiwa yang tidak dianggap penyakit jiwa oleh orang akal. Penyakit jiwa dari mazmumah, terutamanya kibir, menyebabkan hancurnya dunia, hancurnya pembangunan, pecah belah kaum dan kemuncaknya berlaku peperangan.

Jadi sifat kibir ini seolah-olah pokok yang boleh melahirkan buah-buah yang lain. Buah besarnya ialah sifat pemarah, hasad dengki, keras hati dan payah hendak terima kebenaran. Betapalah kalau kebenaran itu datang dari orang di bawahnya.

Dari kibir, lahirlah pemarah. Orang yang pemarah ini, berani marah terang-terangan sebab waktu dia marah itu dia rasa dia besar. Emak ayah yang bersifat ego, dia marah anak-anaknya secara terang-terangan. Anak yang ego, dia menyimpan marahnya. Untuk melepaskannya, tidak berani kerana emak dan ayahnya di depannya. Dia menyimpan dendam.

Begitu juga bos di pejabat. Dia akan ledakkan kemarahannya kepada staf-stafnya di pejabat. Pekerja yang tidak bersalah pun jadi susah hati walaupun bos hanya memarahi pekerja yang bersalah. Haru-biru dibuatnya. Tetapi kalau pemarah itu berlaku pada pekerjanya, dia tidak lahirkan pemarahnya sebab bos ada di depannya. Dia simpan dan berdendam. Dendam yang disimpan itulah merupakan bom jangka yang bila ada peluang akan diledakkan. Contohnya waktu bos berjalan di tempat sunyi, dia tembak bos. Lambat dia hendak melepaskan kemarahan itu tetapi sekali dia lepaskan, bahaya.

Demikianlah juga kalau dia pemimpin, dia boleh marah rakyatnya. Waktu itu, rakyat tidak berani melepaskan kemarahannya. Marah itu disimpan. Jangka panjang, berlakulah jenayah. Dia akan mengata-ngata pemimpin itu di belakangnya. Dia bermusuh dengan orang yang mengikut pemimpin itu. Dia lakukan sabotaj, vandalisme dan bermacam-macam perkara pada mereka.
Kesan dari marah yang tidak dapat dilepaskan waktu itu, disimpan dan dalam jangka masa yang
lama, ramai masyarakat yang haru-biru bila kemarahan itu dilepaskan.

Orang yang memiliki sifat ego; sama ada pemimpin, bos pejabat atau emak ayah; dia suka menzalimi. Kalau anak-anak atau pengikut pula ego, dia payah hendak taat. Kalau dia pemimpin, dia akan berlaku zalim. Kalau dia pengikut, dia tidak boleh taat. Inilah kesan dari ego.

Selain itu, kesan dari ego ialah tidak boleh menerima kalau orang lebih darinya. Terutama kalau sama-sama sekampung, sekelas, sejemaah, setempat kerja atau sebagainya. Tidak boleh orang
melebihinya. Tidak boleh orang lebih kaya, lebih pandai, dia akan hasad dengki. Bila datang hasad dengki, dia akan fitnah orang itu, dia akan upah orang untuk menganiaya orang itu. Itulah kesan dari sifat ego.

Betapalah kalau sifat ego ini dimiliki oleh penguasa besar. Dia tengok bangsa-bangsa lain itu seperti tikus-tikus sahaja. Dia singa atau harimau. Dia akan serang sana dan serang sini. Tetapi bagi negara lemah yang diserang, yang rakyatnya lemah, dia tidak buat begitu tetapi dendam kesumatnya mendalam. Apabila jumpa orang-orang dari negara penguasa itu, dia akan bunuh. Maka tidak tidur malamlah 'singa' yang ego kerana 'tikus-tikus' yang ego.

Masing-masing melepaskan sifat egonya dengan cara masing-masing. Yang lemah secara lemah, yang militan secara militan. Isteri ada caranya sendiri, suami ada cara sendiri, anak-anak pun ada cara sendiri untuk melepaskan ego. Tidakkah haru-biru dunia? Akhirnya bila semua sudah ego, orang besar susah, orang kecil susah, ulama susah, orang bodoh susah, kerajaan susah dan rakyat pun susah.

Inilah kesan dari mengambil pakaian Tuhan. Kesan dari menjadi pengikut iblis bukan pengikut Tuhan. Lahirlah pemarah, pendendam, sakit hati, tidak taat. Rupanya ego ini adalah penyakit jiwa yang jadi punca kerosakan. Tapi orang tidak ambil berat tentang hal ini. Orang mengambil berat sakit jiwa yang membawa kepada penagihan dadah. Tapi itu kecil sebab ia tidak membawa kepada peperangan. Berlakukah dalam sejarah, pesakit jiwa yang menagih dadah itu berperang? Tetapi kerana sakit jiwa yang bersifat mazmumah, disebabkan sifat ego berlaku haru-biru dalam parti politik, dalam keluarga, dalam jemaah, dalam masyarakat dan dalam negara.

Apakah tempat pemulihan ego sudah diwujudkan sebagaimana tempat pemulihan penagih dadah? Sepatutnya ada pusat pemulihan ego kerana ia lebih bahaya dari penagihan dadah. Tetapi kalaupun ada pusat pemulihan ego, siapa yang hendak merawat penyakit ego itu? Semua
orang ada ego. Mana ada orang yang tidak mempunyai sifat ego. Pendakwah pun ego. Yang hendak baiki ego pun sama-sama ego. Bertambah besarlah ego itu. Penagih dadah itu boleh dibuat pusat pemulihan kerana ada orang yang tidak terlibat dengan penagihan dadah. Jadi mereka boleh merawat penagih dadah.

Dunia hancur kerana sifat ego. Ada orang sayang hendak membuang egonya. Dia rasa terhibur dengan egonya. Kalau dia bos, bolehlah dia gertak-gertak pekerjanya. Kalau dia pemimpin, senanglah hendak gertak pengikut. Kalau ibu bapa, senang hendak gertak anak-anaknya. Kalau dia kawan, senanglah hendak perli kawan. Sesetengah orang menganggap ego itu perlu dibela. Sebab dia fikir, semua orang sudah ego, takkan dia tidak boleh ego. Nanti dia kena perli, kena zalimi, kena aniaya, kena marah. Maka baginya senjata ego itu penting.

Begitulah bahayanya sifat ego kepada kehidupan manusia. Orang yang ego bukan sahaja memakai pakaian Tuhan, tetapi dia juga menjadi pengikut iblis. Dari sifat ego itulah lahirnya berbagai-bagai mazmumah lain yang mengharu-birukan kehidupan manusia.
p/s: Sama-sama kita muhasabah diri kita kembali... Berbalik pada ajaran Al-Quran & As-Sunnah serta saling berpesan-pesan... Kerana kita adalah hambaNya yang sering alpa dalam menjalani kehidupan yang hanya berbayangkan dunia semata... Buat diriku dan juga semua pembaca....wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri