BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, March 3, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Berjalan, Melihat Mentafsir... Ya...Dats my blog... This blog... Yang kalian selalu baca cerita2 yang terkandung di dalamnya... Yang mencatatkan pelbagai cerita kehidupan tauladan dan agama, kehidupan seorang insan yang ber"nick" name kan NIZAATI a.k.a NIZA_ATI dari uruskan pelajaran, lawak, dunia IT (Tapi tak banyak lak..hehe...), program2 atau event yang dikendalikan mahupun disertai serta macam2 lagi.

Dalam menyusuri kehidupan seharian, sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku pada kita mahupun di depan kita mempunyai maksud yang tersirat. Cuma kadang kita tidak pernah terfikir atau lambat untuk kita berfikir mengenai apa yang berlaku. BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR.... Niza rasa inilah yang sesuai Niza namakan blog Niza ni... walaupun mungkin orang lain kate tak sesuai (tak pernah ade org kate pun.. :p) tapi ikut suka Niza la nak letak name apepun kan...hehe....

Rupanya, Berjalan Melihat Mentafsir merupakan tajuk lagu dan tajuk album kepada kumpulan NowSeeHeart... Walaupun Niza ni minat nasyid tapi tak pernah lak dengar lagu ni... Erm... Hujung tahun last year baru Niza tau wujudnya lagu ni. Bila Niza dengar lagu ni... Sayu hati.... Buat pembaca semua... Niza lampirkan lirik disini... Cubalah memahami, selami hingga terus ke lubuk hati kalian.

Tajuk Lagu: Berjalan, Melihat & Mentafsir
Kumpulan: Nowseeheart
Album: Berjalan Melihat Mentafsir



Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan satu
Keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Semaikan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti

Lagu: Khairil Azrin Rafli
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


Dalam menyusuri kehidupan seharian, kita sering terhimpit dalam pelbagai keadaan. KeEGOaan & keSEMPITan itulah yang membuatkan kita sering alpa tentang kehidupan yang sebenar. Kita diuji dan dalam kekusutan, kita sering dan terus-menerus LUPA akan hubungan yang sebenarnya terjalin lama...sejak AZALI... Iaitu hubungan seorang HAMBA & ALLAH MAHA PENCIPTA seluruh kehidupan. Buangkanlah keegoan, semaikanlah sifat mahmudah dalam diri... Supaya kelak yang terhasil dari tindakan kita membawa erti buat diri kita dan orang lain dan paling penting bekalan kita di akhirat kelak.

JIKA HIDUP DI DUNIA TIDAK BERERTI, PASTI DI AKHIRAT KELAK KITA 'KAN RUGI

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri