SIFAT DAN SIKAP ORANG BERTAQWA

Posted by NIZA.Ati on Monday, March 23, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Baru semalam ada salah seorang sahabat bertanyakan tentang "TAQWA" kepada Niza. Maaf buat akhi azizol, tak dapat ana membantu. Walaubagaimanapun hari ni Niza akan menyentuh tentang taqwa ni. Sumber ini didapati dari internet juga dan telah lama berada dalam simpanan. Dont worry tentang kesahihan information yang ada dalam entry Niza coz' insyaAllah Niza masih lagi menyampaikan info yang muktabar. Info ni buat peringatan kepada diriku dan semua. InsyaAllah.

Menurut Ab Rahman al-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak zahir & batin, maka wajarlah sebagai balasannya kita meninggalkan laranganNya seperti syirik, fisq, dan maksiat.Hendaklah kita mentaati perintahNya.

Menurut al-Kalbi dalam tafsirnya al-Tasheel, ketaqwaan menatijahkan perkara-perkara berikut :
Mendapa hidayah
Mendapat bantuanNya
Mendapyat perlindungan
Mendapat Kasih syg
Mendapat Keampunan
Mendapat Pelepasan
Mendapat Rezki
Kemudahan urusan
Dilipatgandakan nilai amalan
Diterima amalan
Mendapat Kejayaan
Mendapat Kegembiraan / ceria
Masuk syurga & selamat dari neraka

Tanda-tanda taqwa menurut al-Kalbi lagi ialah
Takut hukuman akhirat
Takut hukuman dunia
Hendakkan balasan akhirat
Hendakkan bls dunia
Takut hari hisab dgn kesusahannya
Malu terhadap Allah inilah dia maqam muraqabah
Sentiasa hendak mensyukuriNya
Mengetahui kedudukannya berbanding dgn kuasa Allah
Mengagungkan Allah, itulah dia maqam hebat
Cintakan Allah

Tingkatan taqwa menurut al-Kalbi dlm tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:
Takut kpd Kufur, ini maqam Islam
Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat
Takut melakukan hal yg syubhat, ini merupakan maqam wara'
Takut melakukan hal yg harus, ini tkt org yg zuhud
Takut jika terfikir selain daripada Allah.Ini merupakan tkt org yang sampai kpd musyahadah.

SIFAT DAN SIKAP ORANG BERTAQWA SECARA UMUM
Sebahagian dari sifat, sikap, akhlak dan pakaian orang mukmin dan lebih-lebih lagilah orang yang bertaqwa itu ada diceritakan oleh Allah SWT di dalam ayat Al Quran:
Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan
rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang
dengan menggunakan harta-harta dan diri me¬reka di jalan Allah, merekalah
orang-orang yang benar."(Al Hujurat: 15)


Sifat, sikap atau akhlak orang mukmin dan orang bertaqwa yang dapat difahami dari ayat di atas dapat disenaraikan sepert berikut:
1. Percaya dengan Allah
2. Percaya dengan Rasul
3. Tidak ragu
4. Mengorbankan harta dan dirinya di jalan Allah

1. Percaya dengan Allah
Yakni percaya dengan Allah secara `ainul yakin dan bukan setakat `ilmul yakin. Orang mukmin dan orang bertaqwa yang percayakan Allah secara `ainul yakin ini, dia merasa hebat dengan Allah SWT Dia juga rasa gerun kepada Allah manakala hatinya sentiasa rasa malu kepada Allah. Hatinya sentiasa cinta kepada Allah dan redha apa saja yang ditimpakan oleh Allah kepadanya.

Selain itu, dia bertawakal kepada Allah saja. Yang mana dia percaya hanya Allah saja yang bisa membela dirinya. Inilah kepercayaan orang yang percaya kepada Allah secara `ainul yakin. Orang ini sudah bertauhid kepada Allah dengan jiwanya, bukan setakat akal atau fikirannya saja.

Orang yang percaya kepada Allah secara `ilmul yakin, itu sekedar imannya sah tetapi amat sukar baginya untuk memiliki sifat sabar dan redha kepada apa saja yang Allah timpakan kepadanya. Tidak mungkin dia dapat memiliki sifat tawakal, rasa hebat dan rasa cinta kepada Allah. Seperti dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:

"Hanya sanya orang mukmin yang sebenar itu, apabila disebut saja nama Allah,
gementarlah hati¬-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah,
ber¬tambahlah mereka beriman dan mereka terus menyerah diri kepada Allah." (Al
Anfal: 2)


Ayat-ayat Allah' dalam firman ini yang boleh menambah iman orang mukmin itu mempunyai dua maksud yaitu:

i. Ayat-ayat Al Quran yang sebenar.
ii. Ciptaan Allah yang dapat kita lihat dan dengar seperti langit, bumi, laut, gunung-gunung dan sebagainya. Itu adalah tanda kebesaran, kekuasaan dan bijaksana-Nya Tuhan. Itu juga tanda Tuhan itu Maha Mentadbir.
2. Percaya dengan Rasul
Ini berarti percaya dengan sifat-sifat yang wajib ada pada Rasulullah SAW yang diyakini dengan sepenuh keyakinan yaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Siddiq bererti benar dan betul tentang apa yang dikhabarkan serta bersetuju dengan setiap apa yang disampaikannya adalah dari Allah sama ada pada perkataan maupun perbuatan. Kemudian percaya bahwa pada Rasulullah itu ada sifat amanah, tabligh (menyam¬paikan) dan juga sifat fatonah (bijaksana).

Orang mukmin yang sebenar, lebih-lebih lagilah orang yang bertaqwa bukan percaya setakat itu saja tetapi dia juga mengikuti sunnah Rasul. Dia ikuti sunnah Rasul dalam apa aspek sekalipun termasuk dalam hal makan minum, ber¬pakaian, rumah tangga, pergaulan, masyarakat, dalam berjuang dan berjihad, dalam pendidikan dan pelajaran, dalam ekonomi pentadbiran hinggalah kepada soal-soal negara dan alam sejagat.

Jadi orang mukmin dan orang bertaqwa itu, dia bukan saja percaya dengan adanya para rasul yang bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Rasulullah SAW tetapi dia juga ikut me-negakkan sunnah Rasulullah SAW atau perjalanan Rasulullah atau cara hidup Rasulullah.

Barulah dengan itu akan tertegak dan akan nampak syiar Islam. Dalam AI Quran, kita disuruh oleh Allah untuk mene¬gakkan syiar. Firman Allah SWT:
Maksudnya:

"Barangsiapa yang membesarkan syiar¬-syiar Allah, maka sesungguhnya itulah
daripada hati yang bertaqwa." (Al Hajj: 32)

3. Tidak Ragu
Orang mukmin yang sebenar dan orang bertaqwa, keyakinan¬nya tidak goyang walaupun datang ribut taufan. Keyakinannya pada Allah dan Rasul tetap kuat dan padu walaupun orang caci maki dia, walaupun datang peperangan yang begitu sengit dan sebagainya. Hatinya juga tidak berganjak sedikit pun walaupun datang susah atau senang di dalam kehidupannya.


4. Mengorbankan Harta dan Diri di Jalan Allah
Orang mukmin yang sebenar dan orang bertaqwa itu, dia mengorbankan hartanya, jiwanya, dirinya dan tenaganya di jalan Allah. Iaitu dia berkorban menegakkan hukum-hakam Allah yang lima yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus di dalam kehidupan. Sama ada dalam hal yang mengenai dirinya ataupun rumah tangganya, pergaulannya, kenduri-kendaranya, pendidikannya, ekonominya, politiknya dan seterusnya kepada persoalan negara dan hubungan sejagat.

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: Maksudnya:

"Sesungguhnya mendapat kemenangan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. Dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali pada isteri mereka dan hamba sahaya milik mereka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan mereka yang melakukan sebaliknya itu adalah melampaui batas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji mereka, mereka yang sentiasa memelihara sembahyang mereka. Mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan me¬reka akan kekal di dalamnya." (Al Mukminun: 1-11)


Disenaraikan dalam ayat ini sifat-sifat orang mukmin seperti berikut:
1. Khusyuk dalam sembahyang
2. Menghindar dari perkara-perkara yang sia-sia
3. Menunaikan zakat
4. Menjaga kehormatan
5. Menunaikan amanah
6. Menunaikan janji
7. Sentiasa memelihara sembahyang.

SIFAT DAN SIKAP ORANG BERTAQWA SECARA KHUSUS
Orang bertaqwa itu mempunyai sikap yang tertentu terhadap berbagai orang dan perkara. Di antara sikap-sikap tersebut adalah seperti berikut:

1. Sikap orang bertaqwa dengan Allah, Tuhannya

Tuhan sangat dibesarkannya melalui ibadah sembahyang, zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Seperti merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang, pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur, berdisiplin sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya terasa senang dan tenang.

2. Sikap orang bertaqwa dengan syariat

Syariat sangat dijaga, pakaiannya menutup aurat dan bersih serta kemas.

Makan minumnya sangat dijaga dari yang haram dan syubhat. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Matanya selalu ditundukkan, percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap. Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram, masanya tidak dibiar¬kan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pan¬dai menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah dengan kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

3. Dengan gurunya

Dia sangat menghormati gurunya. Malu di hadapannya dan merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang, disebut-sebut nama dan jasanya. Bila ada masa selalu menziarahinya, mem¬beri bantuan dan hadiah. Bukan saja gurunya dihormati, bah¬kan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati juga. Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diberi umpat. Dia selalu mendoakan gurunya.

4. Dengan ibu bapa

Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapan mereka.lasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahan mereka dibantu. Kalau mereka orang senang, diberi hadiah selalu. Selalu diziarahi, sering didoakan dan aib mereka ditutup. Bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalau pun perlu bercakap, sekadar menjelaskan keadaan.

5. Dengan kawan

Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu, apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aib kawan ditutupkan, anak dan isteri kawan dimuliakan, kesalahan kawan dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat dia meminta maaf Menziarahi kawan me-milih waktu. Waktu ziarah tidak meliarkan mata. Kehormatan keluarga kawan dijaga.

6. Dengan umum manusia

Dalam pergaulan dengan umum manusia pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya. Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengi¬kut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai atau kaya atau ber¬pangkat, dia tidak sombong atau menunjuk-nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah dia tidak akan meminta-minta apalah lagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

7. Dengan tetamu

Dia sangat menghormati dan mengutamakan tetamu. Keperluan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihan¬tar sampai di hadapan pintu atau sampai di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Dia memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada dan di waktu mampu.

8. Dengan anak isteri

Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan karenah mereka, beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Dia mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam semua perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang. Yang masih belajar didisiplinkan mereka. Tidak sangat ditunjukkan kasih sayang dan tidak pula ditunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau yang sudah berkeluarga, mereka di buat seperti kawan, diajak berbincang dan berbual-bual. Dengan isteri bergurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hatinya. Bagi orang yang ada berbilang-bilang isteri, bertolak ansur dengan mereka dalam hal-hal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur di masa-masa yang tertentu walaupun dalam hal-hal yang di¬bolehkan untuk mendidik mereka.

9. Dengan situasi

Orang bertaqwa sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu di tempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang dapat melalaikan dan yang dapat jatuh kepada haram, atau yang dapat menggugat iman dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan dan tidak mem¬buka telinga untuk melihat dan mendengar perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Hatinya tidak rusak oleh suasana sekelilingnya. Keadaannya macamlah ikan di laut. Dia tidak masin oleh masinnya air laut.

10. Dengan ilmu

Orang bertaqwa sentiasa menambah ilmu dan pengalaman. Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunya juga ikut tua dan matang. Pengalamannya semakin luas, sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan penga¬jaran. Setiap isu semasa pandai mengambil hikmahnya, serta pandai menilai buruk baiknya. Hingga mendapat ilmu penga¬jaran darinya. Serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikap¬ nya. Orang bertaqwa itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini. Sebab itu orang bertaqwa tidak mudah tertipu dan ditipu dan tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif. Mereka mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang bertaqwa tidak mudah dicorak tetapi mudah mencorak.

11. Dengan masa

Orang bertaqwa sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan dia pandai membahagi-bahagikan masa mengikut jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, ada masa untuk menziarah, ada masa dengan anak-anak dan isteri-isteri, ada masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya. Begitulah seterusnya. Baginya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa artinya mensia-siakan umurnya. Dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.

12. Dengan harta dan mata benda

Orang bertaqwa, bila berhadapan dengan harta benda dan kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut-takut ia disalah¬gunakan. Karena itu dia bersyukur dengan Tuhan. Digunakan harta benda dan kekayaan itu untuk Allah dan untuk berkhidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia terbuat kerja-kerja yang dapat membazirkan harta benda dan kekayaan itu atau membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang bertaqwa merasakan harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Yaitu untuk diagih-agihkan kepada yang berhak dan yang empunyanya, terutamanya kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.


2 comments

  1. nurhubana Says:
  2. Salaam,

    mohon izin untuk copy letak ke dalam blog ana.. semoga bermanfaat, insya Allah...

     
  3. nizaati Says:
  4. Salam. Sile2....amik le ape2 yg patut ;-)

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri