Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah..selesai sudah Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir Sesi Dis 2008 - Apr 2009. Niza andaikan, Niza la org yang paling lega. Hehe...



So, nak bg ucapan sikit (ucapan ini terkandung dalam buku program)

Assalamu’alaykum wbt,
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, kita dapat berkumpul di “Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM” sesi Dis 2008 – Apr 2009.

Pertama sekali, ingin saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa majlis yang terdiri daripada Mantan Sekretariat Mahasiswa Fakulti 2007/2008 dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti 2008/2009 yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini. Tidak lupa juga kepada penasihat majlis iaitu Puan Aidawati kerana mempercayai saya untuk menguruskan majlis ini dan banyak membantu ahli jawatankuasa majlis.

Seterusnya kepada warga FSKM kerana turut hadir memeriahkan majlis pada malam ni. Tidak lupa juga kepada Yang Mulia Tengku Dato' Abdul Aziz Tengku Ibrahim dan pasangan beliau Datin Habibah kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka dan menyampaikan anugerah kepada mereka yang terpilih dalam pendidikan, sukan, kokurikulum dan kepimpinan.

Saya turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar semua kerana berjuang hingga ke peringkat terakhir di pengajian diploma dan ijazah. Walaubagaimanapun, perjuangan kita masih belum selesai dan banyak lagi cabaran yang akan kita tempuhi dalam kehidupan ini. Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Berikut adalah Senarai Nama AJK:
PENGARAH : NAZATUL `IZZATI BINTI HAJI ZAINAL ABIDIN
TIM. PENGARAH : KHAIROL IZWAN BINTI SHAFIE & AHMAD FAHMI PARIDIN
SETIAUSAHA : INI IMAINA BT ABDULLAH
BENDAHARI : NUR FARAZELLA BINTI HUSIN
PERSEMBAHAN : AHMAD HAZIQ OMAR, MOHD HAFIZI MOKTHAR,MOHD ASWARD KAMARUDIN
HADIAH & CENDARAMATA : MOHD ZIKRILHAKIM JALANI, NORAINI NGIDIMIN, NUR AFRIZA BAKI, WAN NAJMUDDIN WAN ALI,HARYATY AMBAR
TEKNIKAL : MOHD AZMAN KUDUS
PUBLISITI & PERSEMBAHAN MULTIMEDIA :MOHD ASHRAF YUSOF & MOHD NAJIR TOKACHIL
PENGACARA : NAS FATEHAH MAHADI & RAJA IRWAN SHAH
PUBLISITI & PENDAFTARAN : LAILI HANIMM MOHD HARIS, NORASYIDA OMAR
JURUKAMERA : AHMAD AMAR B. ABDUL RAHIN


Alhamdulillah..event berjalan dengan agak baik wlp tidak seperti yang Niza harapkan akan berlaku bbrp perkara yang tak diingini. Papepun, for me...its ok... Sebab, kalau xde ajk2 Niza...xde sape la nak run this program... So..Congrates to my AJK.

Ade bbrp isu yang timbul dalam event pada malam ini antaranya:
1. Pakaian student yang mengikut INTERNATIONAL MUHIBBAH...bukan seperti MUHIBBAH yang ada gambaq JALUR GEMILANG tu...dan ada juga yang dah jadi "ENGLISH WOMEN"
2. Persembahan CS220
3. Queen of the night
4. Bas pulang ke UiTM & seksyen 7

Biar Niza huraiankan satu persatu.
1. Mungkin ramai yang tak paham dengan perkataan "MUHIBBAH" kene bukak kamus la korang ni. Dan mungkin ada yang tak kenal JALUR GEMILANG (Bendera Malaysia) yang tertera dalam kad jemputan & banner serta poster. Oleh itu ramai( tak la jugak) yang berpakaian INTERNATIONAL MUHIBBAH...ape2pun xpe la asal pakaian tu TAK KETERLALUAN.
2. My AJK dah 3 MINGGU tampal poster kepada sesiapa yang ingin membuat persembahan dan Niza sendiri dah beritahu pada bbrp org wakil kelas. Dan yang kasi feedback hanya CS220 and CS112. So malam tu diaorg je la perform..sedap x sedap tu Niza xtau la sbb bukan Niza yang uruskan hal2 ni...
3. Sorry bagi pihak my AJK. Niza sendiri terkejut dengan pemilihan Queen of the night tu..yang berpakaian korea tu..papepun.. Mmg comel..haha...
4. Bas mmg disediakan..tapi oleh kerana kalian sibuk bergambar hingga tidak sedar yang hari sudah larut malam...oleh itu logiklah anda ditinggalkan bas..ye tak? Heh..jgn marah..tu sume dah ketentuan...kan...

Dan.........
kepada penerima anugerah berikut, Niza ucapkan tahniah.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM
HASNAN HILMI SALLEH
ALIIMRAN NOORDIN
NOOR AZLIN BINTI MOHD.RAZALI
ABDUL RAHIMAN ALI ACKBAR IBRAHIM
NADIA BINTI SAJALI
FA'IZA NURUL 'ASHIKIN BINTI IZANY
HADI SOPHIAAN BIN ROSLAN
UMMI SAA'DAH BINTI MARNI
ANIS SYAZWANI MOHD KAMIL
AINON SYAZANA BINTI AB HAMID
MOHD KHAIRUL BIN OTHMAN
SITI 'AISYAH BINTI SA'DAN
MOHD ARIFF BIN MOHD RAFEE
SYED ANWAR SHAHRIM BIN SYED ABDULLAH


ANUGERAH KHAS PENGHARGAAN
1. NOR MAISHARAH BINTI SUHAIMI
2. SYED NAUFAL GADDAFI BIN SYED AZUDDIN
3. HARYATY BINTI AMBAR
4. MUHAMMAD FADZLEY BIN SALIM
6. KHAIRIL FAIZI BIN ABD RASHID
7. MOHD SYAMSYUL NAHAR BIN MANSOR


ANUGERAH KESELURUHAN SUKAN
AHMAD NUR AZAM BIN AHMAD RIDZUAN

ANUGERAH KESELURUHAN KO-KORIKULUM
MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD FUAD

ANUGERAH KESELURUHAN AKADEMIK
NURIN HANIAH BINTI ASMUNI

ANUGERAH KHAS DOKTOR FALSAFAH
QAIS MAHROMYAR FARYADI

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN
NAZATUL `IZZATI BT. HJ. ZAINAL ABIDIN


KING & QUEEN OF THE NIGHT
ISMA AIDIL HAZARI
SI GADIS KOREA (Xtau name die..hehe..)


dan juga kepada CS225 kerana mendapat Hadiah Khas Program. Hadiah ini diberikan kerana kerjasama daripada student CS225 dalam membuat pengelasan meja mereka dan bayaran yang cepat. Pendek kata xde masalah la deal dgn diaorg ni..begitu juga dengan Ketua Program diaorg...cepat je comfirm & byr duit dgn Niza.

OK la...last skali....kepada semua warga FSKM....TERIMA KASIH kerana hadir dan ini adalah kehadiran yang teramai (sebab tu we all tak mampu nak kawal kebisingnan & keje bgambo korg). Tapi..buat kalian semua...andai ada lagi function sebegini..diharap kalian dapat menghormati org yang sedang berucap terutama VVIP dan juga menghormati majlis serta semua org yang berada dalam dewan. Kerana kita semua adalah HAMBA ALLAH yang hidup dalam berMASYARAKAT perlulah menghormati ORANG DISEKELILING kita. Maaf salah silap daripada pihak pengurusan majlis. Dan buat AJK...TZ A LOT...jika tiada kalian (kita) tiada siapa akan handle program ini.
-END-




After function, we all mantan SMF g minum2 dgn puan aidawati...best wlp hanya minum di gerai biasa...sebab dapat jumpe kwn2 seSMF sesi 2007/2008.

--> Jumpa kalian di Pulau Pangkor pada 15 Mei 2009.

Wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri