Amaran kesihatan bergambar wajib 1 Jun

Posted by NIZA.Ati on Thursday, May 28, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Baru2 ni Niza ade posting pasal Fatwa Yang Sering Dilupakan tentang merokok kan??!! Hari ni bace berita2 di online...terjumpe artikel ni lak.

Banyak kempen yang dijalankan oleh kerajaan tuk membendung masalah orang ketagihan merokok. So...kepada perokok2 diluar sane...ape yang anda lakukan? Hanya melihat? Tanpa berusaha tuk berhenti merokok?

----------------------------------------------------------------------------


ANTARA paparan amaran kesihatan bergambar yang akan diwajibkan pada setiap kotak rokok yang dijual di pasaran bermula 1 Jun ini.

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Jun ini, kesemua kotak rokok di pasaran wajib memaparkan amaran kesihatan bergambar atau didenda RM10,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, bagi memastikan peraturan diikuti, pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan mengikut keperluan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.


"Penjual yang didapati menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan amaran kesihatan bergambar selepas 1 Jun ini adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, katanya, amaran kesihatan bergambar pada bungkusan rokok yang dipaparkan untuk jualan juga tidak boleh dihalang daripada penglihatan oleh apa-apa benda atau alat semasa ia dijual.

Sebelum ini, kerajaan telah mewajibkan penggunaan amaran berkenaan tetapi ia dilanjutkan sehingga 1 Jun atas alasan syarikat rokok mahu menghabiskan stok lama.

categories: | edit post

2 comments

  1. nman Says:
  2. i love this one...bla la lagi kengkawan mo bhenti mrokok...rimas ngan asap...

     
  3. nizaati Says:
  4. hehe...betui2... Bagus la mun man x merokok..tga pun dah tauk =P

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri