Sahabati (sahabatku) : Jangan sakiti diri kalian lagi

Posted by NIZA.Ati on Thursday, May 28, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah, sekarang kami pelajar UiTM Malaysia FSKM sedang mengikuti Program Pertauliahan Profesional yang berlansung di 3 Fakulti iaitu FSKM, Kejuruteraan dan Sains Polici. Masih menuntut ilmu dunia.

Melihat pula keadaan diriku, kawan2 ku dan sekeliling, aku menjadi sedih. Dikala ini, pasti syaitan sedang bersorak gembira kerana berjaya meruntuhkan ukhwah yang terbina. Menyemarakkan kemarahan di hati2 manusia dan berjaya menghitamkan hati2 kami. Begitu juga aku, seorang insan lemah yang tak lepas dari nafsu ammarah, iaitu peringkat nafsu yang merbahaya.

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Apa yang aku marahkan? Apa yang mereka marahkan?

Marah ke aku? Sebenarnya lebih kepada terkilan. Seseorang yang pernah menyalah-ertikan aku dan juga pernah meminta maaf tentang itu masih mengukit ape yang pernah berlaku dan aku masih disalahkan. Dan aku makin terkilan apabila dikatanya aku membuat sesuatu yang aku tidak lakukan. Adilkah? Kawankah?

Tapi sejauh mane kemarahan dan ke"terkilan"an aku itu? Alhamdulillah Allah menganugerahkan aku sebagai seorang yang cepat sejuk hati. Pada aku, biarlah terus berlalu, BUKAN PANDANGAN MANUSIA YANG PENTING tapi PANDANGAN ALLAH PADA KITA. Oleh itu, istiqfarlah. Moga dijauhkan dari perkara2 keji.

"Sebaik-baik anak Adam ialah mereka yang lambat marahnya dan segera pula reda apabila sudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam ialah yang cepat marahnya dan lambat pula reda marahnya." (Hadis petikan Imam Ghazali dalam kitab Mauizhatul Mukmin)


Marah ke mereka? Aku tahu apa yang berlaku disekeliling aku. Tapi aku tak mampu berkata apa2 lagi. Adakah aku perlu biarkan mereka terus bersengketa walaupun aku tidak terlibat? Mungkin semua ini salah paham dan ada kebenaran disebalik. Tidak ada manusia yang sempurna. Begitu juga aku, dia, kami, dan mereka. Masing2 punye perangai dan kerenah tersendiri. Masing2 punye kebaikan dan keburukan.

Kadang kita anggap kita baik, kita anggap kita bagus dimata orang lain, kadang kita anggap kita popular dikalangan org , kadang kita anggap kita diketepikan orang dan kadang kita anggap kita dibenci orang. Dan kadang2 itu bukan hanya anggapan, tapi kebenaran. Kita sering berfikir tentang pandangan org pada kita. Kita selalu cube menarik perhatian orang pada kita. Tapi, pernahkah kita terfikir bagaimana tuk menarik padangan Allah pada kita? Hidup ini sementara, titian menuju ke hari muka.

Pentingkah populariti? Pentingkan kebencian org lain pada kita? Sedangkan kita tahu kita ada keistimewaan kita. Yang penting, bermuhasabahlah diri kita. Apa yang kita lakukan pada mereka? Apa yang pernah kita sakiti mereka? Kenapa semua ini berlaku?


Kenapa semua ini berlaku?
Aku ulang lagi perkataan ini. Kenapa? Tahu kenapa? Semuanya kerana kesilapan dan kesalahan yang tidak diberi kemaafan, ditambah pula perisa secukupnya dr Syaitan iaitu perasaan EGO. Maka, timbullah perkara2 sebegini.

Hati aku? Hati aku...seakan tiada perasaan.... apabila -ve dan +ve bercampur...menjadikan ia "neutral". Yang pasti, aku tidak mahu perkara yang kecil ini timbul, telah menenggelamkan kenangan dan persahabatan kita bersama.

Kata Puan:
ingatlah zaman gembira.. tinggalkan sikit2 yang tak puas hati tuh.. barulah frenship can be forever..

rambut sama hitam, hati lain2.. tak semua org kita boleh puaskan hati masing2 since everybody ada preferences sendiri dan ada hal masing2.. so try to be 'give and take'

its already ending zaman belajar.. for the pas few years takkan nak biarkan semua zaman2 manis dulu berlalu macam tu ajer disebabkan hanya menda2 kecil..



Buat kalian, renung2kan hadis dibawah:

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


WaAllahualam....
p/s: saya sayang kalian

categories: , , | edit post

2 comments

  1. nman Says:
  2. la...mcm sama la kt tempat kta..ntah2 kt suma tempat pun sma...ish..ni yg xbest...pahal la kan??

     
  3. nizaati Says:
  4. biasa lah man...adat berkawan..camya la dik... ;-)

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri