Aku Kecewa & Malu. Islamkah Mereka?

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, June 3, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Aku kecewa dan sangat kecewa. Aku malu dan sangat malu. Kenapa?

Tempoh hari, pada tengahari Jumaat, aku dan rakan2 aku ke FOOD COURT SEKSYEN 2 di SHAH ALAM tuk makan tengahari. Jam di hp menunjukkan 1.15pm. Kelihatan masih ramai LELAKI di sekitar food court... SANGAT RAMAI okey.....!!!!!! Its turn to 1.45pm... THEY STILL THERE.... EATING!!!LAUGHING!!!CHATTING!!! dan ade yang MENIAGA dan mereka semua MELAYU yang aku boleh katekan ISLAM. Aku pandang....dia pandang aku....boleh lak buat SLUMBER....buat MUKA TAK MALU....



"Hello, ko orang ISLAM ok...ko LELAKI ok... TAK PERGI SOLAT JUMAAT ker?" getus hati aku. Malah aku pun membebel2 dgn kawan aku Ida n kak Leli. (Sorry..aku mmg suka membebel dlm hal mcm ni)

Siapa diaorang tu? Aku tak pulak nampak student, lagipun UiTM tgh cuti. Tapi..WaAllahulam. Yang pasti... Aku nampak pekerja company, aku try tgk name company die tp ternampak la pulak. Then, ade org melayu kite sendiri dan peniaga. Kalau lelaki yang tgh makan sefamily yang berkemungkinan datang dari jauh kerana melihat anak konvo, ku kira itu tidak mengapa krn mereka dalam musafir. Tp, sebaiknye kalau tiada aral, boleh je.


Hukum Solat Jumaat
Hukum solat Jumaat ialah Fardhu ‘Ain ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:

Al-Quran
Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”
(Surah al-Jumuah, ayat 9).

Hadith
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”


Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat
1. Baligh
Baligh ialah keadaan apabila seseorang lelaki atau perempuan sudah sampai pada tahap umur di mana dia layak menerima taklif (pertanggungjawaban) perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh syarak termasuk solat Jumaat.

Seseorang dikira baligh apabila dia bermimpi, keluar haid atau berumur 15 tahun. Kanak-kanak tidak diwajibkan solat Jumaat.

2. Berakal
Selain baligh, berakal juga merupakan ciri yang melayakkan seseorang menerima taklif. Orang gila tidak berakal, maka dia tidak diwajibkan solat Jumaat.

3. Merdeka
Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas hamba kerana kebiasaannya hamba amat sibuk dengan pelbagai tanggungjawab terhadap tuannya.

Tanggungjawab ini menjadi sebab mengapa syariat memberi pengecualian kepada hamba daripada menunaikan solat Jumaat.

4. Bermastautin
Bermastautin maknanya menetap di tempat di mana solat Jumaat itu didirikan. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir.

5. Tidak sakit
Seperti kewajipan yang lain, solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas orang yang sakit. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,


“Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam yang dilakukan secara berjemaah kecuali kepada empat orang iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.


Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut :

“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
KAUM ADAM SEMAKIN SIKIT, ANTARA YANG SIKIT LAGI SIKIT YANG MENTURUTI AJARAN ISLAM SEBAIKNYA. INIKAH PEMIMPIN KEPADA WANITA?

Renung2kan buat kalian diluar sana.

WaAllahulam

2 comments

  1. Ismi Huda Says:
  2. salam alaik.
    ermm itulah keadaan umat islam sekarang. kita yg faham ni kena bertindak. pada masa sama doakan mereka diberi hidayah dan kita ditetapkan dalam hidayah allah ini. salam ukhwah =)

     
  3. nizaati Says:
  4. Wa'alaykumussalam wbt,
    Ahlan wa sahlan
    InsyaAllah... Semoga mendapat hidayah dan redha Illahi. Salam ukhwah kembali ya ukhti ;-)

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri