SABAR dalam ISLAM

Posted by NIZA.Ati on Friday, July 17, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Kali ini Niza ingin bicarakan tentang SABAR yang Niza petik daripada koleksi buku Niza yang bertajuk "SABAR DALAM ISLAM" daripada Prof.Dr.Yusuf Qardhawi iaitu ulama' tersohor. Buku ini telah diterjermah oleh Ramli Awang. Buku ini menjadi koleksi Niza sejak tahun 15 Disember 2003. Selain itu, turut dimuatkan koleksi artikal yang Niza simpan. Harap berguna buat semua.

Sebenarnya kalimah sabar, merupaan ungkapan yang amat lumrah diperkatakan oleh orang dan dengannya bolehlah kita katakan bahawa setiap lapisan masyarakat mengenali perkataan ini. Walaupun begitu, sabar terdapat pengertian dan hakikat yang tidak semua orang mengetahuinya.

Sabar adalah rahsia kejayaan dalam seluruh bidang kehidupan kita, tanpa sabar beerti kegagalan yang terhasil.

Sabar inilah juga senjata utama para Rasul; dipesan oleh Allah dengan begitu bersungguh-sungguh agar para utusan-Nya berteguh setia denganNya.

Berapa kalikah disebut kalimah sabar di dalam Al-Quran?

Sabar merupakan sebesar-besar akhlak Al-Quran yang dengannyalah ditujumaksudkan oleh Kitab yang mulia ini, sama ada di dalam surah2 Makkiyah mahupun Madaniyah.

Berkata al-Imam al-Ghazali di dalam Kitab As-Sabr wa as-Syukr daru rubu' al-munajiyat, dari kitab induknye Ihya' Ulum al-Din: Allah Ta'ala telah menyebut kalimah sabar di dalam al-Quran melebihi 74 tempat.

Al-Alamammah Ibnu Qayyim di dalam Madarij As-Salikin, memetik dari Imam Ahmad, katanya: Perkataan sabar di dalam al-Quran disebut melebihi 90 tempat.

Antara ayat2 Al-Quran yang mengandungi perkataan sabar:
"Dan jika kamu memberikan pembalasan, hendaklah dibalaskan serupa kejahatan yang diperbuat kepada kamu, dan kalau kamu bersabar , maka sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar dan tidaklah(ada) kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah" - An Nahl: 126-127

"Dan bersabarlah engkau bersama-sama oranng yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang, mereka menginginkan keredhaan Tuhan mereka dan janganlah engkau hindarkan pemandangan dari mereka" - Al-Kahfi:28

Berkata Al-Imam Al-Ghazali
"Ketahuilah bahawa sabar itu ada dua bahagian":

Pertama: Bahagian badan, seperti menanggung kepayahan dengan badan dan tetap dengan kepayahan itu, ianya samada dengan perbuatan seperti mengerjakan perbuatan (pekerjaan) yang sukar, dan kadang-kala denagn perkara2 ibadah atau bukan ibadah. Ada kalanya penanggungan, seperti sabar di atas pukulan yang kuat, kesakitan yang serius dan luka yang parah.

Berkata al-Ghazali lagi: "Yang demikian itu kadang-kala terpuji bilamana menepati kehenak syara'"

Kedua: Kesabaran diri (jiwa) adalah yang terpuji dan sempurna.

Banyak lagi perkataan sabar yang dihuraikan didalam buku "Sabar dalam Islam" ini. Walaubagaimanapun, Niza ambil sedikit2 yang lazim berlaku.

Sekiranya sabar itu pada perkara2 yang membawa kekayaan, ia dinamakan menahan diri, dan lawannya ialah satu keadaan yang dinamakan (batar) - bermegah dengan kekayaan.

Dan kalau sabar itu pada menahan marah atau panas hati dinamakan ia sebagai 'hilm' (lemah lembut), lawannya ialah tadzammur (mengutuk diri)

Kalau sabar itu pada pergantian masa yang membosankan dinamakan ia berlapang dada, lawannya bosan sebal hati dan sempit dada.

Maka yang terbanyak dari akhlak keimanan itu termasuk di dalam istilah sabar.

Sabar - Ciri Khusus Insaniyah (Manusia)

Berkata Imam al-Ghazali di dalam mengupas makna sabar dan penjelasan hakikatnya:
"Sabar adalah ciri khusus manusia, dan tidak tergambar sabar itu pada haiwan, tidak juga pada malaikat. Adapun pada haiwan kerana kekurangannya, manakala pada malaikat pula adalah lantaran kesempurnaanya"

Kepentingan sabar
1. Kerana sabar mengandungi nilai yang tinggi dan utama di sisi agama dan budi pekerti
2. Sabar bukannya sifat sampingan yang perlu dipilih tetapi suatu kemestian bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.
3. Agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil jika tanpa sifat sabar.

Batas-Batas Kesabaran
1. Sabar menghadapi dugaan dunia
2. Sabar daripada mengikut ajakan nafsu
3. Sabar mentaati Allah s.w.t
4. Sabar menghadapi kesusahan ketika berdakwah ke jalan Allah
5. Sabar ketika perang
6. Sabar dalam perhubungan sesama manusia

Kedudukan Sabar di dalam Al-Quran
Sabar mempunyai nilai kerohanian yang tinggi dalam Islam:
1. Sabar & YAKIN (Surah As-Sajadah:24)
2. Sabar & SYUKUR ( 4 kali dalam al-Quran)
3. Sabar & TAWAKKAL (al-Nahl:41-42)
4. Sabar & SOLAT (al-Baqarah: 153)
5. Sabar & TASBIH & ISTIQFAR (al-Mukmin:55)
6. Sabar & JIHAD (Muhammad: 31)
7. Sabar & AMALAN SOLEH (Hud: 11)
8. Sabar & TAQWA (ali-Imran: 120)
9. Sabar & KEBENARAN (Al-Asr:1-3)
10. Sabar & RAHMAT (al-Balad: 17)

Kedudukan Orang Yang Sabar
Al-Quran telah meninggikan kedudukan orang2 yang sabar serta menjelaskan tentang taraf mereka di kalangan orang2 mukmin dan muttaqin. Mereka berjaya memasuki syurga dan terlepas daripada api neraka.

Kebaikan Bersabar
1. Allah bersama dengan orang yang sabar (al-baqarah: 153)
2. Allah kasih terhadap orang yang sabar (ali-Imran: 146)
3. Allah menyebut berita gembira kepada orang yang sabar (al-baqarah: 157)
4. Dijamin pembalasan terhadap amalan mereka yang baik (al-Nahl:96)
5. Mendapat pahala tanpa hisab(az-sumar: 10)

Faktor Pembantu Kesabaran
1. Mengenali hakikat hidup dunia
2. Mengenal diri
3. Yakin ganjaran baik daripada Allah
4. Yakin kepada pertolongan Allah
5. Memohon pertolongan daripada Allah
6. Mencontohi orang-orang yang sabar
7. Beriman kepada Qadar dan Sunnatullah
8. Menjauhi penyakit-penyakit penghalang sabar

Penyakit Penghalang Sabar
1. Gopoh dan tergesa-gesa
2. Marah
3. Terlampau sedih
4. Putus asa

Itu sahaja info daripada Niza, harap berguna untuk semua. Lastly:
"KeSABARan itu memang PAHIT, tapi MANIS BUAHnya (hasil)" =)

WaAllahualam
Wassalam

categories: | edit post

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri