Tiga Malam Hati Ku Sunyi Tanpa Mu

Posted by NIZA.Ati on Saturday, July 4, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Kalau kalian yang selalu nampak Niza online di YM, mahupun di FB mesti akan perasan baru-baru ni 3 malam Niza tak on9..bermula 27 Jun hingga 1 Jun 2009. Pada 2 Jun 2009 Niza dah mula online semula. Kenapa? Huhu....

3 Malam, ku mencari mu.... 3 malam hati ku sunyi.... (lirik lagu 3 malam =) )

Ni berikutan, pada hari sabtu yang juga bersamaan dgn 27 Jun, Niza telah pun tertekan "Drive D" tuk di format, sedangkan yang Niza ingin format adalah drive C. Ini kerana, pada ketika itu terdapat 2 OS dalam lappy Niza dan interfaces yang appear tuk memberi pilihan kepada Niza tuk menformat lappy berlainan dari biasa, tambahan pula ketika itu tgn sebelah kiri sedang menaip di hp dan tgn sebelah kanan yang yang menekan "enter". Bila dah tekan, baru tersedar...yang Niza telah memformat drive D. Cepat2 Niza bw kuar cd and tutup lappy. Bila on balik dan lihat di drive D... Dah takde ape2... Ini sudah tidak bagus... Jadi, apa Niza buat?????

My lappy stuff


Niza cepat2 minta mak hantar Niza ke Plaza Low Yatt. Kami bertolak pada jam 4.30petang. Sesampainya di tempat tersebut, terus Niza ke kedai yang Niza dan kawan2 penah pegi dulu tuk membeli lappy kwn Niza dan membaiki lappy mereka. Sebelum ni, Niza ada dtg dgn kwn Niza tuk bertanyakan harga tuk membaiki holder lappy Niza... katenye RM180, dan telah pun mendapat kurang kepada RM150. Katanya kalau Niza datang datang tuk betul2 baiki, dia akan bg diskaun lagi dan Niza telah pun meminta die tuk menulus harga RM150 di kad syarikatnya sebagai bukti kalau Niza datang lagi.

Pada hari itu, Niza telah meminta mereka tuk recover semua file Niza dlm drive D dan mereka telah kenakan RM180 tuk 100G ( harga sebenar RM400 tuk 100G tapi Niza kata kat dia nak 50G shj iaitu yang ada dalam drive D. Jadi die bg harga RM180). Di tambah pula tuk membaiki holder lappy Niza, kesemuanya adalah RM300. Pada Niza, berbaloi la daripada hilang lebuh sume data Niza terutama, resume, gambar2 yang bertahun2 tu, lagu2 yang berlambak, bacaan2 al-quran dan zikir. Katanya, lappy perlu disiapkan dlm 24jam kerana nak recover data tu. For me, boleh la kalo 24jam je.

Keyboard yang telah tiada


Keesokkan harinya, Niza call that company tuk bertanyakan perihal lappy Niza dan sgt menghampakan bila katanya perlukan lagi sehari. Jadi, pada pagi hari Isnin, Niza terus ke company tersebut serta membawa besi holder yang patah kerana mereka tidak dapat cari ganti. Alhamdulillah Niza mmg simpan besi holder tu. Niza datang dengan harapan dapat membawa balik lappy Niza kerana sudah 2 hari Niza kebuntuan. Bukan apa, Niza ni jenis jarang tgk tv sebenarnye jadi duduk di rumah tanpa membuat apa2 mmg sgt membosankan. Tapi amat mendukacitakan, data recovery Niza masih belum settle. Hurm....diriku pulang dengan kehampaan. Selepas itu, Niza terus ke Medan MARA tuk menempah baju raya (*_*) dengan menaiki monorail dr station IMBI dan setelah itu terus pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

Screen yang sedang dibaiki


Hari berikutnya iaitu pada hari selasa, Niza telah call company tu dan bertanya tentang lappy Niza. Katanya Niza boleh amik pada jam 2ptg. Maka, setelah menunaikan solat Zohor, Niza menumpang mak Niza hingga di KL Sentral dan mengambil monorail tuk ke sane. Setibanya Niza, die menunjukkan semua data Niza... Tapi sayangnya, ada bbrp jenis file yg tak dapat recover atau telah pun bertukar ke jenis file lain. Kesemua software, driver, php file, asp file, docx file, txt file dan bbrp jenis file lain telah pun tiada atau mungkin ada tp telah bertukar ke file lain. Selain itu, semua file itu telah pun di rename maka Niza terpaksa asingkan semua file dan renamakan semula. Wa....gambar je ade 18000 tau... Dalam file2 yg telah direcover tu, ade pulak yg corrupt...Aduh la..sengal sungguh... So ade bbrp yang Niza xleh bukak... ade pula lagu2 yang xabes, gambar yang rosak... Most of my pic ok la... Yang teruk sungguh lagu2 tu.. Then yang amat sedey, semua file docx xde..yang ade doc shj. Alhamdulillah resume ku masih ada...

Sekarang ni, hobi Niza di masa lapang adalah mengasingkan fail2 mengikut folder... =(
~The End~

Wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri