...Dari Jauh Ku Pohon Maaf...

Posted by NIZA.Ati on Friday, September 25, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Selamat pulang ke ofis dan ke uinversiti wahai kawan, sahabat dan teman ku. ;-) So, howz ur raya? Harap semua pun ok. Niza? Alhamdulillah semua pun ok. Cuma, tahun ni agak sedey merayakan hari raya walaupun pada zahirnya tampak happy. Ape2pun, ade yang masih perlukan kita dalam kehidupan mereka. So, just be apart of them.

Bercerita mengenai raya, sebenarnya, pada hari khamis tu Niza ingat mau cabut awal dari office memandangkan hati dan fikiran ini telah pun sampy ke mood raya, skali ade meeting pulak sampy jam 6ptg. Huhu....Niza mula ambil cuti pada 18 September 2009memandangkan pada awal pagi hari tersebut family Niza ingin terus pulang ke kampung. Almaklumlah, tiada sesiapapun yang tinggal di kampung tu, jadi kalo mau balik ke sana, mesti mau dikemaskan. So, kena la balik awal supaya sempat mengemas dan membuat persiapan raya. Raya kali ni, konvoi 3negeri. Perak suda semestinye memandangkan saudara-mara mostly di Perak... Penang di rumah abg yg ke2 dan Kedah beraya di rumah kawan abg yang sulong.

Gambar hiasan: Ibu dan adikku di pagi raya


Niza percaya, setiap kali hari Raya menjelang, pasti ramai yang saling bermaafan kan. Hurm... Bersalaman dan bermaafan suatu BUDAYA atau TUNTUTAN? Kadang Niza terfikir, kenapa mesti tunggu hari Raya tuk bermaafan? Pada Niza, memaafkan orang dan saling bermaafan itu adalah lebih baik demi sebuah kehidupan yang bahagia. Kita tak boleh lari dari dugaan dan liku hidup. Paling penting, manusia ini tidak sempurna, pasti ada salah dan silap. Kadang2 tak semua perkara yang kita anggap betul itu adalah betul dan tak semua perkara yang kita anggap salah itu salah kerana setiap manusia punye cara pemikiran yang berlainan. Ada antara kita yang matang berfikir dan ada yang tidak. Ada pula memang sedar sesuatu kesalahan yang dibuat tapi terlalu ego tuk mengaku. Ada pula yang memang tidak sedar. Ada pula yang merasakan apa yang dibuatnya itu betul, tapi sebenarnya salah.

Kenapa semua ini berlaku? Kerana manusia ini dijadikan dengan mempunyai nafsu dan fikiran. Itulah puncanya. Manusia ini saling tidak sama, dan saling tidak sempurna.

Sabda Nabi s.a.w, “ Tidak sempura kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan-Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin Syu’ib

Yang paling utama adalah akal fikiran dan hati kita dalam berlapang dada dan berhati bersih. Barulah sempurna iman kita dimana insyaAllah dengan ini baik la segalanya. Namun, siapa kita tuk menilai iman orang yang berada disekeliling kita? Walaubagaimanapun, iman kita itulah yang membuatkan kita sentiasa taat pada suruhan Allah.

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, para malaikat.-Nya,kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasul-Nya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali. " (Surah al-Baqarah 2: 285)

Iman itu ialah tasdiq dengan hati kepada apa yang diketahui yang ia daripada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu rnestilah menerima dan redha semuanya, tanpa ingkar dan ragu serta tidak mensyirikkan Allah SWT.


Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memaafkan dan meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Usah la mengikut nafsu amarah yang selama ini kita baja dalam diri kita. Kerana kelak kita sendiri juga yang binasa. Kemaafan daripada Allah adalah melalui pintu Taubat, tetapi kemaafan dari manusia itu adalah dari manusia itu sendiri. Jika salah seorang pergi meninggalkan dunia ini kelak payah tuk kita meminta maaf lagi.

"Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah:109)

Usah la mengambil kesempatan keatas seseorang, kerana doa orang yang terniaya adalah pasti dimakbulkan.

Dalam hadis riwayat At-Tirmizi: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya ada tiga jenis doa dan permintaan yang sama sekali tidak akan ditolak oleh Allah, iaitu doa daripada pemimpin adil, doa orang teraniaya dan doa orang sedang berpuasa.”

Oleh itu, disini Niza menyeru (chewah...menyeru ;-) ) tuk kita saling memaafkan dan memohon maaf kepada setiap manusia tidak kira waktu dan keadaan, Usah la menunggu hanya bila tiba hari raya, kerana mungkin tiada esok bagi kita.

Bagi pihak Niza sendiri, Niza juga ingin memohon kemaafan daripada sahabat2 Niza andai pernah melukai hati kalian yang mungkin kadang Niza perasan atau tidak. Sesungguhnya kita ini hanya manusia yang lemah dan sering melakukan kesalahan, tetapi kerana ego sering kita tidak perasan atau lupa tuk meminta maaf.

Niza hanya berkongsi dan memuhasabah diri sendiri.

WaAllahualam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri