Berhari Raya di Rumah Puan Zainun

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, October 14, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Alkisah... Setelah Niza mendapat call dari cikgu sekolah menengah Niza yang juga warden Asrama SMK Aminuddin Baki (ASAB), KL ketika bulan Ramadhan tempoh hari, cikgu mengajak kami beraya ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra.

Setelah Niza cuba tuk contact kawan2 Niza serta junior dan senior, akhirnya seramai 8org sahaja yang comfirm dapat pergi pada tarikh yang Niza tetapkan iaitu 4 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Ahad.

Niza menunggu Azrein dan Aisyah (junior ku) di LRT Masjid Jamek seawal jam10.40pagi. Kira-kira jam 11.15pagi kami bertolak ke stesyen LRT Cempaka tuk berkonvoi dengan Yan Omar.

Kami bertemu dengan kereta Kak Fad di stesyen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan dan penumpang di dalam kereta tersebut adalah Kak Izzati dan Kak Su yang merupakan senior 1 tahun atas batch ku. Yan buli Niza..huhu...kena isi tiup tayar kete dia...chet.."ko tau bawa kete jerk ea... isi angin pun xtau...aku gaks".


Gambar 1: Niza yang sedang mengisi angin di tayar kete Yan


Kami berkonvoi dengan 2buah kereta ke Putrajaya. Kami singgah di Alamanda tuk membeli buah tangan (hamper) kepada cikgu kami. Kemudian barulah kami menuju ke rumah cikgu. Alhamdulillah sampai juga kami di rumah cikgu. Di dalam kereta...perasaan kawan2 ku sangat teruja, begitu juga Niza. Tapi dorang lebih2 lak siap menjerit2...haha... kecoh gile dalam kete tu..ditambah dengan gosip2 dan cite2 daripada kami berempat.

Sesampai di rumah cikgu, Niza bersalaman dengan cikgu. Rindu rasanya... Tak tahu la bila kali terakhir kami berjumpe, seingat Niza selepas abes SPM, kami ada datang sekali beraya di rumah cikgu. Dan itulah tahun terakhir. Hampir 5tahun tak jumpe cikgu. Selain kami ber7, Sharifah my jr pun turut hadir.


Gambar 2: Yan tambah sampy 5kali.. Kami berborak lama dengan cikgu. Siap kene interview lg.
Gambar 3: Puan Zainun


Cikgu hidangkan kami laksa Johor...seeedaaap... pastu kami dengan muka tak malunye makan biskut raya cikgu di dapur...haha... siap buka balang tau... bukan makan biskut kat depan..hee~ Dan atas pemintaa kak Izzati pula, cikgu watkan kami puding Jagung, kami tolong cikgu juga... Selain itu sibuk bergambar sana-sini disekitar kawasan rumah cikgu. Sekarang cikgu dah jadi opah...cikgu dah ada cucu...yang bernama Zafwan (kalo xsilap). sangat cumel... Selain tu kami juga sempat berjumpe dengan anak bongsu cikgu yang tak pernah kami tengok lagi. Hehe...sejibik mcm kakak die Zafirah tu... Kalo dlu, Zafirah tu la yang kehulu-kehilir dengan cikgu bile cikgu datang ke asrama.


Gambar 4: Anak Puan Zainun yang ke-7

Yang kelakarnya, aku dapat lihat senior dan junior ku mula boleh rapat dengan cikgu. Hee~ Cikgu Niza tu agak garang dan tegas ketika di asrama dlu, nama pun warden kan. Lagipun, kerana ketegasan dialah kami menjadi manusia yang punye kerjaya kini. Terima Kasih cikgu. Alhamdulillah, batch Niza memang rapat dengan cikgu. Boleh dikatakan, kami adalah the only batch yang Cikgu rapat. Maceh...hee~

Niza masih simpan lagi keychain yang cikgu berikan kepada kami pengawas asrama ketika Niza form 5 apabila cikgu pulang dari London. Sangat teruja mendapat hadiah dari cikgu. Dan Niza juga rasa berterima kasih pada cikgu kerana memberi peluang pada Niza tuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Asrama Tahun 2001. Dan Niza minta maaf sebab pada hari Niza amik anugerah tu juga lah Niza fly...hehe... Siap kene tangkap dengan ustazah lagi... Abes sume KFC yang dibeli tuk buat jamuan prep dilelong oleh cikgu di kantin... Haha...nakal juga Niza ni time sekolah sebenarnya... Tapi tu time form3... Time form 4 and 5 taklah nakal sangat. Baik bah ku ni ;-)

Selain tu, ape yang berlaku di rumah cikgu???? Haha...kami bergambar hampir di setiap sudut rumahnya yang besar itu... Tapi lagi advanced senior2 ku... depa dah p kerabat dulu... Kami yang lain dok makan biskut raya kat dapur... Haha...selumber je amik biskut dari balang... Cikgu tak marah pun...die bg jerk.. =P


Gambar 5: Landing time~
Gambar 6: Antara kami yang hadir ke rumah cikgu



Gambar 6: Niza and Erin di suatu sudut luar rumah cikgu.


Sebelum kami pulang, kami sempat bergambar dengan cikgu. Sesi gambar beramai-ramai dan sorang-sorang. Cikgu pun meriah je tangkap gambar dengan kami.



Sekian, itu sahaja coretan Niza. da~
Wassalam

categories: , | edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. jeles sunggoh. nk num hp cikgu dan alamat. nk dtg gakkkk [nisak]

     
  3. nizaati Says:
  4. insyaAllah nt na`z bg k. Buat mase ni bz la nisaak.

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri