"camna akak bagi masa. study+wat keja+tdo"

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, October 7, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,

CS110.jr ***** (8/30/2009 10:49:43 AM): camna akak bagi masa
CS110.jr *****(8/30/2009 10:49:43 AM): study+wat keja+tdo


Baru sahaja Niza sign-in ke YM, terus mendapat teguran salam dari junior ku. Hanya tuk bertanyakan soalan diatas.

Hurm... Yup, sesetengah orang mungkin merasakan perkara sebegini terlalu sukar. Tanggungjawab Niza di Universiti bukan sahaja tertumpu sebagai pelajar, tetapi juga sebagai hamba Allah (sudah semestinya), sebagai pemimpin, sebagai anak, sebagai teman kepada seseorang, sebagai kawan dan sebagainya...hee~

Jadi, terlalu banyak perkara yang Niza perlu consider, tambah pula ketika Niza berada dalam final year... Kesibukan itu jelas kelihatan. Manakan tidak, siap bermaustatin di fakulti hingga jam 1pagi bersama abg Isma, Yoyo dan Kak Laili tuk menyiapkan dOcumentation (perkara paling Niza menyampah).

Ok-lah, kepada sesiapa yang memerlukan tips daripada Niza, di sini Niza sertakan.


1- Solat 5 waktu sudah pasti... Ini yang perlu diutamakan, dengan tersusunnya solat, insyaAllah jadual lain juga akan tersusun.

2- Planning. Dalam ape2 perkara pun planning is the 1st thing you should consider. Bukan dalam project development shj ok ;-) Senaraikan wut to do list di board kalian. Bersama2 date skali ok. Setiap hari juga, jika urusan ku bermacam2, Niza akan letak di screen note hp sony ericsson ku. Juga akan set reminder takut Niza terlupa wlp hanya tuk hubungi penasihat DnA Society, lecturer atau org2 yg bakal Niza berurusan.

3- Menyiapkan assignment dan project sebelum atau tepat pada waktunya. Ini sangat penting supaya jadual lain tidak terkaco. Kebiasanya Niza akan buat lebih awal dan cuba menghantar lebih awal. Kalo melibatkan kerja berkumpulan, lagi la perlu siap awal kerana Niza tak mahu atas kesilapan Niza team members Niza menjadi mangsa.

4- Give-and-take. Kebiasaanya setiap discussion memang Niza yang tentukan bila dan dimana. Niza melihat dariscope semua orang iaitu yang utama mesti kerja Niza sbg sekretariat fakulti, kedua consideration tentang kerja2 dan aktiviti abg Isma (sbb stiap group mmg Niza dgn abg Isma...team member lain adalah lihat pd keadaan). Ketiga adalah consideration tentang ahli kumpulan yang lain iaitu bila masa bz mereka, bila mase free..dan semua ini akan dimerge oleh Niza dan mencari masa yang sesuai tuk kami berkumpul dan membuat kerja. Walaupun penat, tapi Niza percaya setiap usaha itu pasti ada hasilnya dan Niza yakin dalam membantu orang secara ikhlas insyaAllah akan dapat membantu dan memuhasabah diri kita.

5- Masa tuk family pastinya ada jika Niza tidak ada kerja atau jadual yang tidak padat pada weekend... InsyaAllah pasti Niza balik rumah walaupun jarang. Sebabnya, kebanyakkan aktiviti fakulti diadakan pada weekend dan selalunya Niza pastinya terlibat sebagai penganjur atau membantu penganjur. Ketika cuti semester, samada Niza akan menghabiskan weekend yang terawal di kolej tuk menyiapkan kerja ataupun weekend terakhir, yang pasti Niza akan balik ke rumah.

6- Niza masih punya mase tuk lepaking dgn kwn2 Niza...hangout dgn dorg, paling2 pun tempat favourite adalah Anggaerik Cafe di gate blakang UiTM, I tell u ha, mmg berpatutan kalo mkn kat situ...tp kalo xde dlm wallet tu atleast RM10, baik jgn pegi...hee~ Kami slalunye pegi tuk lunch atau pun tgh bosan... Tempat lain biasenye kopitiam tepi tasik...ok gak... Tapi jangan slalu la lepaking tanpa sebab, buang masa dan duit jerk... Tambah lagi dgn kerja2 Niza dan jadual Niza yang padat, seboleh mungkin Niza akan fixed kan semua perkara.

7- Dalam kesibukkan Niza seharian, Niza pasti tidak lupa bertanya kabar pada orang yang Niza sayang, tidak lupa juga tuk berdoa kepadaNya. Dan paling penting, stiap kali dia mencari Niza, Niza akan berada bersamanya meskipun Niza dalam keadaan sibuk yang teramat sangat.

8- Apa2pun yang Niza buat, ikhlaskan hati kerana Allah. InsyaAllah kepenatan yang dirasa tidak berpanjangan walaupun 2-3hari tak tido wat system... hee~

9- Sentiasa beringat bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

10- Bila rase letih sangat and nak tidur...tidur jerk...

11- Jangan lupa membaca Al-Quran... Zikir dan ayat suci al-quran itulah makanan hati. Supaya hati bersih, berlapang dada mencekalkan hati.

12- Memastikan semua kerja disiapkan walaupun mungkin suda terlepas due date.

13- Percutian itu penting... Jadi pergilah bercuti dengan kawan2 atau family bila ada masa.

Okey dude...itu je yang dapat Niza kongsikan buat kalian yang masih belajar tu... Have fun dude... Esok2 dah kerja korunk takkan rase keHAPPYan zaman belajar.

Wassalam

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri