Jiwa Kacau Day

Posted by NIZA.Ati on Friday, October 30, 2009 [ ]

Niza dan Pakcik Teksi:...blablabla....
Not RM10 terakhir dari beg duit ku dihulurkan kepada pakcik teksi. Huluran diterima.
Niza: Lebih tu ambil je la pakcik, sambil mata ku mengerling ke arah meter
Pakcik: Terima Kasih. Halal ea?
Niza: Halal. Terima kasih ea pakcik.

Conversation terhenti disitu. Mengatur langkah terus ke dalam rumah. Terus mencari ruang-ruang diantara waktu. Bermuhasabah diri.

Hari yang agak membuat "jiwa kacau" tetapi tetap diatasi dengan berlapang dada.

1. Ops~
Datang lewat sikit ke tempat kerja, 8.30pagi (sejam lewat dari kebiasaan tapi masih sejam awal dari yang lain). Menuju ke sesuatu tempat...Oooppppssss~ *Jiwa Kacau* terhenti disitu... mencari alternatif... alhamdulillah~

2. Kerja oh kerja
Kerja di"assign" setangah jam sebelum lunch hour...pening~ bagaimana harus ku lakukan??!!! *Jiwa Kacau*
PL: "Niza, why you not going for lunch?"
Niza: Im not hungry...masih kenyang makan breakfast tadi
PL: Ohw, i thought kamu tak pergi sebab this issues
(penggunaan bahasa rojak dibenarkan di dalam blog ini...plz take note okai)
Niza: (Smile. walaupun itu kebenarannya)
After lunch, TKL (my si3bel team leader) memberi steps dan memberitahu ape yang perlu aku buat. Aku dengan telitinya terus membuat kerja. The result => Error. *istiqfar* Let solve it. TKL dan aku kerut2 dahi...pelik2...walaupun dah inactivekan field yang aku buat tu.
TKL: Just get from server back. We continue on monday
Niza: Okay... (Paling best, cutover start hari Isnin, jadi weekend ni kami tak perlu kerja...yeah~)

3. SMS
"You have a text msg". Open. Read. Reply. (sambung kerja). "You have a text msg". (biarkan dulu, masih membuat kerja, sedang kerut2 dahi). Open. Read. (should i reply msg yg membuat aku sedikit *jiwa kacau*). Should not maybe. Ignore. (sambung kerja). Akhirnya reply.

4.Teksi
Kerana balik lambat dari kerja hari ni, akhirnya balik naik teksi. Hujan renyai2 diluar sana, kaki berkasut tumit 1.5 inchi berjalan agak pantas merentasi hujan. Berkaca mata, berlengankan jacket hitam (jaket SMF), menggalas beg merah berjenama AVF. Bahu semakin lenguh. Menahan teksi. Berhenti. (Tidak mengambil penumpang kerana mahu ke arah PJ, tidak ke Jalan Duta). (Sabar). Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Berhenti. (Tidak mengambil penumpang kerana jalan menuju ke Jalan Duta jem ^perisa strawberry 1^). (Sabar). Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. *Jiwa Kacau* Menunggu. Menahan teksi. Berhenti. (Alhamdulillah).


Checklist please!!!~
Bad:
1. Buat mak tension kot, dah sampai bawah Menara TM, tup2 aku msg "Mak, balik la dlu. Niza balik sendiri. Ade problem". Sorry mak...
2. InsyaAllah tak ada

Good:
1. Bekerja itu adalah satu ibadah

Sesungguhnya Islam telah mewajibkan umatnya untuk berusaha dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan didunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syariat Islam. (huraian surah Al-A'raaf ayat 10)

Dari Ibnu Umar R.A. telah bersabda
Rasulullah S.A.W. : Maksudnya: "Tidak diterima iman tanpa amal dan tidak diterima amalan tanpa iman".

Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaiatu:

(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung
perintah Allah.

(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah
dengan syariat Allah S.W.T.

(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan
bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.

(4) Kerja tersebut tidak
menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan
sebagainya.
2. Membiarkan diri disakiti tanpa membalas dengan perbuatan yang sama.
3. Bersabar
4. Amalan Ibadah wajib.

Status di Facebook sudah bertukar dari kesabaran menguasai fikiran, tanda hati bertuhankan Allah... Jadi, jangan la cepat marah, istiqfar dan selawat jadi penenang jiwa~ kepada Hidup ini untuk mati dan mati adalah kehidupan yang nyata (fikir-fikirkan).

Konklusi: Jiwa kacau hadapilah dengan berlapang dada. Segalanya akan tetap ditempuhi dengan baik. Smile~


WaAllahulam. Sekian. Wassalam.

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri