Kerja Kerja Kerja

Posted by NIZA.Ati on Thursday, October 22, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Maaf andai masih belum lagi publish entry mengenai my convocation. Ini berikutan gambar-gambar yang ditangkap masih belum diberi, mengenai gambar photoshoot di studio pula akan dimasukkan dalam entry yang sama dengan convocation. Tambahan pula, gambar photoshoot belum di edit.

Nak cite mengenai kerja ku. Minggu ni akan bermula Cutover system tuk phase 1. Niza terlibat dalam 2 team iaitu Tech Arch dan Siebel. Kalo nak ikutkan, sebenarnya Niza telah ditugaskan tuk Siebel team sejak mula Niza bekerja. Tapi mungkin tidak cukup urang tuk Tech Arch, Niza telah ditarik. Berbanding rakan Niza yang dari company yang sama hanya terlibat dengan Tech Arch sahaja.

So, nak jadi cite, 23 Oktober ni (esok la~) Niza memang tak datang office di siang hari memandangkan Niza perlu bertugas pada jam 10malam (Jumaat) hingga 8pagi (Sabtu) bagi tujuan code deployement which its under Tech Arch. Dan kalo nak diikutkan jadual asal, Niza juga perlu bekerja pada jam 5pg (sabtu) hingga 4ptg (Sabtu) serta 5pg(Ahad) hingga 4ptg (Ahad). Bayangkan pada hari Jumaat-Sabtu tu Niza perlu bekerja 18 jam. Huhu... Dan pada Sabtu tu juga, Puan Aidawaty (penasihat SMF Niza dlu) menjemput ke rumahnya tuk kenduri doa selamat selepas waktu Zohor hingga jam 6ptg. Waa~ Niza nak pigi juga tuh!! Ok la, xkesah la mane-mane kan.. Ape2pun Niza rasa my team leader tak perasan kot yang jadual Niza bertindan dan lama gile kene keje. So, Niza emailkan pada kedua-dua team leader Niza tuk re-comfirm jadual. Alhamdulillah, akhirnya jadual ku seperti dibawah.



Jadi Niza akan bekerja tuk Tech Arch dan Siebel team pada 10malam(Jumaat) hingga 8pagi (Sabtu) dan Siebel team sahaja pada 10malam(sabtu) hingga 8pagi(Ahad). Alhamdulillah...

InsyaAllah dapat la Niza ke rumah Puan Aida pada hari Sabtu tu selepas Solat Zohor. Pagi Sabtu tu Niza nak tidur ja di rumah...hee~ Ye ke? Biasanya pagi Sabtu Niza basuh baju2 kurung Niza... Hurm...tunda Ahad la kalo macam tu. Jadi Ahad penat skit la...perlu basuh baju dan gosok baju tuk seminggu kerja.

Apa-apapun, harapnya Niza kuat nak menghadapi kesejukkan di office. Waa~ Sejuk gile kat office ni... Bule beku tau... K la...sebenarnya tetiba nak menaip ni sebab tengah wat file migration, jadi tak dapat nak bukak facebook...hee~

Zohor pun dah masuk, bule pigi solat.

Wassalam
p/s: Kerja, kerja juga. TAPI SOLAT JANGAN TINGGAL okay!!!!!!~~~~~~

categories: | edit post

2 comments

  1. nape mase kerja ko same ngn mase tido aku? ke aku salah bace?

     
  2. nizaati Says:
  3. betul la ape yg ko bace tu wahai As. Itu juga masa tidur ku...malah lg awal aku tdo..haha..

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri