Photoshoot at UiTM and Wow's Studio with CS220 Buddies

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, October 20, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt, tempoh hari pada 19 Oktober 2009 adalah hari pengambilan jubah konvo kepada mahasiswa sidang 10 hingga akhir. Jadi, Niza pun terlibat. Pada hari Isnin itu, Niza cabut awal dari office, lagipun tiada kerja pada hari itu dan meeting pada petang itu, awal telah Niza "decline" dlm email yang dihantar oleh project manager dan telah pun Niza memberitahu reason Niza.

Tghari tu, Abg Isma a.k.a Papa telah pun mengambil Niza di client-site Niza. Kami terus menuju ke UiTM Malaysia tuk mengambil jubah. Kami fikir kami yang lambat, rupanya Kak Laili a.k.a Mama, Yoyo a.k.a adik, Kak Eny a.k.a aunty dan Ida a.k.a cousin masih belum tiba di UiTM.

Ketika mengambil jubah, sempat lagi kami bergambar memandangkan tiada orang lain selain kami. Sementara menunggu yang lain, Niza and abg Isma ke fakulti kami yang tercinta iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik bagi menunaikan solat Zohor. Kami terus menuju ke International Cafe iaitu tempat yang slalu kami makan tengahari bersama. Kami berdua teramat lapar ketika itu sebenarnya dan telah mengambil keputusan tuk makan dulu sebelum yang lain tiba. Thanks Papa coz belanja kak Long... ;-) Banyak juga la kami pesan, 2 White rice spicy chicken, 1 mashroom soup, wedges dan 2 nescafe ais. Alhamdulillah, sangat kenyang ;-)

Sedang kami makan, Yoyo tiba bersama Faris dan Kak Eny. Tidak lama selepas itu Kak Laili dan Ida pula sampai. Setelah selesai makan, Abg Isma terpaksa kembali ke office kerana di departmentnya hanya tinggal dia dan kwn dia seorang sahaja memandangkan yang lain cuti tiba-tiba. Maka selepas itu, Niza ikut kereta Kak Laili (Papa mengembalikan hak penjagaan kepada Mama...haha... Biasa la..kak long ni kan anak yang kehilangan suami =P ).

So after tu, kami pegi round sekitar UiTM tuk bergambar dengan jubah... sangat best~ Yang turut menyertai kami selain Yoyo, Faris dan Kak Eny adalah Tiqa, Nisa, Nini dan Acap. Sakan kami bergambar. Tengok sahaja dibawah. Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak upload dan edit banyak-banyak.
(Click to enlarge)

Antara tempat yang menjadi pilihan kami tuk bergambar adalah di depan kolam bertingkat depan Canselori, Bangunan Canselori dan fakulti kami iaitu di FTMSK/FSKM. Thanks to faris kerana menjadi jurukamera kami..ahaks~

Kira-kira jam5.30ptg. Kami bertolak ke Quality Hotel. Kawan2 Niza ke tempat karaoke, Niza pula ke surau bangunan yang sama tuk menunaikan Solat Asar. Almaklumlah, Niza kan orang KL, tidak dapat la nak berjamak seperti yang lain.

Kira-kira jam6.30, kami ke Mc'd tuk menunggu yang lain dan berkumpul dan konvoi ke WOW's studio tuk sesi photoshoot yang telah ditempah oleh Yoyo. Tapi yang tiba di Mc'D hanya Kak Suria, Kak Zura, Kak Yani, Kak Aisyah, Puan Rozy dan Along (Suami Puan Rozy). Kira-kira jam7.30, kami bertolak ke studio.

Setibanya disana, Niza menunaikan solat Maghrib dan terus bersiap tuk sesi photoshoot. Ramai juga yang sudah tiba ketika Niza selesai menunaikan solat. Abg Isma, Acap, Malini, Nisa, Tiqa, dan Nini. Kami terus bergambar kerana Abang Hafiz dan Faris(org WOW, bukan Faris tadi) sudah pun asyik dok snap gambar kami. Haha..~ Kami ni pantang sikit dengan camera sebenarnya, jadi pelbagai aksilah yang wujud... Mula-mula mungkin agak kaku..lama-lama ok-lah... Lgpun sebenarnya penat bergambar petang tu masih terasa. Ketika dalam 20-30 snap, Von, Amy dan Shaz pula tiba.

Gambar ini telah diterbalikkan supaya dapat lihat empunya blog walaupun kecil ja gambar ni ;-)

Meriah gilerz kat studio tu... Macam-macam aksi. Pada mulanya, kami hanya ada 1jam tuk sesi photoshoot, tapi kemudiannya, Puan Rozy telah willing tuk menambah lagi 1jam dan Puan Rozy yang belanja 1jam ke2. Thanks Puan Rozy...ahaks~

Sangat havoc dan gempaks la... Alhamdulillah tak roboh jerk studio tu..hee~ Jumlah gambar kami adalah hampir 480. ;-) Video tak sure ada berapa.




Behind The Scene of Photoshoot Session

Gambar2nya sangat chantek...ye lah kan, nama pun jurugambar profesional, xkan la tak chantek pula kan. Tambah pula dengan kami yang best dan cun ni kan..ahaks~

Tapi jujur Niza katakan, memang penat. 45minit terakhir, Niza, Kak Eny, Kak Yani, Kak Aisyah sudah pun melepak di ruang tamu di luar studio. Tambahan pula Niza sebenarnya riso memikirkan keesokannya mau kerja lagi kan, then riso pula kalo lrt-putra tutup. Ketika itu, jam telah pun menunjukkan 10malam. Niza ade masa 2jam lagi tuk pulang. Kawan2 lain semuakan akan balik ke Shah Alam kecuali Abg Isma ke Puchong dan Niza la paling jauh di KL.

Around 10.20malam, kami bersurai. DVD akan dapat pada hari Rabu nanti. Selepas itu, Abg Isma menghantar Niza di lrt-putra Asiajaya. Niza menaiki lrt-putra ke stesyen Bangsar dan kemudiannya mengambil teksi pulang ke rumah. Kira-kira jam11.00 malam Niza sudah tiba dirumah. Lantas membersihkan diri dan menunaikan solat Isya'. Kemudian terus Niza membelik gambar-gambar yang telah diambil sekitar UiTM dan gambar-gambar MPG (malam pra-graduan) yang baru diambil dari Aini. Setelah upload ke FB bbrp gambar dan video, kira-kira jam2pagi barulah Niza melelapkan mata dan bangun semula pada jam6pagi tuk bersiap ke pejabat.

Di pejabat, sangat la mengantuk. Tengah mengantuk la ni. Sebab tu menaip entry ni selain tengah menunggu migration system yang sedang berjalan di lappy ni. ;-) Ok..dats all...gambar dlm studio masih belum ada, ini sahaja yang ada dimana gambar ini telah diambil dr FB Wow's Studio. Wassalam

categories: | edit post

4 comments

  1. YoYO Says:
  2. Hehehehe... Happy Konvo... Kter mmg gempak... klu tak gempak n sporting msg2, gambar tak jadik cun... :p

     
  3. nizaati Says:
  4. betul2... tp mmg letih gilerz kan... papepun ttp best....havoc gilerz... ;-)

     
  5. Walaupun letih...tapi rasanya amat berbaloi dgn segala usaha sepanjang sesi fotografi...tersenyum riang bila lihat gambar2 yg vazzzz dn meletup tue!! Terima pada project manager...yoyo!!!

     
  6. yOyO Says:
  7. Same2.. Thanks kt korunk gak bg support coz klu tak ramai, mmg tak best... n klu tak cukup geng family, LAGI tak best... klu takde puan, LAGI LAGI la tak best...
    mekaceh2..

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri