...Sejak Sudah Bekerja...

Posted by NIZA.Ati on Thursday, October 1, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Sejak aku bekerja aku merasakan beberapa perubahan pada diriku, tidak juga sejak aku kerja, tapi memang aku begini walaupun bila praktikal.

1. Aku tidur lebih awal, jarang sekali aku akan berjaga hingga jam 1pagi seperti selalunya aku lakukan ketika aku belajar dahulu, apatah lagi tuk tidak tidur selama 2-3 hari ketika aku masih bergelar pelajar di universiti.

2. Aku membawa bekal sebagai makanan tengahari ke tempat kerja. Bukan tuk mengurangkan berbelanja, tapi sebenarnya aku lebih senang begitu. Ntah kenapa aku pun tak tahu, tapi sejak aku praktikal dan buat freelance ketika diploma lagi aku memang begitu. Walaupun makanan tengahari ku hanyalah karipap, sandwich, beehoon atau ape2 sahaja yang sempat aku, mak or bibik aku masak pada pagi tu.

3. Aku lebih teratur dalam pengurusan kewangan (ya la kan, suda bergaji skrg ni ;-) ). Sejak aku sekolah menengah lagi memang aku selalu buat belanjawan. Begitu juga di zaman belajar dulu dimana slalu buat belanjawan dari duit PTPTN. Bukan apa, dengan belanjawan ni la kita tahu limitation kita dalam berbelanja dan lebih gembira bila dapat menyimpan duit yang banyak ke dalam ASBN. Dan alhamdulillah aku yakin duit yang didermakan setiap bulan pasti sampai ke tangan anak-anak yatim. Sebenarnya, aku bangga dengan company aku yang buat begitu. Lebih memudahkan pekerjanya dalam beramal-jariah. Managing Director company ku slalu berpesan "Jangan lupa,rezeki yang datang itu adalah dari Allah swt".

4. Hidup jadi agak bosan...haha... sebab buat masa ni kerja aku tidak la berat sangat, pendek kata tidak memerlukan sangat aku berfikir macam nak mati seperti zaman aku belajar. Cuma, kerja yang aku sedang handle sekarang ni perlu menjadikan aku sebagai seorang yang begitu teliti. Terlalu banyak step yang perlu aku lakukan sebarang perubahan kepada system walau sekecil-kecilnya. Dan terlalu banyak software yang perlu aku guna serta terlalu banyak server yang aku kene masuk bila menyelesaikan masalah. Ye la kan, ubah kat local, then kene pindah masuk server yang lain pulak sebelum dimasukkan dalam server yang sebenar. InsyaAllah setiap project pasti akan ku dapat pengalaman yang lain2.

5. Kulit muka ku semakin cerah...hee~ Alhamdulillah...sebabnye mungkin aku tak terdedah kepada cuaca diluar... Kalo dilihat belang tu dah tak banyak bezanya. Tapi, masalah lain pula timbul iaitu jerawat..haha..sejak aku abes blaja, byk pula jerawat tumbuh dan meninggalkan parut..tu masalah utama sekarang... Now using Tia Amelia dan Bio-Oil.

6. Bila dapat gaji je, mesti aku busy sgt2... Haha...sebab aku akan kuarkan sume duit aku di Affin Bank dan masukkan ke dalam Maybank dan wallet aku la.. Duit dlm wallet buat bagi mak, beli ubat dan tuk diri ku sendiri sepanjang bulan (wlp aku xbyk berbelanja). Duit dalam maybank pula tuk ku byr broadband, ASBN, dan prepaid ku. Senangkan, kebanyakkannya memang aku menggunakan maybank2u sebagai method diri ku membayar bil2 (mcm byk je bil nak kene bayar) ahaks... Tapi memang sejak zaman belajar lagi aku dah guna maybank2u ni. Hidup ini perlu teratur =)

7. Buat pertama kalinya aku tidak suka pada kesejukan...hahaha... Sejuknye kat client site ni Allah je yang tahu. Aku yang berbaju menutup aurat penuh, malah berjaket pun sejuk bagai nak rak, aku xtau la mcmane mereka yang berskirt pendek tu. Huhu..xsejuk ker???

Tu je la kot aku rase perubahan sedikit. Sebenarnye takde banyak mana pun perubahan tu kan... Hee~ Saje je nak berkongsi pengalaman hidup.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah.

WaAllahulam

2 comments

  1. hah ok la tuh....
    aku plak makin kurus melidi...
    tak tau la npe...huhu

     
  2. nizaati Says:
  3. meh kite tukar nak.. ;-)

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri