CS110 BBQ Reunion @ Andalusia

Posted by NIZA.Ati on Thursday, November 12, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 8 November 2009 bersamaan hari Ahad lepas, Niza telah menghadiri BBQ Reunion dengan kengkawan yang pernah seprogram dalam Diploma Komputer Sains (CS110) di UiTM Samarahan, Sarawak intake June 2004. Kehadiran yang agak memberansangkan. Selain Niza, yang turut hadir adalah As, Dilla, Yana, Shafiq, Saufi, Fahmi, Alip, Miejool, Ilyas dan Luqman.

Kira-kira jam 3.30ptg Niza sudah pun bertolak ke rumah Dilla di Andalusia, Pantai Dalam. Sebaik shj selesai masak Nasi Goreng Cili Padi. Niza sampai awal kerana mak Niza mahu ke rumah kami lagi satu di Bukit Beruntung. Selain tu, Niza ingin berehat sebentar di rumah Dilla memandangkan Niza tidur lewat pada malam sebelum tu kerana menunggu seseorang on9.

Kira-kira jam 3.45ptg Niza sudah tiba di rumah Dilla, kami panaskan nasi goreng dan menambah garam. Kemudian Niza lelap sebentar, kira-kira jam 4.40ptg, As pula tiba dan kami menunaikan solat Asar. Pada jam 5ptg, kami mula turun ke tempat BBQ iaitu berdekatan dengan swimming pool. Ketika itu, Saufi, Yana dan Alip sudah pun tiba. Kami berborak sebentar samentara menunggu Project Manager iaitu Shafiq dan Fahmi tuk sampai dan membawa barang2 serta bahan untuk dipanggang. Kira-kira jam 5.30ptg mereka tiba. Selain mereka berdua adalah Luqman dan Miejool.

(Click to enlarge)

Kemudian kami terus set-up barang-barang dan tempat. Cuaca yang agak2 macam nak hujan merisaukan kami. Ditambah pula dengan dentuman guruh meskipun tidak kerap. Kami membuat persediaan dengan memasang payung besar yang telah di angkut oleh Saufi, Shafiq dan Ilyas dari tepi kolam renang. Tapi, alhamdulillah tidak hujan pada petang tu.

Setelah semuanya selesai set-up, kami memulakan proses memanggang ayam yang diperam oleh Giant, dan sosej. Semuanya lelaki yang buat. Merekalah yang tolong potong2 sosej, merekalah juga yang tolong panggang ayam dan sosej. Thanx to them... Niza cume tolong kipas...tu pun kejap jerk..hee~

Ketika azan Maghrib berkumandang, kami bergilir-gilir pergi menunaikan solat di rumah DIlla. Dimulakan oleh Niza dan As. Setelah kami turun semula tuk bertukar giliran, semua ayam sudah selesai panggang...hee~ So just panaskan la... Apabila semua sudah selesai menunaikan solat, kami memulakan dinner kami. Antara makanan yang dihidangkan adalah Sosej yang sangat sedap, Ayam bbq, Nasi goreng cili padi, muruku, coklat, rendang daging, air gas dan air mineral. Its enough for us... Dah cukup kenyang kami makan atau mungkin terlebih kenyang. Tak lupa juga kek birthday Yana & Ilyas.

Sepanjang kami makan, kami mengimbas kembali kenangan kami sepanjang sama-sama bergelar pelajar Diploma Komputer Sains di UiTM Sarawak.

1. Incident Yana-Pejal di Matang
2. Trip kami ke Matang ketika part2
3. Trip ke rumah Puan Lenny berhari raya
4. Trip kami ke chalet di Matang (lupe dah nama tempat chalet tu)
5. Incident yang berlaku ketika trip bermalam di chalet tu dimana sebaik shj sampai di chalet, setelah memasukkan barang2 ke chalet, 2 buah kereta dimana yang pergi ketika itu ialah Niza, Pot, Saufi, Acap, Shafiq, Amir dan Fahmi. Kereta yang teruk kena adalah kereta yang dinaiki Niza, Pot, Saufi & Acap. Niza dan Pot yang duduk dibelakang memang rasalah setelah kereta kami masuk longkong, kereta kami dihentam oleh kereta yang dipandu Shafiq pula. Dua2 kereta pun terbabas ketepi.

...dan banyak lagi yang kami imbas kembali termasuklah lecturer2 kami iaitu KP yang sempoi > Encik Zamri, Sir Robert yang pemalu (kini tidak), Sir tutup gigi (lupe dan name sir ni..dia ajar math time part 2), Sir PHD (Sir yang suke kami motovation yang mengajar subj Calculus 1), Sir Calculus 2. Haahaha...teruk tul Niza, nama lec lain slain lec yang mengajar subj computer sume Niza tak ingat. Sebenarnye bukan tak ingat tapi xtau yang mane satu. Macam Mr.Goh etc.

Gosip2 yang pernah berlaku ketika zaman diploma pun turut terungkit tentang.......... Ala~ Sume pun hanya tinggal kenangan. No heart-broken okai...hee~ Yang pasti kini masing-masing sudah berpunya, ada juga yang telah kembali single, ada yang tetap single etc.

Apa2pun, kami masing-masing sedang membina kerjaya. Niza di T3liti, As ni 3xp3rian, Saufdi di Bank Rakyat, Dilla & Fahmi di Mimos. Yang lain sedang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda and All da best tuk mereka. Kami turut bercerita mengenai kerja etc.

Sempoilah bile masing2 tidak pun bercakap mengenai perkahwinan. Wa~ Serius Niza suke... Bukan sebab ape... Bila Niza reunion dgn kwn2 sek men mesti ada bercerita psl kahwin. Niza sendiri sedar lambat lagi tuk Niza tempuhi alam perkahwinan walaupun Niza tidak kesah pun bila akan berlansungnya. Cuma dalam beberapa perkara Niza rasa masih belum boleh lagi. Okai...abaikan~

Okai... Apa yang Niza dapat dari re-union ni. Jujur Niza katakan, dan semua pun sedar tentang itu. Certain between us memang tak rapat sejak zaman diploma...sejak part berapa Niza tak pasti. Tapi, bila re-union kali ni, kita lupakan semua yang pernah berlaku antara kita. Apa2 shj cerita belakang pernah kita dgr~ Kita abaikan semua, demi relationship yang lebih baik antara kami semua. Lagipun, usia sudah semakin meningkat, pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan pengalaman juga mengajar kita tuk menghargai kehidupan. Cukuplah setan bertepuk tangan selama ni. For me, no "bad" memory to be remembered.

To all my CS110 buddies...hope to u again in our next reunion...maybe trip ke somewhere~ Kan..Saufi nak belanja~ Chewah~ And hope ramai lagi yang akan join dan dapat join.

For this reunion, a big thanks to Shafiq & Fahmi coz belanje we all and thanks to all coz memeriahkan lagi. Tak lupa juga kepada Dilla coz tumpangkan tempat. Kehadiran semua amat dihargai. Long time no c. (Tapi tak rasa sngt sebab slalu jumpe di FB).

Kira-Kira jam 9.15mlm kami mula berkemas dan bergambar tuk penhabisan. Kami berpisah kira-kira jam10malam. Fahmi, Miejool, dan Luqman pulang ke Shah Alam dengan menaiki kereta Shafiq. Niza pula telah menumpang Saufi hingga ke rumah Niza dan seterusnya Saufi menghantar Yana & Alip ke Shah Alam. Thanks kerana menumpangkan Niza pulang ke rumah.

K, thats all from me.
Adios.

Wassalam

categories: , | edit post

8 comments

  1. dla Says:
  2. lolz..biler ms pulak nama aku n kawan kiter tu dimention..bykla ko..heh ko n sopi..x mention pulak ye..:P..ada certain ayt ko mmg x le belah.huhu..anyway nice memoriess..hope to see u guys again

     
  3. nizaati Says:
  4. Wei...aku dah edit..ingatkan ko xsempat bace...hahaha.... Aku n sopi? Ops.... haha... itu NYATA GOSIP tu.... yg len tu kebenaran..ahaks~ Dila, ayat aq mmg xleh blah la...stay kat dlm blog ni jerk.. hee~

     
  5. dila Says:
  6. hahah ye ke gossip.....heeeheh well anyway...ayt ko mmg x le belah skit...tp ko jgn terkejut one day yg single tetap single tiber3 akn kawen dulu dr ko..:P..heh amin..;)

     
  7. nizaati Says:
  8. Oh tedah...psl word "single" tu ke ko ckp xleh blah? Haha...common la... there nothing la samada ko "double" or "single". Aku pun single gak..lum kwin ape..tunang pun belum... =P Btw, aq mmh kwin lambat (^_^)

     
  9. oy oy...ape yg aku x sempat bace tu? nak bace!!

     
  10. nizaati Says:
  11. ala..xde papepun...psl gosip relationship jerk... =)

     
  12. yana Says:
  13. aku suka postmortem ko ni...kecuali yana n pejal...ohohoho...thanks kwn2 smua.. sweet memory mlm tu:-)

     
  14. nizaati Says:
  15. hahaha...ala yana...ok la tu~ hee~ Ko bace kat blog as lg gembaq die tulih..hahaha....bukan yana-pejal jerk... =P

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri