Hari-Hari Ku

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, November 25, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,

...Jangan Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri kami petunjuk.. jangan Kau
biarkan kami setelah Kau bimbing kami..Kau ampunkanlah dosa-dosa kami.. Kau
tetapkanlah Iman kami.. Kau teguhkanlah taqwa kami.. Sesungguhnya Ya Allah
kepadaMu lah kami bermohon..kepadaMu lah tempat kami berlindung..kepada Mu lah kami berserah...


Lelapku terhenti, lately ni @ 5.30am pasti ku sudah bangun...hurm...its about 2-3 weeks ni... kenapa, aku pun tak tahu... dan..tidak pula aku akan dapat lelap kembali.

...and...its about more than a year...stiap kali bangun..aku pasti teringatkan seseorang... kemudian melihat jam di HP, switch on lappy, dan mengambil wuduq tuk menunaikan solat. Setelah bersolat, aku akan mengadap lappy ku. Itulah rutinku samada ketika aku masih belajar dulu, hinggalah sudah berkerja kini...dan juga rutin ku ketika weekend... Begitu la sehingga jam 6.30 pagi baru lah kerja2 lain akan aku uruskan.

Di Office:
Hari ini, ketika aku sedang menulis entry ini, aku didatangi seorang perempuan, pekerja TM...dan dia under "MC". I not sure MC stand for what. Kenapa tiba2 dia datang pada aku? Dia tanya, aku ni dari company mane? Aku pun cakap la aku dari company mane and currently incharge in wut project. Yups, aku bukan dari Acc3nture, tapi seiring dengan Acc3ntur3 dan VTC adalah company aku yang sedang menjalani DFCC project. Last2 dia btau la yang org depan aku (kat latest meja yang aku duduk skrg ni, xjauh pun dr tmpt dok lame, just 2 langkah kaki je) yang tanya. Siap tanya nama aku... huh, sibuk jerk~ Ape kes die sibuk nak tanya? Hello, aku stay kat situ almost 4months tau x... bukannye dlm masa 4bulan tu die xde kat situ, xnampak aku kat situ. sengal~ Cuma ade 2minggu ritu aku stay kat Menara TM time code deploment and pre-cutover.

Esok, aku akan di briefing tuk 1090, mungkin aku kena join Testing Team selepas cutover berlaku memandangkan aritu orang TM minta vendor tuk tambah orang jaga annexe 2. Yang peliknye, asal de keje je mesti muke aku... apsal yang sorang lagi tu tak kene? Rezeki die la kan... Tp bagus la aku ade keje daripada aku keBOSANan kat office. So, 3 sub-team aku cover tuk project ni.

Di Rumah:
Budak2 dah start cuti sekolah, jadi di rumah aku pun KAFA pun cuti, cume ade la dlm 10orang budak yang datang tuk mengaji dan dijaga memandangkan tiada orang yang dapat jaga mereka ketika parent dorang pegi keje. Bibik baru pun dah mula kerja sejak seminggu lepas. Hurm... dia perlu di ajar lagi supaya dapat buat kerja dengan kemas,,, Budak-budak yang datang ke rumah ku, selain mengaji, dorang main game and menonton televisyen, tu je la keje dorang hari-hari. Bila aku balik, kadang-kadang aku berborak la dengan mereka, menonton tv bersama etc. Bagus juga budak-budak ni, tahu waktu tuk menunaikan solat Asar walaupun tak disuruh, tapi kadang-kadang masih perlu diingatkan.

Selain itu, aku akan mengadap lappy kembali setelah menunaikan solat Asar. Selepas menunaikan solat maghrib, membaca Al-Quran dan menunaikan solat Isya', aku spend sekejap di lappy (usha-usha farm aku kat farmville dan farmtown), kalo xde ape2 yang perlu aku reply di FB @ Blog, aku akan switch off lappy dan tidur. Sangat awalkan? Tidak seperti zaman aku belajar dulu. Bekerja memang sangat memenatkan walaupun hanya duduk mengadap lappy tanpa ada kerja yang harus dibuat.

Apa yang aku mahu?
1. Aku mahu move on hidup aku... to be a better person
2. Aku mahukan kegembiraan bersama orang-orang yang aku sayang
3. Aku mahu kasih sayang daripada orang-orang yang aku sayang
4. Aku tidak mahu memikirkan semua perkara buruk yang aku tahu
5. Aku mahu rasa cinta pada kerjayaku
6. Aku mahu rasa disayangi sepenuhnya kembali seperti dulu

Conclusion: Aku semakin lemah, meskipun aku tidak pernah jatuh. Aku perlu bangkit, mencari diriku yang tegas. Yakin dengan janji Allah. Berdoa dan bersujud padaNya. Itulah hati aku dan dia serta kita.

categories: , | edit post

2 comments

  1. tiada henti tangan menengadah tuk memint aampun padaNya,,,,,,,,,,,happy aidhul adha. salam kenal isna

     
  2. nizaati Says:
  3. tidak pernah berhenti menadah tangan memohon keampunan bt diriku dan sekalian umat manusia. Meminta hidayah, diperkuatkan iman. Kita manusia biasa yang bisa runtun jiwa jika tidak bermuhasabah diri.
    Ahlan Isna.

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri