Perhubungan Sesama Manusia

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, December 15, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
ntah kenapa lately ni, Niza diberitakan dengan berita-berita yang tak diingini oleh semua manusia. Pada sebuah perhubungan, diharap berkekalan. Pada sebuah hati, diharap dijaga rapi. Tapi, masalah yang sering melanda apabila wujudnya mementingkan diri sendiri. Mementingkan hati sendiri. Setiap manusia juga ada tahap kesabaran. Tiba satu waktu, mungkin akan berlalu, mungkin akan diam membisu.

Berjauhan bukan alasan. Meski sorang di Sarawak, sorang di Sabah. Good girl turn to bad girl. Sorang di semenanjung, sorang di Sarawak. Hati pula berubah. Sesama negeri pula, masalah perangai. Macam-macam kerenah, macam-macam cerita.

Hargailah sebuah perhubungan. Tidak kira samada sebagai kawan, sahabat atau teman. Tidak kira sebagai ahli keluarga atau tidak. Usah la wujud sengketa. Kelak balasan pasti menjelma.

Apa yang berlaku dalam hidup, apa jua kesilapan kita pada insan lain, kita juga akan timpa musibah dan pembalasan-nya kelak. Hanya orang-orang yang mampu berfikir akan menyedari hakikat ini. Hanya orang-orang yang matang akan memperbaiki kesilapan diri.

Hargailah seorang kawan, kerana dengan mereka-lah kita menghabiskan masa-masa yang pernah ada. Hargailah seorang sahabat, kerana pada merekalah kita berkongsi suka dan duka. Hargailah seorang teman, kerana dialah yang menyayangi kita seikhlasnya dan sentiasa ada tuk diri kita. Hargailah keluarga, kerana merekalah permulaan hidup kita. Tidak rugi pun berbuat baik dengan orang, tidak rugi juga berbaik sangka dengan orang. Apa yang ada pada sebuah pertelingkahan? Apa yang ada bila menyakiti hati orang lain? Hanya DOSA.

Apa-apa pun yang berlaku, tetaplah mendoakan yang terbaik buat semua. Buangkanlah rasa benci dihati. Bersihkanlah titik hitam di hati.

Bersolat-lah, berzikir-lah, bacalah al-Quran... disinilah bermula segalanya. Kataku dalam sebuah conversation:

"...solat adalah permulaan sst. dgn solat, kita berlapang dada, berbaik sangka
pd org, dr itu, org lain pun akan selesa dgn kite... maka...hubungan manusia ssm
manusia baik..tiada pergaduhan... cume bile sskali slh-faham..itu lumrah...
sebab itu kite perlu ingat...manusia tak sempurna..."
Buat semua yang berkongsi cerita dengan Niza, terima kasih. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan terima kasih kerana mahu mendengar kata-kata ku. Diriku hanya cuba menyenangkan hati yang sakit, hati yang merindu, hati yang hiba. Tapi, aku hanya insan biasa, yang tidak sempurna mana.

WaAllahualam.

categories: | edit post

20 comments

  1. fArEy Says:
  2. i like;-)

     
  3. nizaati Says:
  4. tx dear...sekadar ilmu *insani* yg perlu dikongsi

     
  5. Anonymous Says:
  6. Assalamualaikum. I agree with u!!! What if...kita aje yang positif but the other side...let say ambil kesempatan or memang mengambil kesempatan? It hurts isn't it? I lost thousands of rm, time, tenaga, haus tayar kete n mcm2 lagi. Tak kira kerosakan hati n perasaan. Eee..entahlah kan? Manusia memang pelik... Aik? Sorry..mengadu kat u pulak?? Thanks for reading. Chow.

     
  7. nizaati Says:
  8. wa'alaykumussalam wbt,
    its ok...my blog is open to anyone yg nak berkongsi apa2 or cungkil apa dari sini... Wutever it is, for me, semua pkr yg berlaku bersebab, ada hikmah dan boleh menjadi pengajaran pd kita... as long as kita tahu dan mahu berfikiran +ve... Segalanya dtgnya dr Allah dan Dia lah yang berhak menarik.. terus sujud dan berdoa... insyaAllah...u'll feel better and maybe there's some1 for you...someone..somewhere... Ttg ape yg telah dikorbankan..usah la lagi diingatkan...anggaplah satu sedekah... ikhlaskan hati... so it will make u smile... (^_~) cheer-up dude~

     
  9. Anonymous Says:
  10. Thanks..I memang sdg cuba untuk menganggap my lost sbg sedekah.I slalu fikir, ini balasan atas kesilapan2 i. Tak cukup keluar zakat thn lepas, tak bantu org buat surau or masjid, tak tlg anak2 yatim n orang susah spt biasa. Sometimes rasa lega tp bila teringat, belasan ribu yang hilang... rasa frust. Apa salah i pada dia? Salah i pada org2 yang i mention kat atas memang i sedar n akur. I pun sdg recover kesilapan pd dia org. Doakanlah i tabah.Tq cik kaunselor... ( i m the one who shared my food poisoning story)

     
  11. nizaati Says:
  12. Mr/Miss Anonymous... hee... of coz i noe u da 1 who shared 'bout food poisoning story. Bila Allah telah mula sedarkan kita dari kesilapan... bermakna Allah masih sygkan kita... Allah masih menunjukkan kite jalan ke arah kebenaran... Yakin dengan janji Allah okai... Maybe u r not the 1 yg salah... Kdg2... bila kita mendapat "sst", kita lupa tuk teruskan "amalan" mulia kita... dats y Allah tarik balik ape yg kita dapat... Hidup adalah pinjaman..isok lusa kita pula yang ditarik..siapa tahu kan... hee~ Berlapang dada my frenz... all da best in ur life... hope u'll feel better. Thx coz kerap visit my blog yg xseberapa 2-3 hari ni...

     
  13. Anonymous Says:
  14. Assalamualaikum. Smlm n hari ni life semakin ok. Thanks for the advises. Lapang dada n hati. Staff pun kata i nampak energetic! So... ptg ni presentation akan menjadi baik la kan.Hopefully. Oh ya... good luck for ur interview. Kul berapa tu? Mr...actualy.( malu la i ngadu2 kat u...muda lagi lak tu!!)Ceh..

     
  15. nizaati Says:
  16. wa'alaykumussalam wbt,
    muda xmuda pun..lg bbrp hari i'll 24..huhu... adeh~ Ohw, its good to hear that u much btr now... Btw, my i.v tunda coz agak bz dgn user for today n tomorrow..awal pg dah email pd dat company btau ptg ni xdpt dtg... till then..all da best..

     
  17. Anonymous Says:
  18. Assalamualaikum. Alhamdulillah my presentation went smoothly. I nak wish pre birthday untuk u lah. Manalah tau tak sempat atau terlepas nanti.Semoga sihat, ceria,
    n semua yang best2 lah untuk u.24? I've been there years ago...best tau!! Asal jangan mcm cerita 24 tu dah le....ha ha. Chow.

     
  19. nizaati Says:
  20. wa'alaykumussalam wbt,
    hee~ tx 4 ur wish..ade gak kwn2 len dah wish..hehe` cerita 24?? xtau pun.. (^_^)

     
  21. Anonymous Says:
  22. Ala cite mat saleh yg ad kat astro n 8tv.Pasal Jack, pengintip yg sentiasa ada 24jam tuk settle mcm2 problem negara n dunia.When is it? Boleh i join ur celebration...tak malu kan i?

     
  23. nizaati Says:
  24. Xde wat papepun... tp ade gak kwn2 sek men ajak hangout. But i wish someone here... wlp dah tau cmfm xde... terpisah dek laut china selatan.. huhu... xpe la..hopefully nx year blh smbt bday dgn si dia.. Xpenah lah tgk cite tu... sbb mmg jrg tgk tv... g keje ngadap lappy, balik keje pun same... my work, my entertainment sume dgn my lappy ;-) Kalo cite2 travelling cam 703 n cite travelling lain ade la tgk..hee~

     
  25. Anonymous Says:
  26. Yey yeh...ada orang rindu heh? Cinta jarak jauh? I ad terbaca article ttg cinta jarak jauh... Mak ai...banyak sabar tu! Sarawak, Sabah or Brunei? I went to Kuching last christmas. Vacation la konon pada hal dah 3 x ke sana. G KK on April 09 sbb meeting. Lepak sampai 4 5 hari. Syok jumpa keengkawan masa schooling dulu.Mcm2 saiz boleh dilihat..raut muka sama aje sama. I? Kata orang tak dimakan hari..he he. Perasan pulak.So..kat mana dia?

     
  27. nizaati Says:
  28. hee~ sy dlu blajar srwk... kami knl pun d srwk.. si dia org sabah.. tp msh blajar d sarawak... Mmg cinta jarak jauh perlu byk kesabaran...plg penting kepercayaan...n sbb die msh belajar, sy perlu paham dia mcmane... Sarawak tu dah jd mcm neg asal sy plak...haha... ade org ingat sy org srwk... mgkn sbb fasih ckp srwk... tp sabah kurang la.. hi3

     
  29. Anonymous Says:
  30. Bila si dia habis?? bila rancang nak walimah?

     
  31. Anonymous Says:
  32. Assalamualaikum. Ok la tu.I doakan perhubungan u berdua ok, terhindar drpd dugaan or cabaran yang tak tertanggung.Amin...So, how was ur day? It's Friday right? Kejap aje hari berlalu...Yey yey hari-hari rehat sudah tiba!What's ur plan for the weekend? Ada ke rehat sebenarnya ek? Mana tau tetiba big bos suruh buat apa-apa kerja or g meeting?..akur aje lah.

     
  33. nizaati Says:
  34. wa'alaykumussalam wbt,
    amin ya Allah..insyaAllah... telah pun berlalu dugaan begitu... Ya Allah..jgn la berlaku lagi.. Wa~ sangat perlu berehat... gamaknya mlm ni sgt bz dgn sms di hp kot... Sok xsure la jd kuar smbt bday ke x.. lusa mau pigi kenduri kahwin kakak kwn.. ntah la...

     
  35. Anonymous Says:
  36. Bz ngan smses.Tak guna email or chat? Tak sure nk keluar sambut birthday? Tak pe kot...bila2 jumpa dgan kengkawan or families nanti boleh sambut.When is ur birthday?Yey yey boss tak bg apa2 keje lagi. So this weekend i dapat le rehat. Take care..wassalam.

     
  37. Anonymous Says:
  38. Assalamualaikum. So..how's ur weekend? Harap-harap dpt rehat, motivation n energy for the coming week. I? Ha ha pagi-pagi lagi dah potong stim. Paper i kena bukak balik bindingnya sbb my staf kata ada benda nak kena buat amendments. Projek nak jaga hati...eeee geram!!!Empat buku tu..

     
  39. Anonymous Says:
  40. Assalamualaikum. Senyap aja dah dua tiga hari ni....bz like a bee?

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri