Selamat Tahun Baru 1431H & 2010M (Doa Akhir & Awal Tahun)

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 16, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
diam tak diam, kita sedang menghampiri ke tahun baru 1431 Hijrah pada 1 Muharram 1431 (bersamaan 18 Dec 2009) dan 2010 Masihi. Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ini.

Muhasabah kembali diri kita, apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini.
1. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita kepada Allah?
2. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita kepada Keluarga terutama kepada ibu bapa kita?
3. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai khalifah(pemimpin) di bumi ini?
4. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai ummat Islam?
5. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai seorang rakan?
6. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai pelajar?
7. Adakah kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai orang yang hidup di dalam masyarakat? dan banyak lagi persoalan.

Apakah pula kesilapan yang kita lakukan tahun ini.
1. Adakah kita telah ingkar pada suruhan Allah?
2. Adakah kita telah ingkar pada ajaran mulia keluarga kita?
3. Adakah kita telah menyakiti hati kawan-kawan kita?
4. Adakah kita telah memulakan pertelingkahan?
5. Adakah kita tidak belajar dengan baik?
6. Adakah kita tidak menjaga diri kita dengan baik?
7. Adakah kita memperlekehkan orang-orang disekeliling kita?
dan banyak lagi persoalan.

Sebelum berakhirnya tahun ini dan masuk ke tahun baru
1. Adakah kita sudah bertaubat atas kesilapan kita kerana mengingkari suruhan Allah?
2. Adakah kita sudah meminta maaf kepada orang-orang yang kita sakiti hati mereka?
3. Adakah kita sudah memaafkan segala kesalahan orang lain kepada kita?

Semua persoalan ini, sebenarnya bukanlah perlu dimuhasabah diri hanya pada hujung tahun, pada hari raya, pada tahun baru etc... Tapi sebenarnya setiap hari. Cuma, lazimnya, ketika inilah kita akan terfikir tentang semua ini. Hanya kepada mereka yang mahu berfikir. Hanya kepada mereka yang mahu berubah/berhijrah. (Sila lihat entry Niza bertajuk Berubah dan Berhijrah La Wahai Manusia (Hijrah of the Heart)

Ingin Niza mengambil kesempatan ini tuk mengucapkan Selamat Menyambul Awal Muharram 1431H dan tahun baru 2010M kepada semua termasuklah:
1. Ex-SKSHAS 93-98
2. Ex-SABian 99-03
3. Ex-UiTMCS 04-07
4. Ex-AJK Kolej Seri Serapi UiTMCS 04/05
5. Alumni COMPASS UiTMCS 04/05
6. Alumni MPP UiTMCS 05/06
7. Pensyarah-pensyarah UiTMCS terutama Pensyarah CS110 04-07
8. Ex-CS220 UiTM Malaysia
9. Ex-FTMSK or Ex-FSKM 07/09 UiTM Malaysia
10.Alumni DnA Society / Sekertariat Mahasiswa Fakulti TMSK (FSKM kini) 07/08 UiTM Malaysia
11.Pensyarah-pensyarah dan warga kerja FTMSK/FSKM UiTM Malaysia 07-09
12.Rakan se-company T3liti Comput3rs Sdn Bhd
13.Bloggers & Follower serta yang sentiasa mengunjungi blog ini.

Terima Kasih dan Niza minta maaf andai pernah ada Niza menyakiti hati sesiapa tanpa Niza sedari. Niza menulis hanya tuk berkongsi pengalaman hidup dan apa yang Niza belajar hasil daripada "Berjalan, Melihat, Mentafsir" kehidupan seharian Niza...apa yang berlaku di sekeliling Niza.

Lastly,
1. Jangan lupa memohon maaf dari orang lain supaya kita menutup buku amalan kita dengan berat sebelah kanan.
2. Jangan lupa memaafkan orang lain.
3. Solat taubat pada yang telah berlalu, dan solat hajat pada yang akan datang.
4. Mendoakan kesejahteraan muslimin & muslimat di serata dunia.
5. Membaca doa akhir tahun sebelum maghrib pada Khamis ini.
6. Membaca doa awal tahun setelah masuk Maghrib pada Khamis ini.


Berikut disediakan bacaan Akhir Tahun dan Awal Tahun buat semua
************************************************************
DOA AKHIR TAHUN


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

************************************************************
DOA AWAL TAHUN




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


************************************************************
WaAllahulam




0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri