Majlis Pertunangan Yati & Hangout Bersama Ex-ASAB

Posted by NIZA.Ati on Monday, February 15, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
seawal jam 9pagi (awal ker???) pada 13 Februari 2010, Niza dah kuar rumah, membawa Serena manuju ke bengkel... bukan tuk membaiki Serena tapi menghantar Waja ke bengkel yang dipandu oleh mak.

Kemudian mak menghantar Niza ke KLSentral dan Niza bergegas membeli tiket Putra ke Taman Melati dimana Aniza akan menunggu Niza disana. Setibanya, terus memberi salam dan berlaga pipi (sudah menjadi kewajipan Niza dan semua rakan-rakan Niza). Kami terus menuju ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur (sekolah kami dahulu) tuk berkonvoi dengan Wana. Sementera menunggu Shah, kami bergambar di Asrama (tempat yang menemukan dan mematangkan kami. Kami sangat rindu asrama kami. Makin chantek sekarang ni). Of coz la tak lepas dari ambil kesempatan tuk bergambar (walaupun cuaca panas gilerz kan sampai cair2 mekap kan...hak3)


Selepas Shah tiba kira-kira jam 12pm, kami terus bertolak ke Alam Damai. Wana membawa kelisa Biru mengetuai perjalanan memandangkan kami semua tidak familiar tuk ke sana. Diikuti Kelisa Krim yang dipandu oleh Shah dan Vios putih oleh Ija dan ditumpangi Niza (nasib la aq tak bw kete gak...hak3). Kami tiba dalam jam 12.30pm di rumah Yati. Ingatkan Yan dan Erin dah sampy rupanya masih belum dan mereka hanya tiba pada jam1.30pm memandangkan ada sedikit masalah yang dihadapi.

Setelah itu, bermula la sesi bermekap, fotografi, bertanya kabar, mengusik, memekak, berborak, solat Zohor dan macam-macam lagi. Paling Sibuk Yan Omar la kerana menjadi "jurumekap tak bertauliah" Yati... Yati dapat package mekap sambil mendengar Yan berkepoh... hak3... Terlalu banyak gambar yang diambil termasuk yang kene sensored...ops~ (^_~)(p/s: Yan, dont worry, aku kan baik...comfirm tak pedajal ko...hak3... Wana!!! Sila bertanggungjawab..ahaks~


So~ Niza pun malas nak cite panjang sebab kebanyakkan masa kami adalah bergambar...hik3... Then around 3.30pm, pihak lelaki mulai sampai. Setelah berbincang apa yang patut dan membaca doa dimana mengambil masa dalam 45minit, kemudian diteruskan dengan acara menyarung cincin pertunangan kepada jelitawan kami > Norhayati Hamzah. Alhamdulillah selesai semuanya. She's da 1st truth SABIAN batch kami yang bertunang dan insyaAllah akan kahwin dalam hujung tahun ini. Sedang elok pun kan... Yati adalah kakak kami walaupun sama batch kerana umurnya advance dari Niza. Then Niza la...hak3... tapi bukan Niza orang kedua yang menyusul tau... hik3... insyaAllah adikku "Y" atau "S", siapakah? Biarlah rahsia buat masa ini. Kita tunggu dan lihat ok.

Around jam 4.30pm para tetamu telah dijamu dengan makan petang iaitu Roti Jala berkuah gulai ayam, soto, Tat, Agar-agar cendol, air oren, air kopi dan air tea 0. Wa~ kami ber (ye ke 6? Jap aku kira jap 1-Niza, 2-Ija, 3-Erin, 4-Yan, 5-Shah, 6-Wana). Ha~ betul la 6. Kami ber6 lapar gillerz.... tu la... time ibu Yati ajak makan tengahari tak pegi pun kan... semua sibuk dalam bilik dok tengok minah kepoh si Yan tu mekap Yati... Pastu sibuk bergambar... So bile dah dapat makan, kami pun tak lepas peluang la kan. Tapi sume pun makan Roti Jala & Soto... Niza je makan roti jala je... by da time nak amik Soto, tengok dah abes kan... (padan muka aku..haish~) Sape suruh tak amik awal-awalkan.

Then, kami bergambar (lagi~), naik ke bilik (bergosip...perbincangan hangat tentang *tut* ha~ rahsia kami la kan). Selepas menunaikan solat Asar, kira-kira jam5.30pm, kami mulai beransur. Tetapi Niza, Wana, Ija dan Erin terus ke Wangsa Walk. Buat ape??? Gi jejalan jerk (ye ke? Ni cadangan Niza je). We all gi karok... karok tu ape? Karok tu seangkatan dengan kerek.. eh..ye ke? Karok tu karaoke la~

Ok, buat pengetahuan, inilah adalah kali ke2 Niza ke tempat karaoke... tapi inilah 1st time memang Niza melibatkan diri... kenapa Niza berani lak??? Sebab tak orang laki dalam group kami dan kami ambil bilik bukan kotak (box). Sape yang tak berenti-renti nyanyi??? Biarlah rahsia...hak3... Lagu ape yang we all karok-kan??? Jap refresh balik... Hurm.. Lagu Tenda Biru, Dan Sebenarnya (Yuna), Akulah Kekasih Mu (AXL), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Cari Jodoh (Wali), Bencinta (Faizal Tahir), Karam (tak sure sape penyanyi dia), Cinta Pantai Merdeka (Tropika), Senggol-sengolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu). Itu je kot... Ha~ dasyat tak... adeh~

Sebaik sahaja tamat sejam, kami terus keluar (semua orang tengok sebab kami semua pakai baju kurung (moden))... Hak3..gasak la... Then terus ke surau tuk menunaikan solat Maghrib (baru je masuk waktu time tu). After solat, kami pegi makan Nasi Ayam Penyet... Tx to Ija sebab belanja we all... dan sangat sedap ayam penyet tu~

Kemudian kami pun beransur la pulang... Tapi Niza dan Wana tak terus pulang ke rumah. Niza menemani Wana tuk berjumpa dengan Farhan Aminuddin tuk mengambil thumb drive dan kami pergi minum sekejap di OldTown Cafe di area Kelana Mall. Nice to meet you faan... (^_~)

Then, setelah menghantar faan pulang ke rumah, Wana menghantar Niza ke rumah Niza dan singgah sebentar tuk mengambil CD dan s/ware Nero. Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 11.30pm (Series, ni la 1st time Niza balik malam setelah keluar dengan kawan-kawan).

Alhamdulillah... buat sahabat ku... Niza sangat bersyukur dan happy di atas kegembiraan Yati dan hangout dengan korang. Its ladies day yeah~

Sebelum Niza end entry ni... buat sahabatku:
Yati: Tahniah lalink... Im happy for you my dear~ Kita tunggu pula hujung tahun ini...insyaAllah..
Shah: Semoga perancangan mu menjadi okai... tak elok lame2 sgt... (^_~)
Erin: Beb, mari kite berusaha menjadi wanita kental...hak3... semoga bertemu jodoh yang baik darling~
Wana: Hopefully if not this year... nx year will be your turn... Faan dah keje... no prob nak kumpul duit...hik3...
Ija: Abeskan your master ok my dear... then kite tengok macamana... mane tau temu jodoh dengan budak "Alam Damai 3" tu..hik3..
Yan: My dear farehan... aku doakan ko pun cepat-cepat la langsung k...
Me: ??? Hak3... korang doakanlah yang terbaik tuk sabahat korunk ini okai... (^_~)

Harap dapat hangout dengan korang lagi (Erin nak belanje pulak kan..hik3)

Thanks a lot my dear... Btw, sorry sangat lambat bagi gambar cause sangat banyak nak kene resize... Take care semua...

P/s: Congrats to Ika yang melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada tarikh yang sama, begitu juga dengan Kak Zura. Maaf sangat Niza tak dapat pergi.
Wassalam

categories: , | edit post

6 comments

  1. r3!n_knOT Says:
  2. bce blog ni smbil dgr lagu AXL tuh..he3..blik2 trus download ok.:)
    btw,mmg sgt happy jumpe korunk!next,turn sape plak??obviously bkn rein la kn???:p..

    p/s:eh bkn rein la..na'z la..:)..yes22 xsbr ni..ble3???ngee~

     
  3. nizaati Says:
  4. byk la...hik3... btw... ade 1lagu terlupe nak masukkan dlm list td... "Tak Mungkin Kerna Sayang" pun kite de nyanyi kan..hik3..

     
  5. yati Says:
  6. thanx.. million of thanx to all my dearest frens..

     
  7. nizaati Says:
  8. yati..our pleasure my dear.. (^_~) Btw kak dian ckp congrats gak..

     
  9. Anonymous Says:
  10. haaaa baju merah lagi...

     
  11. nizaati Says:
  12. ohw~ gmbr disebelah tu ditangkap pd hari pertunangan inilah..hak3..

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri