Baby Ku KECIK

Posted by NIZA.Ati on Friday, March 19, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
rasanya mana-mana kawan Niza yang ada baca status2 Niza di YM mahupun di FB semua dah tahu pasal baby Niza kan... Si Kecik... Sape Kecik??? Hik3... Ni la KECIK...


Kenapa Niza bagi nama die KECIK??? Sebabnye masa mula-mula dia datang umah Niza, dia sangat KECIK & kurus... walaupun Niza anggarkan umurnya sama dengan COMEL (kucing Niza dlu yang dah hilang).

Masa mula-mula Kecik datang, dia sangat pasif, kemungkinan dia sakit. Kami bela Kecik dan mungkin perhatian Niza lebih pada Comel dan adik Niza kepada Kecik. Walauapapun, Comel & Kecik ni la yang Niza bagi makan, minum & mandikan. Sekarang cuma tinggal Kecik. Setelah Kecik agak sihat, dia mula aktif seperti anak-anak kucing lain. Paling dia suka adalah main bunga mak dan menonton TV. Kecik sangat suka tengok raja lawak dan dia pun suka Zizan macam Niza... hik3...

Jumaat lepas (12 Mac 2010), seperti biasa, pulang sahaja dari kerja, Niza akan memanggil Kecik, tambah pula ketika itu hujan jadi Niza agak risau. Panggilan Niza tidak dijawab (samada dengan mengiau, gesel kaki, atau datang dekat pada Niza). Kemudian, sebelum solat maghrib, Niza mencari Kecik lagi. Ketika itu, Niza jumpa Kecik di bawah kerusi kayu di tepi sliding door. Niza pelik sebab Kecik duduk di situ, diam tanpa mengiau dan bangun walaupun Niza memanggilnya. Lalu Niza duduk di depan Kecik. Niza nampak badan Kecik kotor dan paling ketara kaki dia seolah2 terkulai. Niza angkat Kecik tapi Kecik meronta-ronta dan meloloskan diri. Niza dapat lihat, ye...Kecik patah kaki. Niza amik makanan Kecik & susu tapi Kecik tak nak makan dan minum. Niza terus call mak Niza. Selepas menunaikan solat maghrib kami terus ke hospital haiwan di Jalan Gasing, Kuala Lumpur.


Niza sendiri yang kendong Kecik dari rumah, dalam kereta hinggalah tiba di sana. Hospital dah tutup, tapi emergency case, doctor datang. Ketika doktor suntik ubat tahan sakit pada Kecik, Kecik meraung lalu memegang kaki Niza dimana ketika itu Niza sedang melulut, Kecik meletakkan kepala. Dia seolah-oleh menahan sakit. Sedey, itu sahaja yang mampu Niza katakan apa yang Niza rasa, seolah-olah Niza yang sedang merasakan kesakitan itu. Ketika doktor meletakkan sangkar, Kecik sendiri yang masuk ke dalam sangkar tanpa di suruh seakan mengerti bahawa dia perlu tinggal di situ.

Hari Selesa, ketika otw pulang ke KL dr KT, kami mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital yang menyatakan kaki Kecik dah dibuat surgery dan dimasukkan 2 pin. Tapi itu bukan perkara yang membuat semakin luluh hati memikirkan tentang Kecik, tapi apabila doktor memberitahu bahawa usus Kecik terkeluar. Sebenarnya daripada 1st day Kecik sakit lagi Niza dah beritahu doktor yang perut kecik kelihatan semacam. Tapi mungkin doktor lebih tumpu pada yang penting iaitu tulang yang retak.





Di dalam badan kucing terdapat 1lapisan dan lapisan yang menyokong organ dalaman itu telah pecah sedikit dibahagian bawah hingga membuatkan usus Kecik terkeluar. (sila lihat gambar di atas). Hari Rabu, Niza ambil EL semata-mata tuk melihat Kecik di hospital dan membeli barang-barang keperluan Kecik.

Kecik seekor kucing yang sangat baik. Kecik makan dan minum di dapur. Kecik tak pernah berak dalam rumah, semua pemprosesan di luar pasir di hujung laman rumah. Kecik tak pernah nak gigit, sekalipun dia gigit tak pernah sakit. Mungkin dia sendiri takut nak gigit. Cuma, Niza penah marah Kecik sebab panjat meja dandanan (skema tul perkataan) Niza hingga membuatkan minyak angin Niza terjatuh dan pecah (sape suruh Niza letak kat situ kan).

Sambung cerita, ketika kami (mak, Niza & adik Niza) datang hospital, Kecik telah dibawa turun dari wad tingkat atas dan terus mengiau sebaik sahaja ternampak kami. Kecik tak berhenti-henti mencium jari-jemari Niza. Sedeynye... Mungkin Kecik mahu balik ke rumah. Tapi sayangnya, Kecik tak boleh terus balik petang tu memandangkan keputusan darah belum keluar. Berbalik pada cerita usus tadi, doktor kata tak boleh nak buat surgery lagi memandangkan Kecik baru shj menjalani surgery & sebagai kucing yang masih baby, dia tidak tahan dengan ubat bius yang kerap. Doktor cakap, melihat Kecik makan dengan banyak dan ok, tiada apa yang perlu di risaukan. InsyaAllah dalam 2 bulan kemudian baru boleh buat surgery.

Kami meninggalkan Kecik dan terus pergi membeli sangkar, bekas makanan, bekas air, bekas "pemprosesan", pasir, katil & susu. Niza pilih sangkar yang ada 2 tingkat supaya Kecik tidak bosan. Sebaik sahaja sampai di rumah dan menunaikan solat maghrib, Niza memasang sangkar kecik dan menyediakan semuanya tuk sambut kepulangan Kecik. Sangkar itu ditempatkan di dalam bilik Niza.


Hari berikutnya (Khamis - 18 mac 2010), Niza pergi kerja dan mak Niza menelefon Niza pada sebelah petang tuk memberitahu bahawa Kecik telah dibawa pulang dan jumlah bayaran yang dikenakan. Niza berkongsi dengan mak Niza mengenai pembayaran itu.

Sebelah petang, Niza sangat teruja tuk balik dan melihat Kecik. Perut yang lapar langsung Niza tak endahkan, yang penting Niza nak tengok Kecik. Sebaik shj sampai di rumah, Niza terus dapatkan Kecik di bilik Niza. Niza buka sangkarnya dan keluarkan Kecik. Corong leher yang dipakainya Niza bukakan supaya dia selesa tuk makan dan minum. Kemudian kami beri Kecik makan ubat dan Niza melapkan badannya memandangkan Niza tak dapat nak mandikan dia kerana takut terkena tempat jahitannya. Niza biarkan dia berjalan2, menjilat2 badannya tapi Niza perlu kawal supaya dia tidak terjilat & menggigit jahitan di kakinya. Setelah itu, barulah Niza masukkan semula corong leher. Kemudian Niza amik katil dan letakkan di depan TV, time tuk Kecik tengok TV di bilik mak. Kira2 jam 9malam barulah Niza masukkan Kecik dalam sangkar tuk tidur. Tapi, Niza sedar yang Kecik tak suka duduk dalam sangkar tu, jadi Niza keluarkan dia dan dia tidur di lantai berlapikkan katil dia tu. Tapi biasa la kucing, mana penah tidur stay 1 tempat, dia bangun dan tidur pula di karpet.

Jam 5pagi Niza dikejutkan dengan bunyi cakaran Kecik pada beg baju Niza. Lalu Niza masukkan dia dalam sangkar tuk minum, makan & membuat proses. Niza kemudian membiarkan kecik berjalan-jalan, siap ikut Niza p buang tahi die kat luar lagi tu. Tak padan dengan sakit kaki jalan merata. Adeh~ Niza panggil dia masuk dalam rumah dan memberi Kecik makan ubat. Sebelum Niza pergi kerja tadi, niza tinguk dia sedang menonton TV di bilik mak. Seperti selalu, Niza akan usap Kecik barulah Niza bertolak ke tampat kerja.

Jadi, inilah kisah kucing ku. Airmata ini akan selalu menitis melihat kesakitan kamu sayang. Semoga cepat sembuh dan menjalani hidup seperti selalu. Kakak sayang Kecik.


Wassalam...

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri