Mixed Feelings

Posted by NIZA.Ati on Monday, March 22, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Hurm... lately ni (akhir bulan 2 hingga kini) cam sangat menyeksa jiwa raga ku... Macam-macam hal dan macam-macam perkara (eh, same lah tu kan).

Perasaan yang bercampur-baur membuatkan Niza terasa lelah dan penat. Mahu atau tidak, tetap perlu ditempuhi.

Alhamdulillah, Niza dah jadi permenant staff di company Niza sekarang setelah 6bulan dalam tempoh percubaan bermula bulan Ogos tahun lepas. Nak kata suka tu... ntah la... Mungkin sebab ini bukan pilihan yang Niza nak. Takpe la, timba pengalaman. Alhamdulillah, gaji juga telah dinaikkan walaupun tak banyak mana, tapi tetap bersyukur.

Hurm... di office, Niza tengah busy handle pasal past project, ade la perkara-perkara yang perlu disettlekan. Selain tu, tengah tumpu pada websites company. Then asyik kene masuk meeting pasal sat3llit3 (sengaja diubah ejaan supaya tidak jumpa apabila di search) broadband tu walaupun xde kaitan, tapi sebab atas nama "3ngin33r" kena la jugak. Hurm..dah la sorang je perempuan.

Dalam tara tu, macam-macam pula berlaku. Hardisk Niza prob dan terpaksa tukar lain. Ini membuatkan Niza agak dispointed sebenarnya. After this, Niza takkan guna lappy Niza tuk buat kerja pejabat. InsyaAllah bila masuk new project, Niza akan minta company sendiri sediakan lappy tuk Niza. Otherwiese, sorry!

Hal lain pula, kucing Niza yang sakit tu. Hurm... As I mention before kos perbelanjaan dah didulukan oleh mak Niza dan kami share berdua. Jadi, bulan-bulan Niza akan bayar pada mak sampy settle. So tambah lagi la duit bulanan yang Niza berikan pada mak. Tak pe la Kecik(kucing Niza), dah memang rezeki kau kan.

Now Niza tengah cari rumah area Kuala Lumpur & Selangor tuk dibeli. Buat asset Niza je sebenarnya. Maybe beli dah sewakan. Sedang mencari lagi. Ada yang dah sesuai tempatnye tapi Niza pulak tak berkenan bila tengok di tingkat tinggi, then ada yang jauh ke dalam (eg: Seksyen 30 dan 31 di Shah Alam).

Then, ade pula masalah lain yang sebolehnya Niza taknak fikirkan tentang itu. Ntah la... mungkin Niza terlalu penat hadapi tentang perkara ni selama ni. Rasa cam sesak jiwa bila ade yang bertanya. Malas nak jawab ape-ape. Jadi, maaflah kalau ade yg YM Niza tanye soklan yang Niza tak suka dan tiba-tiba Niza out. Bila sekali Niza cakap Niza tak nak hal Niza itu disentuh, maka Niza sangat memaknakannya (macam pelik je ditranslit dalam BM). Kalau tetap bertanya, Niza terus sign-out.

Kadang-kadang Niza mempersoalkan, mengapa Niza yang dipilih tuk hadapi ini? Setiap kali Niza dengar lagu-lagu Maher Zain, Niza kembali tenang dan tersenyum. InsyaAllah, I'll find the way. Yups...Allah tidak akan memberatkan seseorang melainkan yang terdaya olehnya.

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (QS. Al-Baqarah:286)
Jujurnya, setiap persoalan Niza itu telah pun Niza tahu jawapannya. Entah la... semua serba tak kena... bukan pada Niza... tapi pihak lain...

Tak pe lah... teruslah tersenyum kepada semua...

“Dan siapa yang berbuat kebaikan, lelaki atau perempuan dan dia mukmin, sungguh
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik” (QS. 16:97)"
Ade manusia bijak berkata-kata tentang agama Islam, tapi asasnya Solat tidak ditunaikan. Mengapa? Sengaja melepaskan waktu dan mem"busy"kan diri. Hukum yang telah Allah tetapkan diambil mudah. Tapi bila bercakap, kalah orang lain.

“Dan sesungguhnya Kami memudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah yang mengambil pelajaran?” (QS. 54:17)."
WaAllahualam...

p/s: Niza paling tak suka orang tinggi suara dengan Niza dan bercakap kurang ajar dengan Niza. Kalau mereka tu memang keluarga Niza (mak, abang sulong, kakak ipar, abang kedua atau adik niza yang sekolah rendah) xpe la jugak. Ini tak semena-mena kurang ajar... memang panas hati-lah aku. Aku cakap elok2 nak wat kurang ajar dengan aku plak. Ni lah manusia yang tak sedar diri. Orang dah tolong lagi nak banyak naik lemak. Dan Niza paling pantang kalau orang sentuh barang Niza tanpa kebenaran.


~Mixed Feeling~

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri