Rutin Seharian Yang Berubah

Posted by NIZA.Ati on Sunday, March 21, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada entry 2-3hari lepas, telah Niza ceritakan mengenai kucing Niza yang bernama KECIK tu kan. So, kat sini Niza nak sambung cerita.

Rutin Niza kini telah berubah sejak Kecik balik dari hospital. Setiap jam5 atau 5.30 pagi, Niza bangun dan membuang bende2 yang telah di"proses"kan oleh Kecik, membersihkan sangkarnya, meletakkan makanan, menukar air minuman dan PALING PENTING adalah MEMBERI MAKAN UBAT.

Setelah itu baru Niza membersihkan diri, menunaikan solat Subuh dan menyiapkan diri tuk ke ofis. Biasenye jam 7.30pagi Niza telah b- ke ofis.

Kebiasaanya, Niza akan sampay jam5.45-6ptg (jika tidak jam) ke rumah setelah abes kerja. Perkara pertama adalah melihat keadaan Kecik. Kemudian Niza akan membuat perkara yang sama Niza buat dipagi hari selain memberi makan ubat. Setelah selesai, Niza letakkan Kecik di depan TV di dalam bilik mak. Kira-kira selepas Isya' barulah Niza akan beri Kecik makan ubat. Kecik akan dimasukkan ke sangkar semula apabila Niza ingin tidur. Kebiasaannya, Niza letakkan katil kecik luar sangkar dan di tepi katil Niza kerana kecik memang tidak suka tidur di sangkar. (tapi lau dah kene pakse ape leh buat...biasenye tak paksa melainkan ade org lain yang tidur di bilik Niza).

Itulah rutin Niza setiap hari sehinggalah Kecik tak sihat sepenuhnya... Berapa lama? Itu tak pasti... Tapi Kecik bakal menjalani 1 lg surgery...

Wasslaam

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri