Salah Siapa?

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, March 23, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Aku tak tahu macamana aku nak mulakan. Tapi aku cuba menulis sesuatu yang tidak menggambarkan 100% perasaan sebenar aku disini. Aku tak tahu macamana korang diluar sana handle orang-orang yang korang sayang seperti samada keluarga, kawan, sahabat mahupun teman.

Ape yang korang buat bila korang nampak orang yang korang sayang buat kesalahan? Maksiat? Ape yang korang rasa? Korang sedih x? Jujur la... Korang sedih tak? Terutama kalau dia tu orang paling dekat dihati korang. Mungkin kawan baik, mungkin teman, mungkin adik-beradik.

Korang tegur tak kesalahan dia? Mesti korang akan tegurkan, sebab korang tak nak dia dapat dosa. Betul la? Betul tak ape aku cakap ni? Ops silap...betul tak ape aku tulis ni?

Adakah dengan menegur itu bermakna korang mengongkong dia? Ape yang korang pk? Layak ke kesalahan yang ditegur itu dikatakan korang mengongkong dia??? Layak ke? Korang tak pernah minta dibalas apa-apa pun. Layak ke korang di anggap begitu???

Korang menegur sebab korang tak nak orang lain cakap-cakap hal dia yang tak sedap di dengar. Korang tegur dia sebab korang tak nak dia dapat dosa dengan perbuatan dia. Korang tegur dia sebab korang nak dia sedar batas-batas kehidupan yang telah Allah tetapkan kepada kita ummat Islam, ummat Nabi Muhammad s.a.w.

Aku bukan insan yang sempurna, tapi sedayanya kita cuba menjadi hamba yang terbaik.

WaAllahulam
Wassalam

categories: | edit post

6 comments

  1. rinozeen Says:
  2. uik?? tgh marah psl pe ni?

     
  3. nizaati Says:
  4. bukan marah dik, lebih kepada terkilan sebenarnye dik... pedih hati akak~

     
  5. kak yOng Says:
  6. selagi mana untuk di jalan menegakkan Islam takkan sunyi tanpa rintangan dan dugaan..kalo tiada ujian di jalan DAKWAH, bukan DAKWAH lah namanye...yang penting kite dah lakukan yang terbaik dan usaha yang berterusan untuk menegurnya..

    Imam Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman"

    kalo dah abeh usaha kite tegur die, seakhir2 jalannya adalah berdoa...

    Semoga Allah sentiasa berikan petunjuk kepada kite semua..

     
  7. nizaati Says:
  8. Itulah yang dilakukan..tak pernah berhenti sejak dari dulu.. insyaAllah... (^_~)

     
  9. Batik Biru Says:
  10. Ermm....saya pernah berada dalam situasi ini....mmg sedih...sakit hati....rasa mcm nak bunuh org jer....tapi, sabar la..sbb syukur Allah dah tunjukkan awal2....

     
  11. nizaati Says:
  12. Batik Biru: Jangan la sampai rase camtu...bersabar la.. Allah bersama orang2 yg sabar...insyaAllah...

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri