Holiday To Kuching, Sarawak 2010

Posted by NIZA.Ati on Thursday, April 15, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
for entry kali ni, Niza tak nak cerita pasal kerja, just nak cerita pasal holiday. Al-kisahnye, Niza ade amil kesempatan tuk holiday di Kuching, Sarawak pada minggu lepas. Bersama dengan Niza juga adalah As dan Adilla which both of them adalah kawan sekelas/seprogram ketika kami sama-sama belajar di UiTM Kota Samarahan, Sarawak pada tahun June 2004 - Nov 2006 (Sem terakhir kami praktikal di KL).

Ape yang Niza nak kongsikan disini mungkin lebih kepada maklumat yang boleh di"refer" oleh pembaca. Selain itu, adalah perbelanjaan Niza ketika di sana.

Tidak seperti dahulu dimana setiap pengunjung daripada Malaysia selain warga Sarawak, mereka perlulah menulis di kertas yang disediakan di airport tapi kini tidak lagi. Sebaik sahaja turun dari flight, setiap pengunjung akan menunjukkan kad pengenalan kepada pihak imigresen dan mereka akan print serta berikan kalian sehelai kertas seperti sehelai resit tuk ditandatangani dan disimpan sepanjang berada dalam negeri Sarawak. Resit tersebut hendaklah ditunjukkan semula kepada pihak imigresen apabila kalian hendak keluar daripada negeri Sarawak.

Daripada airport Kuching, seperti juga airport lain, perkhidmatan teksi dan kereta sewa turut disediakan tetapi tidak keretapi & bas.

Buat pengetahuan kalian, public transport di Sarawak adalah Van Sapu (legal) dimana bayaran seorang penumpang adalah RM3 (dahulu, kini dengar katanya sudah naik hingga ke RM4). Bas agak jarang digunakan melainkan di bandar Kuching sahaja ini adalah kerana setiap daerah boleh dikatakan agak berjauhan.

Antara shopping complex yang ada di Bandar Kuching, Sarawak adalah:
1. The Spring (baru 2 tahun dibuka)
2. Sarawak Plaza
3. Parkson
4. Tun Jugah (biasanya di panggil TJ)
5. Plaza Satok
6. Wisma Saberkas (barang2 disini berupa gajet seperti hp, pc, lappy etc. Kalau di KL ni macam Plaza Law Yatt la)

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Kuching & daerah yang terdekat adalah:
1. Muzium Sarawak (dibina oleh Charles Brooke)
2. Kek Lapis Dayang (seberang waterfront. Menjadi tumpuan ramai pengunjung)
3. Sarawak Cultural Village (RM45 (dewasa), RM22.50(kanak-kanak), RM10 (student perlu bawa kad student))
4. Taman Sahabat (di Tabuan)
5. Pantai Puteri
6. Sarikin (terdapat banyak barang-barang murah yang boleh didapati disini seperti tikar Sarawak, baju2, kain, Oven Kek Lapis dan macam2 lagi dimana kebanyakkan barang datang daripada Indonesia)
7. Sarawak River Cruise (dapat melihat pemandangan disekitar sungai. Tempoh masa 1 jam. Bayaran: RM40 - 45 seorang)
8. India Street (terdapat barangan sarawak yang murah)
9. Pasar Minggu Satok

Makanan Sarawak yang harus dicuba:
1. Laksa Sarawak
2. Mee Kolok (Niza tak suka makan mee kolok =P )
3. Tabaloi (snack)
4. Umai (sangat sedap, tapi kalau di kuching susah nak jumpa melainkan kebanyakkan kedai di Sibu yang banyak jual)
5. Ikan Terubuk Masin (Niza sarankan cari kedai yang namanya "UITM" di Pasar Minggu Satok.
6. Kek Lapis Sarawak


Mungkin itu sahaja informasi yang dapat Niza kongsikan kepada kalian, itu hanyalah apa yang masih dapat Niza recall. Berikut pula adalah perbelanjaan Niza dan kawan-kawan ketika berada di Kuching Sarawak pada 9Apr - 11Apr)

Sewa Kereta Kenari: RM95 (1hari) & RM180 (2hari)
Limetree Hotel (hotel baru): RM160/night (bilik untuk 2 org)
Tambang Sampan ke seberang sungai dari waterfront: RM0.50 (selepas 10 pm RM 1. Kami tak naik pun, tapi Niza saja nak kongsi dengan kalian)
Kek Lapis Sarawak (di Dayang Kek Lapis): RM10 - RM25. Selain itu boleh juga dapatkan Kek Lapis Sarawak Liza yang berada sekitar kedai-kedai di depan waterfront.

Sepanjang Niza disana, antara tempat yang sempat kami kunjungi adalah:
1. UiTM Kota Samarahan (tempat belajar lagi dikenang)
2. Kedai Makan Oten, Kota Samarahan (fav place time diploma dulu)
3. Taman Sahabat
4. The Spring
5. Pantai Putri, Santubong.
6. My Village Barok (Area kampung Boyan & berhampiran dgn kedai Kek Lapis Dayang). Nasi Ayam Penyet di sini sangat se
7. Kedai2 di depan Waterfront (beli souvenir). Lau u all nak beli, Niza sarankan pergi kedai hujung skali yang dekat dgn Toh Kong Cina. Niza lupa dah nama kedai tu, tapi itulah kedai yang slalu Niza pegi lau nak beli souvenir dan memang Niza sentiasa sarankan kepada kawan2 Niza yang lain. Nak beli Tikar Sarawak pun ade dijual malah kedai tu buat perkhidmatan pos juga.
8. Kedai kek Lapis Diwannie di Satok (bagi yang nak beli kek lapis yang sangat sedap dan beli dalam bentuk 1kg (bukan yg kecik2 mcm dijual di Kedai Kek Lapis Dayang) boleh la beli di kedai ini. Ini laman web nya http://www.keklapissarawakdiwannie.com/
9. Pasar Minggu Satok (Niza beli Ikan terubuk masin di UITM (Usahawan Ikan Terubuk Masin). Senang je nak cari tempat niaga UITM ni, cari tempat teksi berkumpul, kalian akan jumpe entrance ke Pasar betul2 depan tempat teksi berkumpul, straight shj sampailah kalian jumpe orang jual Ikan terubuk banyak2 yang dipanggil UiTM). Sape2 yang nak no phone UITM, boleh tinggalkan msg pada Niza di entry ni.

Jadi itulah sahaja yang Niza nak kongsikan, berikut adalah gambar2 yang diambil sepanjang kami disana.

Kami sempat berjumpa dengan junior kami yang bernama Ridhwan (panggilan Wan) dan keluar makan bersama)






Bersama kawan-kawan CS110 yang berada di Kuching dan lecturer kami. Sir Adib & Keluarga, Kas, Zatil & Zamri (Tiada dalam gambar)




Wassalam

categories: , | edit post

7 comments

  1. zuhrin Says:
  2. Salam niza...dah lama nak cari no phone u.i.t.m terubuk ni..boleh bagi tak..hantar kat email zubaz85@yahoo.com

     
  3. NIZA.Ati Says:
  4. wa'alaykumussalam wbt,
    ni no phnnye, xtau la blh pakai lg ke x sbb dah brp thn dah. 0198484920 / 082-444597

     
  5. zuhrin Says:
  6. Tenkiu niza..search internet tak jumpa no tepon dia..ada la facebook u.i.t.m tu tapi was2 juga...dah niza rekemen leh la try tepon no ni..thanks..

     
  7. NIZA.Ati Says:
  8. ok... kalau mmg ade kat kuching, nak cari u.i.t.m senang je, ikut cara Niza bgtau. Mmg slalu beli kat situ, n stiap kali beli die tau Niza org semenanjung fluent ckp srwk, mesti dpt ikan lebih ^^

     
  9. Anonymous Says:
  10. As salam, saya baru je jumpa blog ni sbb nak cari no tel uitm. Alhamdulillah, dah dapat call. Cuma saya nak bg info yg dia dah berpindah dekat medan niaga satok gerai no b83 (lorong ke-2)

     
  11. NIZA.Ati Says:
  12. Wa'alaykumussalam wbt. Terima kasih berkunjung ke sini dan terima kasih atas info :)

     
  13. Anonymous Says:
  14. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri