Kecik Ku Sayang: Operation Kali Kedua

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, June 2, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Ok...now tibalah entry yang sepatutnya saya tulis sebulan lepas... Minta maaf pada yang dok buka blog ni sebab nak tau berita tentang my lovely cat > Kecik.

Alhamdulillah, hujung bulan April, Kecik telah selamat menjalani operationnya yang ke2 iaitu tuk menjahit lapisan dalam perut dia yang terkoyak tu. Kali ni Niza telah hantar Kecik ke Hospital Veterinar UPM.

Kuasa Allah siapa tahu kan... Ketika Niza bawa Kecik ke hospital, doktor telah x-ray dan mendapati lapisan itu sudah tertutup... laporan x-ray yang diambil pada bulan 3 dan 26 April adalah sangat berlainan. Oleh kerana Niza tidak yakin,Niza minta doktor untuk x-ray sekali lagi dan didapati memang lapisan itu sudah tertutup tapi hanya lapisan nipis, jadi doktor kasi option pada Niza samada tuk buat operation atau biarkan tapi kemungkinan tuk koyak ada. Niza ambil keputusan tuk buat jugak operation... of coz Niza nak yang terbaik tuk Kecik.

Doktor juga mencadangkan supaya Niza kembirikan Kecik. Apa tu kembiri??? La~ korang tak tau ke?? Kembiri (spaying) bermaksud proses memandulkan haiwan supaya tidak dapat membiak. Kembiri adalah suatu teknik pembedahan yang melibatkan pembuangan organ-organ peranakan kucing betina. Kasi (neutering) bagi kucing jantan pula, melibatkan pembuangan buah zakarnya. Sebenarnya Niza tak sampai hati pun nak kembirikan Kecik... tapi for long term, I have too~


Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:

Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)


Tapi, cara pengembirian menstilah tak bagi mudarrat kat haiwan tu.


Menurut al-Syeikh al-Uthaimin,

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses
mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.”
(Fatawa Islamiyah 4/448)

WaAllahulam~

Secara jujurnya adalah sangat susah Niza nak menjaga kalau banyak kucing Niza, tambah pula yang sekor ni kena bagi tumpuan lebih. Kalau dulu Comel dan Kecik ade memang takde masalah Niza nak jaga sebab dua2 pun sihat. Ade hikmah ngupenye kenapa Comel hilang (mungkin di curi orang..almaklum..kucing kacukan Parsi kan). Nampaknye memang Niza diminta tuk bagi tumpuan pada Kecik.

Sambung balik cerita tadi... Sepatutnya Kecik operate pada 27April tapi terpaksa ditangguhkan sehari sebab keadaan liver dia tidak mengizinkan...bacaan heart beat pada bulan 3 dulu adalah 1000++ sedangkan normal heart beat kucing adalah 90... then ketika nak bedah, heart beat Kecik 100++ jadi mereka terpaksa tangguhkan. Ketika Kecik di operate pun heart bear dia masih lagi 100++, kata doktor, kalau kucing lain biasenye memang dah mati atas table operation lagi. Ye~ Kecik Niza sangat kuat... she so strong as me ^^

Pada 29 April Niza call hospital tanya keadaan Kecik. Yang menjawab tu btau Kecik tak nak makan dan terpaksa disuapkan. Then perutnya bengkak membuatkan mereka terpaksa tuam. Mendengar keadaan dia macam tu, hati siapa la yang pilu. Niza terus buat appoinment tuk melawat kecik di wad.

Pada 30 April, Niza telah ke UPM bersama dengan adik Niza iaitu Siti Sarah. Niza turut bawa sedikit frieskies, manalah taukan dia nak makan. Sesampai di sana, ketika sedang menunggu tuk masuk melawat Kecik, Niza tengok2 keadaan kucing lain. Kesian sgt, ade yang sekor kucing tu sangat manja, melalui pengamatan Niza, kucing tu kucing jantan dan kaki dia sebelah telah tiada... T_T betul2 kudung hingga ke...hurm..camne nak ckp eh..lau kite ibaratkan kan manusia...kudung habis sebelah kaki...bukan sekerat2...tapi tau x...die sangat manja... Niza usap2 dia... huk3...

Bila Niza dibenarkan masuk, Niza trus pegi ke Kecik. Kecik kelihatan macam blur jerk... Niza bg makanan pun die xnak makan etc... korang tengok je la gambar kat bawah ni and video ni.




Niza hanya dapat bawa Kecik balik pada 4 May 2010. 9 hari Kecik dihospital. On dat day, Niza amik halfday kerja. Sebelah petang Niza pergi amik Kecik. Ketika Kecik dikeluarkan tuk beri pada Niza, dia tak sabar2 nak kuar dari sangkar tu. Alhamdulillah dia kembali aktif...senang hati Niza tengok. Niza membuat pembayaran dan mengambil ubat sebelum membawa Kecik balik. Berikut adalah kos yang dikenakan.

SERVICES:
Consultation= RM30
x-Ray= RM50
Surgical Fees/Procedures + Anaesthesia + Sedative = RM242.80
Hospital Boarding= RM108 (RM12 x 9days)

MEDICATIONS:
Drugs administreted: Injection: Veiri-DMG,claramox,clarulox; Tablets: metronidazole, papase, tramadol, Vit.B = RM64.49
Drugs dispensed: Samylin, linse, papase, claramor, metro, B-com = RM68.70
Pet Fluids: 6 fluids + Duphalyte = RM84.00

LABORATORY FEES:
Clinical Pathology= RM95 (wa~ lg mahal dr manusia tau..sy wat chk darah kat UMMC pun baru rm90) ^^

TOTAL: RM780.49. Alhamdulillah Niza dapat diskaun 30% jadi jumlah yang perlu Niza bayar adalah RM557.59. 1st operation di klinik swasta hal kaki Kecik tu kena RM1500++. So alhamdulillah ni lagi murah & puas hati. =)

Kecik suka sangat bila dah balik rumah. Oleh kerana sekarang ni Niza stay rumah lain on weekdays and rumah lain pada weekend, jadi dua2 rumah Niza sediakan bekas berisi pasir, makanan & tmpt minum tuk Kecik. Cuma sangkar & tilamnya based di rumah yang Niza stay on weekdays...

Mula2 bawa kuar Kecik dari hospital, agak letih la Niza menjaga dia... bayangkanlah... balik je keje... Niza dah ngadap dia... bagi makan ubat. Tau x...ade 6jenis ubat Niza nak kene sumbat dalam mulut dia... mula2 tu payah jugak la... tapi bfr ni teringat cara kakak ipar Niza bg Kecik makan ubat (time tu kakak Niza balik semenanjung dan Kecik kene makan antibiotik...2terakhir tu kakak ipar Niza yang tolong bg makan). Susahnye sebab Niza tak biasenye nak paksa2 c Kecik ni bukak mulut...bfr ni pun mak Niza yang bukakkan mulut dia and Niza hanya bg ubat. Tapi bila mak dah stay tempat lain, nak xnak Niza la jugak kena bagi makan. Nak makan ubat pun berpeluh-peluh dibuatnya... paling susah diberi makan adalah ubat yang paling Kecik..sokmo je luah~ adeh~ Then after Niza solat maghrib adalah time Niza tuk tuam perut Kecik... tuam pakai kain+air suam...

Tapi semua tu dah berlalu... Alhamdulillah now ubat dah lama abes & Kecik pun dah semakin sihat... Cube tengok gambar Kecik kat bawah ni... ^^



Semalam, Niza belikan Kecik Pet Carrier... paling best sebab kaler merah+hitam. Murah je..RM50... Niza beli kat bangsar... Suke Kecik dok dalam tu... sampy sejam lebih baru kluar...



InsyaAllah esok (3 Jun 2010) Niza bawa Kecik ke hospital UPM... memang dah ade appoinment tuk hadir dan esok Niza dah apply halfday kerja. Sok nak check liver & keadaan dalam perut dia yang dioperate aritu... Hope ade good news ^^

Tu je dari Niza... Thanks sebab sudi nak baca N3 panjang lebar ni...
Wassalam

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri