Bukan Niat Melukai

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, July 27, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Bukan niat tuk aku melukai hati sesiapa, apatah lagi mahu berdusta jauh sekali. Setiap manusia tu pasti ada buat salah, begitu juga dengan diri aku sendiri. Setiap manusia juga diberi peluang tuk berubah dan bertaubat, cuma kita sahaja yang mahu menghargai peluang itu atau tidak. Usah diungkit kisah lama andai mahu hari ini lebih baik dari semalam, tapi pandanglah pada kisah lama sebagai pengajaran kita pada hari ini.

Aku hanya wanita yang tak lepas dari "emo" yang kadang-kala berlaku... tapi itu adalah logik bagi seorang wanita, jadi usah expect aku sentiasa dalam kawalan hati dan fikiran ku walaupun aku selalu mengawal kedua-duanya.

Atas sebab ini, ku memohon kemaafan andai melukai hati mu. Ketahuilah, aku turut merasakan perkara yang sama saat aku dibuat begitu...

Hadis Ketigapuluh Lima: Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.'"


categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri