"Kerana Hati Mu Begitu Istimewa"

Posted by NIZA.Ati on Sunday, July 25, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Lately ni, banyak sangat tahan hati. Rase macam nak meletup je kadang-kadang. Hari ni, aku blajar perkataan baru... "Provokasi" atau dalam englishnye Provoke. Orang macam aku ni memang tak paham dalam perkataan2 yg berkaitan dgn "api" "setan" ni... Ape yang aku faham selepas aku tanya beberapa kawan aku... maksudnye adalah "hasutan", "melagakan" & paling tepat jawapan yang diberi adalah "membangkitkan kemarahan".

Aku selalu tertanya pada diri aku, kenapa aku diuji dengan orang begini... tapi hati aku slalu menjawab... "Allah tidak menguji seseorang melainkan yang terdaya olehnya". Aku selalu bertanya mengapa aku dihadapkan dengan orang sebegitu... tapi hati aku menjawab... "Inilah dakwah dalam perjuangan".

Kadang-kadang aku terasa perkara ini membuatkan hati aku perit pedih, aku bertanya pada hati aku sendiri mengapa hati aku yang disakiti... lantas aku teringat kata-kata kawan aku (walaupun dia non-muslim), katanya "kerana hati mu begitu istimewa".

Lalu, aku masih lagi tersenyum, aku masih berlembut hati, aku masih memaafkan. Kadang-kadang, aku menyalahkan hati aku sendiri... "kenapa terlalu berlembut hati?" tapi hati aku sendiri menjawab... "adalah lebih baik berlembut hati daripada keras hati".

Tapi, kerana berlembut hatilah aku hati aku disakiti lagi... dan semua ini berulang2 tiada hentinya. Kali ni, aku mahu berhenti dari semua ini. Cukuplah atas apa yang berlaku pada hati aku. Hati aku hanya untuk Dia, selamanya untuk cintaNya. Aku bersyukur, kerana setalah ape yang berlaku, aku tahu, Allah memberikan aku hati yang kuat walaupun hati ini sering dipukul oleh kata2 yang menyakitkan. Terima Kasih Ya Allah. =)

wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri