Ahlan Wa Sahlan Ya Ramdhan

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, August 10, 2010 [ ]

Assalamu’alaykum wbt,
sahabat-sahabiah yang diingati kerana Allah. Hidup terus berputar dan akhirnya kita bakal dipertemukan kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bergembirakah kita dengan kehadirannya? Saat Rejab dan Sya’aban berlabuh, aku diberi ingatan oleh Allah; iaitu ajal berkali-kali datang bertamu menjemput insan-insan di sekelilingku, saat itu hatiku berbisik, ‘Masih adakah Ramadhan buatku? Kala mereka KAU jemput sebelum sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini…’ Lalu kuingatkan diri sendiri agar jangan lupa bahawa usia yang bertambah mendekatkan diri pada sang ajal yang pasti bertamu. Astaghfirullahhal’azim..semoga kita tergolong bersama hamba-hambaNya yang sempat bertaubat sebelum tiba detik waktu ke liang lahad.


Salam Ramadhan dariku bersama kita berdoa penuh pengharapan dan keyakinan semoga Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiyyah terbaik buat mendidik diri dan hati agar dapat meneruskan tarbiyyah diri selepas Ramadhan nanti. Mohon ampun maaf dari diri ini yang serba-serbi khilaf. Allahumma Ballighna Ramadhan, Ya Allah sampaikanlah kepada kami Ramadhan yang mulia!

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri