Dia dan Dia

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, August 4, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
suatu masa dulu, dialah kawan, sahabat dan teman yang sentiasa bersama aku dalam senang mahupun susah. Dia sentiasa ada bila aku mencari. Pada dia aku menangis, pada dia aku ketawa dan pada dia juga aku rajuk. Dia tak pernah tinggikan suara, dia tak pernah mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati aku. Dia memang baik dan dia sangat baik.

Dia pernah memberi aku syiling semata-mata takut line handphone ku tidak mendapat coverage ketika aku pergi berkursus di suatu tempat. Setiap awal pagi dan tengah malam aku akan menelefonya, menceritakan hari2 yang aku lalui.

Dia pernah membantu aku ketika aku perlukan dia... tanpa segan... terima kasih...

Walaupun kami membawa haluan masing2... dia masih lagi bersama aku... dia masih ada bila aku ingin menangis... dia masih ada bila aku mencarinya... kerana... dia sentiasa menjadi sahabat ku...

Tapi, aku sendiri yang menjauhkan diri... kerana tidak mahu ada hati lain yang terluka... aku juga wanita dan aku faham hati wanita...

Perkenalan aku dengan dia yang kemudian sangat sekejap, tapi entah bagaimana kami sentiasa berhubung... adakah kerana pertalian yang sudah lama tercipta? Dia baik... orang yang memperjuangkan Islam, orang yang punya kepimpinan, orang yang punya semangat ketenteraan, orang yang bersukan dan banyak yang baik tentang dia... siapa dia? biarlah rahsia.... dia hanya kawan dan sahabat aku... orang yang sentiasa reply msg aku... orang yang akan kol bila aku perlukan... orang yang selalu buat aku merajuk tapi masih dia mahu memujuk... orang yang kadang2 membuat aku marah tapi lebih banyak membuat aku ketawa... Dia adalah manusia yang hampir sempurna pernah aku kenali...

Buat kalian berdua, saya beruntung pernah kenal kalian berdua... antara orang yang membuat saya rasa dihargai... terima kasih kerana hingga kini masih menjadi kawan yang baik... sahabat yang menemani... semoga kalian sentiasa bahagia... insyaAllah... Amin... wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri