Kau Di Paksa Aku Terpaksa

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, August 24, 2010 [ ]

Winamp: Ingat Ku Dalam Doa Mu by Stings

DEMI ALLAH, HARI INI KU PADAMKAN MARAH, HARI INI KU PADAMKAN RESAH GELISAH, HARI INI KU BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIA, REDHA DAN PASRAH, HARI INI KU TERUS BERLAKU JUJUR, HARI INI KU TERUS BERBUAT BAIK PADA SEMUA MAKHLUK..

Assalamu'alaykum wbt,
sedang Niza mahu pergi ke kereta, terdengar lagu "Kau Di Paksa Aku Terpaksa" nyanyian kumpulan Scan. Tetiba rasa cam sebak je... tapi Niza senyum sendiri sambil ikut menyanyi lagu tersebut. Tajuk lagu tu memang dah kene atas apa yang berlaku hari ni cuma lirik je yang tak kena.

Niza sudah redha, redha dengan keputusan ini. Niza tak nampak dimana boleh pulihnya keadaan ini kerana di pihak sana terus-menerus begini. Niza tak nampak dimana boleh surutnya keadaan selagi tiada toleransi dari pihak sana.

Jadi, Niza putuskan tuk melepaskan dan memaksa tuk dilepaskan. "Kau Di Paksa Aku Terpaksa" la tu... tambah sikit lirik "walau dihati masih sayang"... hak3... terbaek~ Atas ape yang berlaku, Niza tak marah pun cuma Niza terkilan.

Hari ni 14 Ramadhan, hari pertama kami bertemu dan pada tarikh yang sama kami berpisah. :)

By the way, kat bangunan tempat kerja Niza ni dah pasang macam-macam sempena hari raya yang bakal tiba lagi 2 minggu. Baru Niza sedar... dah 2 minggu kite berada dalam bulan yang mulia ni. Hanya tinggal 2 minggu lagi tuk terus kite berusaha menambah ibadah. Alhamdulillah tadarus di office Niza pun dah mula habis hari ni. InsyaAllah next week akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran.

So, sampy sini dulu dari Niza. Semoga berjumpa lagi. InsyaAllah... selagi diri ini masih diberi nikmat kehidupan.


Lirik: Kau Di Paksa Aku Terpaksa
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah


Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti

Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan


Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut


Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri