KIM HYUN JOONG

Posted by NIZA.Ati on Friday, August 20, 2010 [ ]

winamp: Because Im Stupid by SS501 (OST Boys Over Flower)
Status YM: Do he care of me? No,...i dont think so....maybe....maybe not!
Status FB: Walaupun We Got Married session 1 ni x abes aq tgk... tp aq berhenti EP38... coz KIM HYUN JOONG (SS501) xde pada EP39. Sangat happy sepanjang tgk ni... ♥

Assalamu'alaykum wbt,
Now, baru Niza ade kesempatan tuk bercerita apa yang ingin Niza cerita 2-3bulan sebelum ni. Semuanya bermula dengan cerita Boys Over Flowers. Niza yakin ramai yang tahu cerita Korea ni. Niza tak ingat macamana Niza boleh terjebak semula menonton cerita Korea setelah sekian lama Niza tak layan kerana kesibukan final sem time zaman belajar dulu dan kerana permulaan kerjaya Niza. Tapi yang pasti, ade sesuatu yang menarik Niza tuk terus duduk dan melihat.


Ji Hoo. Itu watak dia dalam cerita Boys Before Flowers. Dalam cerita tu lah Niza mula kenal dia. Dia yang bernama KIM HYUN JOONG. Dalam cerita tersebut, dia adalah seorang lelaki yang sangat COOL~ dan sentiasa ada bila diperlukan. Dia sentiasa mengelap airmata dan memberikan semangat serta senyuman kepada yang memerlukan (dalam cerita tersebut). Niza suka orang yang begini.

Tapi, pada Niza, tu semua hanya lakonan. Niza keep on serching drama yang dia pernah berlakun tapi takde. Mungkin tu 1st drama yang pernah dia lakunkan. Niza jumpa "WE GOT MARRIED". Pada mulanya Niza ingat ni drama, tapi setelah di amati rupanya ini Rancangan Reality TV. Pada mulanya Niza tak begitu interested nak tengok, tapi Niza nak jugak tengok apa yang mereka lakukan... walaupun pada beberapa episod permulaan KIM HYUN JOONG masih belum ada, tapi Niza sudah mulai enjoy. Sampylah episod ke 9, KIM HYUN JOONG mulai sertai. Dan sejak episod itulah Niza tak berhenti-henti gelak dengan perangai dia dan pasangan > Hwang Bo. Dia seorang yang kelakar dan membuat lawak tanpa perasaan, dia agak blur, cute, tak suka istri berpakaian seksi etc

To be honest, Niza suka orang seperti itu. Orang yang selalu membuat Niza ketawa. Orang yang mahu ambil berat tentang Niza, orang yang mahu menghargai apa yang Niza lakukan, orang yang mahu menjaga Niza, orang yang mahu melarang Niza lakukan itu-ini walaupun nampak seperti dia jeles. Yups, Niza suka orang seperti itu. Dats y Niza begitu meminati dia. Niza tak pernah suke seorang pelakun begini...

Character seperti KHJ tu... sebenarnye dah pun Niza jumpa... someone yang sudah menjadi sejarah dalam hidup Niza... Someone yang akan menjadi milik orang tidak lama lagi... Someone yang merupakan kawan yang baik... hingga kini...

Tapi, kite slalu tak dapat ape yang kita mahukan. Cumanya, atleast, kite perlu tahu menghargai orang yang sentiasa mahu bersama kita. Orang yang sayangi kita... Orang yang berkorban tuk kita... Orang yang menghargai kita...

Sesiapapun dihati Niza saat ini, Niza tak minta lebih dari anda, cuma Niza harap diri ini dapat dihargai, diyakinkan bahawa diri ini disayangi, diyakinkan bahawa kamu berusaha tuk bersama Niza. Jika ada jodoh, insyaAllah... Niza mengharapkan yang terbaik buat kita berdua.

Wassalam

categories: , | edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. setuju ngan kak niza..bukan semua yg kita nak kita dapat..huhu...sedih..T_T

     
  3. nizaati Says:
  4. tu xpe...tgl lg kenapa ade org yg xtahu nak menghargai org lain? hurm...

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri