Syukur Dengan Rezeki

Posted by NIZA.Ati on Saturday, August 28, 2010 [ ]

Winamp: Ingatku Dalam Doa Mu by Stings
Status YM: Safwan: afnan kirim salam.(tarawih di bawah)
Status FB: Hopefully tudung ku dapat siap sebelum raya, sekarang ni tudung pun kene tempah. Nak dapat yang bidang 60 mmg la ssh nak cari & 4xl (tudung ekin) memang la takde terpaksa order on9. Tu pun xde kaler now terpaksa tempah.

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah... syukur dengan rezeki yang Allah berikan... Memang tak terduga... walaupun lately ni di selubungi dengan kesedihan dan ketidakdurgaan... tapi Allah masih beri beri kegembiraan... ^^

Semalam cuti Nuzul Al-Quran, Niza ambil kesempatan tuk pergi beli kain lycra tuk buat tudung... Jalan di sekitar Kuala Lumpur... masyaAllah... punyelah jam... sabar ajalah... tak lama pun Niza keluar memandangkan hari pun dah nak hujan... Niza ni ade masalah kalau drive ketika hujan dan malam.

Hari ni, Niza, mak dan adik ke Shah Alam tuk membeli jubah. Alhamdulillah... dapat la jubah tu... dan Niza pun dah tahu kalau nak tempah jubah di mana... lepas ni boleh direct pegi sane... tak perlu beli di kedai lagi... kalau direct pegi tempat jahit tu, boleh pilih kain sendiri. ^^

Niza juga sempat beli maksum... sarung lengan yang Niza selalu pakai setiap kali Niza keluar rumah tu... Yang ni lain sikit... alhamdulillah... lebih selesa... Adap nak balik tu, tetiba Niza perasan brooch Niza pakai hilang. Kalau brooch tu bukan hadiah daripada seseorang, tidaklah Niza akan beria-ria patah balik mencari di setiap jalan yang Niza lalui dalam SACC tu... malah setiap kedai dan fitting room. Sampai keakhirnya Niza tak jumpa lalu putuskan tuk balik... Time tu rasa macam nak nangis je... Tapi... alhamdulillah... Niza jumpa akhirnye... brooch tu ada betul2 di tgh2 carpet entrance... Ya Allah... Allah sahaja yang tahu betapa gembira hati Niza.

Thanks to my mom and my sis coz sanggup tunggu Niza sementara Niza pergi mencari brooch tu... Esok, insyaAllah Niza nak ke kedai beli kain lycra tuk buat tudung tuk jubah yang baru beli ni... ^^ Sekian... jumpa lagi di lain kali... Selamat Berbuka puasa... Wassalam

p/s: bukan harga jadi ukuran, tapi sentimental value itu menjadikan sesuatu itu lebih dihargai... :)


categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri