Airmata 1 Syawal

Posted by NIZA.Ati on Monday, September 20, 2010 [ ]

Winamp: Because I'm Stupid by SS501
WMP: Mischievous Kiss Ep 4
Status FB: Mood karja suda sampy kali... tmimpi2 da system dat i developed yg perlu di upgrade & muka boss sia... adeh~ teda mua urg len ka? huk3... isok karja...
Status YM: 1- Intranet System, 2- Site Project, 3- Pendaftaran Penubuhan Persatuan Alumni

Assalamu'alaykum wbt,
sungguh cepat Ramadhan berlalu, pilu rasa hati. Walauapapun, inilah putaran masa yang kita tak dapat hentikan dan ini juga menunjukkan kita menghampiri pada ajal kita oleh itu, amatlah rugi pada orang-orang yang masih tidak bertaubat dan beramal pada jalan Allah serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Awal pagi dihari raya, Niza sibuk mengemas apa yang patut hingga ditinggalkan oleh abg2 Niza ke Masjid Selayang bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Walaubagaimanapun, Niza ke masjid dengan membawa kereta sendiri. Solat sunat bermula agak lewat, kira2 jam 9pagi. Setelah menunaikan solat sunat, Niza masih menunggu tuk mendengar khutbah.

Apa yang disampaikan oleh imam itu, amat menyentuh hati Niza. Airmata yang mengalir ini mengenangkan iman yang masih di tahap lama, airmata yang mengalir ini mengenangkan disuatu tempat, ada seseorang yang tak pernah memahami tentang hidup ini, airmata yang mengalir ini mengenangkan disuatu tempat ada seseorang yang tidak merasakan apa yang hati Niza faham dan rasa tentang kejadian kehidupan ini, dan airmata yang mengalir ini mengenangkan, Niza tidak mampu lagi tuk berbuat apa2 tuk membantu dia. Hanya doa. Itu sahaja yang boleh dan mampu Niza lakukan ketika ini.

Ketika bersalam dengan ayah dan mak pulak... sekali lagi airmata bergenang... adeh~ apsal la Niza ni kan... tengok iklan pun camtu gak... huk3... pelik tul... banyak pula airmata ni kan... dulu zaman sek tak seteruk macam ni... start form 4 la Niza ni mudah mengalirkan airmata... tapi slalunya bila berseorangan... depan orang sangat jarang... Ok la... jangan sedey... ^^ wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri