Majlis Buka Puasa Alumni Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Saturday, September 4, 2010 [ ]

Winamp: Open Your Eyes by Maher Zain (tgk!! lagu ni lagi..asal tulis entry lagu mesti tgh main lagu ni)
Status YM: Malam-malam terakhir di Bulan Ramadhan
Status FB: Baru 1 hari, saya sudah rindu rakan-rakan Alumni DnA Society @ SMF 06/07/08/09 . Semoga semuanya sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 3 September 2010, Niza dan kawan2 Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer & Matematik yang juga dikenali sebagai DnA Society telah menghadiri Majlis Buka Puasa Alumni SMF di Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM. Turut hadir adalah penasihat Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM iaitu Puan Aidawati (penasihat kami ketika masih lagi SMF), Prof.Dr. Zainab Dekan FSKM , Dr.Mazani Tim.Dekan FSKM, Cik Raihana Penasihat SMF, En.Jamal pegawai teknikal (sukati aku je..betul kot) dan Kaunselor FSKM.



Antara Alumni SMF yang hadir adalah:
SMF 06/07: Aznita, Headar, Kak Aishah
SMF 07/08: NIZA, Kak Aty, Aini Suria, Fara, Abg Asward, Abg Acap Y, Acap K, Syed, Anas, Ahho, Abg Amar.
SMF 08/09: Najir, Best, Fairuz, Akim, Kerol, Sham, Halim.

AGENDA:
Buka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam
Solat Isya'
Solat Tarawih
Meeting Alumni FSKM UiTM
Meeting Trip Holiday Alumni FSKM & Kursus Pengurusan Organisasi FSKM,UiTM.


Pertama sekali Niza nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas kehadiran dan komitmen anda terhadap Alumni FSKM UiTM. Tanpa kalian mungkin kita tidak sekuat sekarang hingga dibangga2kan oleh Dekan, Tim.Dekan dan mereka yang masih mengingati kita di FSKM. Tahniah Niza ucapkan buat semua trutama Puan Aidawati yang menjadi tulang belakang kami.


Okai, berbalik pada majlis buka puasa tadi. Kami tolong-menolong menyiapkan tempat tuk majlis ini diadakan di Dewan Al-Ghazali,FSKM. Bila tiba waktu berbuka puasa, Halim telah mengazankan dan membaca doa. Setelah buka puasa secara ringan2(ringan ke kalau dah masing2 dah tibai nasi bubur, sate, kuih2 yang byk tu etc =P ), kami menunaikan solat Maghrib yang telah diimamkan oleh Halim.


Menu: Kurma, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Nenas Ikan Masin Masak Lemak, Rendang Daging, Sambal belacan + Ulam2an, Satay, Bubur, Kuih 3 jenis, Buah2an, Air Tembikai, Sunquick, Tea'O'
Menu Tambahan: Kuih Tepung Pelita (sumbangan Anas) & Kuih-muih (sumbangan Dekan)

Setelah menunaikan solat Maghrib, mula tuk makan berat. (Niza dah tak larat dah nak makan, selalu kalau buka puasa memang tak makan banyak pun). Then we all lepak2 je sementara tunggu masuk waktu Isya'. Tetiba Dr.Mazani cakap "Niza, saya jumpa blog awak. Macam-macam awak ada tulis dalam tu". Wakakaka~ Segan la pulak...hope time Dr.Mazani jumpe tu bukanlah tengah entry yang sengal2... ^^ ahaks~


Bila masuk waktu, Halim terus azan dan kami menunaikan solat Isya', Tarawih 8 rakaat & witir 3 rakaat dimana diimamkan oleh Halim dan bilalnya adalah Acap K. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat, kami terus kepada meeting.



Agenda meeting yang pertama adalah berkaitan dengan Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik Universiti Teknologi MARA (AFSKMUiTM) dimana telah dipengerusikan oleh saudara Acap K. Alhamdulillah, berkat usaha perbincangan kami dalam menyiapkan perlembagaan AFSKMUiTM bersama warga AJK & AJK Adhoc AFSKMUiTM dan usaha dalam mendapatkan kelulusan penggunaan nama UiTM dalam persatuan akhirnya Dato' Sahol telah memberi kebenaran tuk kami menggunakan nama UiTM dalam persatuan kami yang bakal didaftarkan di ROS (ape ROS ni? korang cari la sendiri, malas nak stoly moly). Dalam meeting ini, kami telah meng"clear"kan our milestone kepada Dr.Mazani dan kepada alumni lain yang masih tidak tahu berita tentang itu.


Kemudian, diteruskan pula dengan meeting kedua yang dipengerusikan oleh Niza sendiri dimana meeting kedua ini berkaintan dengan Trip Holiday AFSKMUiTM dan Kursus Pengurusan Organisasi FSKM. Niza telah menetapkan tarikh ke Pulau Langkawi iaitu pada 3-6 Disember 2010 bagi trip percutian sekaligus membantu KPO FSKM dimana kami AFSKMUiTM telah dijembut oleh Cik Raihanan tuk turut membantu dalam menjayakan KPO. Warga AFSKMUiTM amat berbesar hati dalam memberi sumbangan tenaga kepada fakulti. InsyaAllah.

Tidak ketinggalan juga, kami yang hadir turut mendapat KAD RAYA dimana telah ditandatangani oleh semua yang hadir pada malam tersebut (ada jugak yang tak dapat semua tanda tangan). Apa2pun, kami happy... kerana secara tak langsung ini merupakan reunion kami yang ke2 pada tahun ini (tidak termasuk Meeting pada bulan Januari dan meeting pada bulan lepas). Kemudian, Kami bersurai dalam jam 11.45malam.


Terasa benar-benar terlalu cepat masa berlalu. Kami telah bergelar Alumni, sudah bekerja dan paling Niza trasa kekok bila Puan Aida menyebut Najir sebagai "Encik Najir" pada Dekan & Dr.Mazani. Najir kawan yang kelihatan macam budak2 tu dah bergelar lecturer d FSKM itu sendiri... ^^

Apa2pun... semoga ukhwah dan perjuangan kita diredhai Allah... InsyaAllah... Amin Ya Rabbal'alamin...

Message Puan Aida
Ok tq. Tq Niza tlg organize utk semlm... Hopefully the r'ship that we built last long...
tuk semua AFSKMUiTM

Wassalam

2 comments

  1. angah Says:
  2. hahaha...memang sudah merasa rindu ngan hadirin yang datang ke majlis berbuke puase semalam....

     
  3. nizaati Says:
  4. kan kan kan kak aty... wa~ xsabar nak tunggu 3dec...

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri