Yang Terbaik Untuk Mu

Posted by NIZA.Ati on Friday, September 17, 2010 [ ]

Winamp: Sungai Lui by Aizat
Status YM: @ HQ, Leisure Commerce Square, Sunway
Status FB: tenet laju gilerz rini...sebab tak ramai lg orang masuk keje... best nye mendonlot.... ^^ sambil2 wat MBO & upgrade system...

Assalamu'alaykum wbt,
Hari ni 1st day kerja after balik dari cuti raya. Agak busy sebenarnye... tapi masih sempat mengadap cerita Mischievous Kiss yang dilakunkan oleh Kim Hyun Joong. Tiba di suatu babak, membuatkan Niza mahu menulis sesuatu di sini.


Pengorbanan... tak ramai yang mampu atau mahu berkorban apabila suatu perngorbanan itu tidak memihak kepada diri sendiri terutama bila berkait dengan hati dan perasaan (pepaham sendiri la ape yang Niza nak sebut sebenarnya). Tapi, Niza sentiasa percaya pada kata orang "Cinta yang sebenarnya adalah apabila melihat orang yang kita cinta itu gembira dan kita masih mampu tersenyum".

Kerana itulah, Niza sanggup mengundurkan diri suatu masa dahulu, kerana Niza mahu dia bahagia. Alhamdulillah, sekarang dia dah bertunang pun dan Niza harap jodoh dia dengan si dia tu hingga bertemu di syurga. Dia orang yang baik, yang Niza rasa tidak lagi Niza jumpa orang yang baik, berkepimpinan dan kelakar seperti dia.

Kerana itulah juga, tuk kali kedua Niza mengorbankan hati dan perasaan Niza sendiri. Dengan siapa pun akan jadi suri di hatinya selepas ini... Niza tetap mahu dia bahagia... as long as dia sentiasa berada pada jalan yang benar. Dari kejauhan ini, Niza masih mahu melihat dia bahagia, berjaya dan menjalani hidup ini dengan redha Illahi. Dari kejauhan ini Niza hanya mampu mendoakan dia.

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


p/s: semoga semua yang diluar sana sentiasa dalam redha Illahi. InsyaAllah...
Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri