Winamp: Bayangan Gurauan by Mega
Status YM: tak susah tuk cube memahami... buang ego dan buka hati tuk menerima... itu sahaja...
Status FB: Jujur, saya tak kuasa... jika bukan... padamkanlah apa yang tersurat dan tersirat... jika benar... permudahkanlah urusan ini Ya Allah... demi redha mu...

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku”. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.(Al-Anbiyaa: Ayat 24) - Kebetulan antara ayat yang dibaca dalam al-quran malam tadi.
Assalamu'alaykum wbt,
My last weekend is one of my best weekend. Alhamdulillah akhirnye berkesempatan tuk Niza join program da'wah ke perkampungan orang asli. Sebelum ini pernah diajak tuk serta tapi masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah kali ini Allah permudahkan urusan tuk Niza turut serta Program Gerak Gempur Da'wah Orang Asli 2010 anjuran Yayasan Al-Khalifah dimana pemegang amanah adalah Dato Dr.Haji Abd Razak Haji Kechik dan Pegawai Perhubungan Orang Asli adalah En.Shamsulmuddin.

Terima kasih kepada KAMU yang mengajak Niza.

Program ini telah disertai oleh 8 orang iaitu terdiri daripada Muhammad Faiz Abu Samah(Faiz), Azhar Mohamed (Ja'a), Suhaida (kak Su/ Cikda), Baizura (Baie), Mawarni Ramle (kak Mawar), Abdullah, Muhammad Hafizi (fizi) dan NIZA sendiri.

Hari Pertama:
Bermula Jumaat malam, beberapa ahli pergi membeli barang-barang keperluan di Selayang. Kemudian terus ke "markas" di kg.Changkat, Gombak bagi mengambil ahli lain. Setelah mengemas semua barang ke dalam van, kami memulakan perjalanan dimana van dipandu oleh Ja'a.

Hari Kedua:
Kami tiba di rumah seorang sahabat, Din di kg.Pawong, Simpang Pulai kira-kira jam 3 pagi dan berehat sementara menanti siang. Yang muslimat semua tidur dalam khemah yang didirikan di dalam rumah ^^. Kira-kira jam 6pagi kami sudah bangun bagi menunaikan solat Subuh, menyediakan sarapan & mengemas tuk meneruskan perjalanan. Destinasi kami adalah Kampung KengKong, Post Brooke, Gua Musang, Kelantan.


Kira-kira jam 10.30pagi, kami tiba ke destinasi. Alhamdulillah kami di sambut baik oleh penduduk kampung. Kami terpaksa turun ditepi jalan dan berjalan kaki masuk ke kampung memandangkan van tidak dapat tuk turun/naik kerana keadaan jalan yang tidak bersesuaian dengan van. Kebiasaanye para sukarelawan (apsal cam skema je ayat Niza ni...adeh~) akan menaiki pajero tapi oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat2 akhir sebelum bertolak, kami menggunakan van. Jadi, sampai di sana, kami perlu menuruni bukit (bukit ke? boleh la) tuk sampy ke kg tersebut. Turun xde la masalah sangat... cume adap naik tu... sakit kaki gak la walaupun xsemput (Niza xde la semput, tp xtau lew yang lain). Cume memang agak penat la~ Sebab tu lau dah turun, kami yang muslimat ni xmo naik dah... ^^ 2kali turun, 2kali naik..cukup!~

Alhamdulillah, kebetulan ade rumah kosong, dapat la kami menumpang barang-barang kami di rumah tersebut. Niza, Kak Mawar, Baie & Fizi membersihkan rumah tersebut sementara Ja'a, Faiz, Kak Su, Abdullah dan adik2 kampung tersebut membantu mengangkat barang dari atas. Then yang laki2 ni tolong la pasang2 dan sediakan ape yang patut barang2 tuk masak. Menu lunch pada hari tu adalah nasi putih + sayur + ayam paprik + Sirap Cincau. Sementara kak Su & Baie sediakan bahan2 tuk masak, Niza dan Kak Mawar teruskan dengan modul bersama anak-anak orang asli. Sambil bermain congkak & dam mengajar mengira juga. Baie, Fizi & Abdullah pun turut join. Bila candy dah abes, Niza & Kak Mawar tinggalkan adik2 tu dengan Baie, Fizi & Abdullah tuk membantu Kak Su. (sebenarnya tiada skop tugasan... hanya saling membantu).

Setelah makanan siap, kami memanggil orang2 kampung tuk makan bersama. Alhamdulillah ramai yang join... amek2 & abe2 serta anak2 mereka ^^ Tiba petang hari, hujan mulai turun dan anak2 kampung sibuk membantu Faiz, Ja'a, Abdullah, Fizi, Baie dan Kak Su tuk menaikkan khemah... actually lapit canvas dijadikan cam bumbung (bukan bumbung la..nak panggil ape ntah..xtercapai plak perkataan tu). Boleh la buat tempat lindungan dari hujan. Sementara tu, Niza & Kak Mawar busy melipat baju2 derma yang bersepah dalam rumah yang kami tumpang tu. Ade la basah sikit sebab atap tengah rumah tu dah bocor~ Kepada Ja'a: Niza & K.Mawar minta maaf la sebab baju Ja'a termasuk skali...hik3... sape suruh letak merata =P

After hujan reda, kami ambil kesempatan tuk membersihkan diri dan menunaikan solat Jamak Takhir dan Qasar.

sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan.” Ujar kami: “Baik.” Katanya: “Jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir (masuknya waktu Zuhur), baginda jamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) sebelum berangkat, tapi kalau belum lagi tergelincir, maka baginda berjalan hingga nanti bila waktu Asar masuk baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak ta’khir). Begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, baginda jamaklah sembahyang Maghrib dengan Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak itu.”

sebuah riwayat dari Ya’laa bin Umayyah radhiallahu 'anhu, dia berkata: Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radhiallahu'anhu berkenaan dengan firman Allah “maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir” ; sedangkan pada masa sekarang ini manusia menjawab: “Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda: “Itu adalah sedekah yang
diberikan oleh Allah kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya.”
Seterusnya kami mula masak untuk makanan malam sebelum matahari terbenam. Menu pada malam itu adalah nasi putih + kari ayam + sayur + sirap bandung cincau. Sementara itu, yang muslimin pula pergi menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama orang-orang kampung. Selesai solat maghrib & mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ja'a, orang-orang kampung dijemput makan bersama. Walaupun tiada bekalan elektrik, tapi mereka tetap turun dan makan bersama kami dan berghambeh (lepak2 borak2. p/s: berghambeh tu dalam bahasa sarawak).

Ade yang dok berborak, ade yang dok main gitar (anak2 muda la ni). Depa dok tu pulak kat tangga rumah kami tinggal tu... adeh~ memang cuci telinga je la mendengar... but to be honest... not bad la dorg main~

After masing-masing dah selesai solat, kami pun mula merehatkan diri (buat pekak je budak2 main gitar kat luar). Malam tu, bulan sangat chantek...purnama mengambang (Niza kan suka tengok bulan mengambang)... subahanaAllah... bile dilihat di balik2 pokok, lagi nampak chantek... Niza minta someone amik gambar... tapi die x amik pun... sedey~ huk3...

Dalam nyenyak tidur malam tu, tetiba tengah malam kami semua terjaga apabila terdengar nyalakan anjing... dalam kepala otak Niza teringat kate2 someone yang rumah tu berhantu... hak3.. sengal, boleh plak teringat, tapi as usual... "Lantak ko la anjing". Niza pun sambung tidur.

Hari Ketiga:
Around 5.30pagi Niza dah terjaga dek kesejukan yang amat sangat hingga terketak2 gigi... adeh~ Dalam 5.45pagi keempat2 muslimat ni dah bangun... masing2 sibuk nak gi toilet... Kak Su & Baie pergi dulu sementara Niza & Kak Mawar gosok gigi, cuci muka, amik wuduq dan terus menunaikan solat Subuh. Then tukar. Tapi malang sungguh Niza & Kak Mawar... boleh pulak anjing2 tu stay dok depan toilet tu (condition toilet: xde jamban pun dlm tu... xde pintu pun...hanya de towel yang tutup which now dah ade kain batik lepas...much better than before~ Lau nak melepas, pegilah ke sungai... luckily xde plak nak ter"berry" sepanjang kat sane...muahahaha~).

Around jam 6.45pagi bile yang muslimin dah bangun and solat, Niza & Kak Mawar terpaksa minta bantuan Fizi tuk halau anjing2 tu... ^^ Selamat~ Tx to Fizi again~

Then Niza & Kak Mawar busy membasuh kuali2, pinggan-mangkuk etc yang dipakai pada malam sebelumnya. Agak banyak la... sampy luke berdarah jari Niza... (eleh~ macam xbiase je jari luke kan!!! Tapi agak sakit la... sampai hari ni pun masih lagi terasa. Tapi luka dijari boleh diubati, luka dihati siapa tahu..chewah~ selingan je tu..xde kaitan dengan hidup ataupun matinya diriku~).

Sementara tu Kak Su & Baie membuat persiapan nak memasak tuk breakfast. After breakfast, Kak Su ngaja amek2 tu buat kuih karipap sementara Fizi & Abdullah pula melayan anak2 amek2 tu melukis & mewarna. Sesi "Mari mewarna bersama uncle Fizi & Uncle Abdullah". Baie pula tolong2 Kak Su, Niza & Kak Mawar pula dok carik ayam & potong ubi kentang tuk buat inti karipap. Then kami sambung dengan membersihkan ayam dan menggoreng ayam tuk dimasak buat makanan tengahari. Time tu la pulak air xde kan~ Sampy terpaksa gak Fizi memanjat tangki air tuk amik air (wah~ hebat taw...)

Tetiba... muncul ayah kak Mawar~ wah~ best betul ayah datang... i loike~ (Pakcik...1st time saya jumpe pakcik tau walaupun dah banyak kali datang umah pakcik ^^). Time kak Mawar dok berposing2 ngan ayah terchenta, ade plak watak2 tambahan kat belakang tu~ (Ja'a, series chumel aksi kamu dalam picca tu..ahaks~)

Pas suda selesai masak tengahari tu, kami panggil la amek2, abe2 & anak2 dorg makan... then kami pun kemas2 la barang kami sebelum berkumpul di rumah tok ketua bersama orang2 kampung tuk sesi terakhir kami bersama meraka.


Dimulakan oleh ucapan terima kasih Ja'a mewakili kami semua atas kerjasama yang diberikan oleh orang2 kampung, seterusnya Ja'a & Kak Su membantu orang asli yang alhamdulillah terbuka hati mereka tuk masuk Islam. Semoga dipermudahkan urusan mereka dalam memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka selepas ini. (Faiz, JazakaAllah atas peluang yang diberikan kepada Niza. Begitu juga kepada Ja'a dan Kak Su. Asif jiddan ya akhi wa ukhti andai ada salah silap Niza sepanjang program dijalankan).


Setelah itu, diteruskan dengan membahagi2 pakaian yang disumbangkan kepada orang2 kampung. Happy nyer tengok dorang happy sebab dapat baju... ^_^ Adik2 yang dapat tudung tu terus memakai tudung selepas tu, chumel je masing2 ^^. Then kami pergi ke setiap rumah tuk memberi sumbangan berupa barang dapur dan bersalam-salaman sebelum kami mula mengangkat barang2 tuk beredar. Turut membantu dibantu oleh orang2 kampung terutama adik2 kecik tu... sungguh luar biasa hebat (chewah~ macam wat promosi HIGOAT plak Niza ni) adik2 tersebut, kuat mengangkat barang2 dan tangkas mendaki bukit~ Kami yang dah tua2 ni je slow skit... huk3... (biaselah, slalu escape g jogging kan~ Niza la..yang len xtau lew... Gamaknye rindu dah Lake Garden tu kat Niza~ ^^)


Selesai je memasukkan barang2 ke dalam Van, kami terus ke Kg.Jerdip tuk membasuh periuk belanga segala~ (tx to kaum adam yang tolong basuh while kami kaun hawa sibuk mewangikan lagi diri kami yang sedia wangi ini). After solat Jamak takhir & qasar, kami terus bertolak pulang ke ibu kota (chewah~ lama tak pakai perkataan tu). Dalam perjalanan, dan pula kami singgah p beli buah tangan. Ramai pula dok beli strawberry, tapi Niza tak pun~ Just beli jagung sebab biasenye lau pegi Cameron memang beli jagung, sayur2an & buah oren yang manis ^^. Try call my mom nak ty nak beli ape, tp tak berjawab plak, so beli je la jagung~ Tx to Kak Su belanja kami eskem strawberry... alhamdulillah xde la masam sangat eskem tu... boleh la Niza makan (Niza ni memang tak tahan makan masam... tp boleh plak telan umai (makanan org sarawak~ SEDAPnyer~). tx jugak kepada Fizi sebab tunaikan permintaan Niza (Fizi belikan sekuntum bunga ros merah ^^).

Tapi perkara yang membuatkan Niza tersenyum puas & berhati sangat gembira adalah bunga ros dan pelangi yang kami semua lihat pada petang itu serta bulan mengambang yang menghiasi 2 malam kami bersama. Mungkin kita boleh melihat pelangi dan bulan yang chantek itu dimana2 sahaja, tapi tuk melihat pelangi dan bulan yang chantek itu bersama sahabat bukan sesuatu yang acap kali kita akan dapat. Hanya se"simple" itu sahaja sudah membuat Niza tersenyum hingga hilang semua penat~

"Ku harap cerah mentari, tetapi hujan yang turun. Bila berhenti hujan, baru ku sedar munculnya pelangi"
Begitulah sunnatullah alam, telah ditetapkan Allah s.w.t dari awal penciptaan alam ini lagi, tidak berubah, tetap, dan berterusan dengan izin Allah s.w.t.

"...Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu." (Al-fath: Ayat 23)
Seterusnya kami berhenti tuk menunaikan solat Jamak Takhir & Qasar di R&R Tapah dan mengisi perut yang lapar (Niza takde selera pun nak makan...adeh~). Then terus pulang ke KL... kami singgah mengantar Kak Su di rumahnya di Taman Bujang, Kuala Kubu Bharu. Seterusnya mereka drop Niza di rumah Niza di Selayang dan Niza terus drive hantar Kak Mawar n terus balik ke rumah Jalan Duta. Around 12.20pagi(25 Oct 2010) Niza sampy rumah. Sempat lagi layan FB, edit pic & upload pic. Around kul2.50pagi baru-lah cuba melelapkan diri di sisi si Kecik yang kerinduan pada maminyer ini...(eceh~ windu betul c kucing itu pada diri ini ^^). Seawal jam6.15pagi sudah bangun tuk memulakan tugasan seperti biasa.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan kami. Semoga ukhwah yang terbina & semangat perjuangan yang ada sentiasa mekar dihati kita. InsyaAllah.

Apa yang kita dapat dari program ini???
1- Membantu Agama: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Muhammad: 47;7)
2- Menyeru kpd Kebaikan(dakwah): Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Al-'Imran: 3;104)
3- Jalinan Ukhwah: Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ (Imam Hasan Al-Banna)
4- Bersyukur: ”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Nahl: 18) . (syukurlah korang de jamban kat umah... syukurlah korang de tampat tinggal yang sempurna dengan air & elektrik, syukurlah dapat makan sedap2...byk lg yang boleh disyukuri dalam setiap helaan nafas kite ni~)

Inilah dia kekuatan iman yang diwariskan oleh perasaan yang mendalam, jiwa yang benar dan mahabbah, kasih sayang dan rasa hormat, saling mempercayai, saling membantu, mengutamakan orang lain, rasa belas kasihan, bertoleransi dan sebagainya. Jika pernah dengar ungkapan yang selalu disebutkan;

TIADA UKHWAH TANPA IMAN ("Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" - AlHujurat:10) DAN TIADA KEIMANAN YANG SEMPURNA TANPA UKHWAH,
TIDAK ADA PERSAHABATAN TANPA TAQWA DAN TIADA KETAQWAAN TANPA PERSAHABATAN ("Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"-Al-Zukhruf:67)
So itu je stoly-moly dari Niza.

Wassalam

p/s: setiap dari kita ada kenangan terindah yang hanya kita sahaja yang tahu... tak semua perkara dapat Niza story disini, kang sampai esok pun korang x abes nak bace ^^ well... just keep it in my heart~ dan pengalaman mengajar Niza untuk menyimpan cerita indah secara personally. Btw, sorry coz ni je gambar yang ade. Gambar aktiviti2 yang berjalan di sana hanya ada di camera Ja'a yang disnap oleh photographer profesional (konon~)

2 comments

  1. mFaiz Says:
  2. pjg sangaaaaaaaaaaat....tgk la bile2 nnt br tgk smule~

     
  3. nizaati Says:
  4. baek~

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri