Hanya Tuhan Yang Tahu

Posted by NIZA.Ati on Friday, November 26, 2010 [ ]

Winamp: Hanya Tuhan Yang Tahu by UNIC
Status YM: (pagi yg ceria ^^ sape2 nak rendang ade d pantri..my mom bg~ Malam ini jumpe client!~) You're My Heaven - SS501 (dihati ini hanya Allah yang tahu~)
Status FB: hati yang berdebar-debar membuatkan diri ku terus bangun dari tidur... mengapakah?

Assalmu'alaykum wbt,

Ku pendamkan perasaan ini, Ku rahsiakan rasa hati ini, Melindungkan kasih yang berputik, Tersembunyi di dasar hati. Ku pohonkan petunjuk Ilahi, Hadirkanlah insan yang sejati, Menemani kesepian ini, Mendamaikan sekeping hati. Berikanlah ketenangan abadi, Untukku menghadapi, Resahnya hati ini mendambakan kasih, Insan yang ku sayang. Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu, Di hati ini, Aku rindu padamu, Tulus sanubari, Menantikan hadirmu.

Cam kenal tak lirik di atas tu? ^_^ Kadang-kadang... ape yang tidak berlaku di depan tetap juga diketahui. Siapa juga yang berada di hati ini, Niza doakan kamu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiah. :)

Mungkin kamu kenal siapa kamu atau mungkin tidak. Mungkin kamu akan bace entry ini, atau mungkin tidak. Mungkin kamu tahu siapa dihati ini atau mungkin tidak. Siapapun kamu, ketahuilah Niza akan redha meski mungkin kite akan terus menjadi sahabat... dan alhamdulillah jika hati2 kita dapat bersatu kerana mencari redhaNya.

Niza akan sabar menanti. Diam tak diam sudah lama Niza memendam. Niza takkan mengalah sebelum kalah. Terus berdoa, terus berusaha. Beristiqarah dan yakin dengan keteguhan hati. Jangan risau, Niza cukup bersabar dan cukup kuat tuk menghadapi sesuatu yang bakal tiba. Meski sesiapapun yang menjadi masa depan kamu. Paling penting pada Niza adalah kebahagian orang-orang yang Niza sayangi.

Buat masa sekarang, buatlah ape yang kamu mahu. Membahagiakan mak, abah & keluarga. Bekerja dan berdakwah. Niza sentiasa doakan kamu dikurniakan kesihatan yang baik... supaya ramai lagi orang Islam diluar sana yang dapat dibantu oleh kamu. InsyaAllah.

Di hati ini, hanya Allah yang tahu. :)

Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri