Hangout with My Darla(s)

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 12, 2010 [ ]

Winamp: Deja Vu by SS501
Status YM: REMINDER: isi air kete~ (dihati ini hanya Allah yang tahu)
Status FB: akal dan fikiran, hati dan perasaan... gunakanlah tuk kebaikan... planning tuk kehidupan... barulah semuanya dalam kawalan... insyaAllah...

Assalamu'alaykum wbt,
kesibukan di bulan disember membuatkan Niza tido agak lewat dan bangun awal. Tapi bila tiba hari sabtu, teringin juga untuk tidak mengadapa kerja. Bermula dengan Niza sms kepada my darla (Erin, Ija, Wana, Shah) tuk mengajak mereka hangout bersama. Erin mengatakan yang dia kerja, walaubagaimanapun setuju untuk keluar pada malam hari. Yang confirm yang ini semua kecuali Wana.

Destinasi kami adalah Ampang Look-Out Point yang telah dicadangkan oleh Erin. Redah je kami walaupun xtau jalan. Niza sempat memasak Nasi Goreng Ayam. Sebaik sahaja setelah menunaikan solat Maghrib, Niza pick-up Erin di KLSentral, kemudian terus ke rumah Ija tuk mengambilnya. Kami bertemu dengan Shah di care4 Ampang dimana Shah dihantar oleh Fadly (best fren Niza time sek men dlu + bakal tunang & suami Shah).

Kemudian terus naik ke destinasi. Alhamdulillah, walaupun jalan agak tidak clear tapi Allah masih memberi mata Niza membuka besar2 tuk melihat jalan & diri Niza tuk drive dengan baik... ^^

Niza drive sampylah naik ke atas skali. Parking. Mendaki-lah kami ke restaurant Panorama. Kami memilih meja yang terletak di tepi supaya dapat menikmati keindahan Kuala Lumpur di malam hari. Kuala Lumpur tanah tumpah darah ini. Bangga menjadi anak jati Kuala Lumpur... ^^



Kami bersembang... bercerita mengenai kerjaya... info terkini... kisah silam... dan macam-macam lagi... sambil makan makanan yang dipesan dan yang dibawa oleh Niza sendiri... Kadang2 keluar begini hanya tuk melepaskan ape yang bersarang di kepala dan mengupdate keadaan diri sebenar bersama rakan-rakan... Selama 3 jam kami di atas... Kelakar pula bila teringat bersungguh2 mereka ingin mengetahui tentang Niza, siap bukak FB Niza dari hp Shah lagi... dasyat...wakakaka... tapi xjumpe ape yang korang cari kan??? Now xtau la korang dah jumpe ke x... ape2pun.... doakanlah apa yang terbaik tuk sahabat mu ini wahai sahabat... ^^



After diz, Shah pula akan ikut jejak Wana... menjadi tunangan orang... kemudian menjadi isteri orang seperti Yati... before semuanya memulakan hidup masing2 sebagai isteri... kami bercadang tuk out for holiday... InsyaAllah... Niza dah pun mencari tempat... now tunggu persetujuan yang lain...

Around jam 12-12.30, kami mula turun, dalam perjalanan turun kami bertembung dengan eksiden... mungkin agak teruk bila Niza sempat menjeling melihat Swift yang remuk dan ambulan yang datang. Niza drop Shah di tepi care4 setelah Fadly sampy. Kemudian Niza terus menghantar Ija & Erin. Around jam 1.30pagi barulah Niza sampy di KAFA.

Alhamdulillah... sangat happy diriku ^^ Tx to all... hope 2 c u olz on Feb k... sambut raya Cina di PD la kiter~ ^^

To Ija: Selamat menjalankan tugas sebagai lecturer di Penang ok~ ^^
To Shah: Sorry kalau Niza tak sempat nak ke majlis pertunangan Shah nanti. Walauapepun... congrats in advanced my dear~
To Erin: Bila nak tukar status pulak??? ^^

Wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri