Majlis Khitbah Shahira & Fadly

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, December 21, 2010 [ ]

Winamp: Dambaan by Didicazli
Status YM: (airmata yang mengalir...krn terlalu mengantuk~) Just go with the flow of LIFE~ mode: BUSY (dihati ini hanya Allah yang tahu)
Status FB: Saya tak seharusnya menjadi lemah apabila orang disekeliling memerlukan ketabahan dan kekuatan saya... selagi termampu... selagi terdaya... Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...

Assalamu'alaykum wbt,
Niza mengambil kesempatan tuk menulis entry ini tat kala diri ini sangat mengantuk di ofis (pdhal masih pagi~). First of all... TAHNIAH kepada kedua-dua kawan baik Niza iaitu KHAIRUL FADLY & NORSHAHIRA kerana selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 18 Disember 2010.

Bercerita dari mula, sebenarnya Niza dah janji dengan kawan baik Niza yang bernama Hannanah (Nana) tuk pergi ke majlis perkahwinan kawan kami Mimi di Bukit Beruntung, tetapi malam sebelum hari kejadian, Nana tiba-tiba perlu balik ke kampung. Sudah menjadi rezeki Shah mungkin, tuk Niza menghadiri majlis pertunangannya.

Bercerita mengenai Fadly & Shah. Fadly merupakan kenalan baru Niza ketika kami berada di tingkatan 4 Jaya kerana Fadly merupakan pelajar baru. Niza tidak ingat bagaimana Niza boleh rapat dengan nya (ssshhh...sebenarnye sebab kesian die takde kawan =P guro jerk!) tapi kami memang bersahabat baik... (baik ker??? kalau dah hari2 pun gaduh, baik ker??). Yer... hari2 kami gadoh dalam kelas...luar kelas...gaduh jerk... siap kejar2 lagi dalam kelas... (sempat je berkejaran kan...sebab dah siap keje). Fadly memang suka menyakitkan hati Niza... sampai sekarang... memang agak sengal (wey! aku dah dewasa la!) One thing about Fad, walaupun MULUT TAKDE INSURAN... tapi HATI BAIK... tu perkara yang Niza tak boleh sangkal... kalau orang tak kenal die... orang tak tahu... Fad memang sangat kenal Niza... bak kate die "Aku tahu, ko tu malas nak layan gaduh dengan aku kan". Ye!!! Fad tu memang suke cari pasal... Mule2 memang la Niza bertekak gak dengan dia... tapi last2 (lantak ko lah!). Niza memang malas nak layan orang yang suke bertekak ni. Maybe dats da reason kenapa die suke kaco Niza dulu... sebab last2 Niza yang akan mengalah. Fad adalah antara orang yang banyak tahu hal Niza time sekolah dulu. Kami juga sempat study subject account bersama sebelum hari peperiksaan SPM. Tx to Fad coz ngaja Niza time tu~ (tp Niza pun ade gak ajar die okey!)

Shahira, Niza mulai rapat dengan Shah time form 4 jugak... tapi kami memang berkawan sejak form 1 memandangkan both of us memang truSabianz... and ASABianz (Asrama SAB). Shah dormate Niza ketika kami form 4 dan disebabkan batch kami yang semakin sikit di asrama (yang lain dah pindah MRSM & SBP), itu yang membuatkan kami rapat. Niza slalu bercerita dengan Shah... macam2...Shah juga antara sahabat Niza yang banyak tahu hal Niza semasa di zaman sekolah. Of coz antara cerita itu adalah berkaitan dengan Fad. Mungkin dari situ timbullah bibit2 cinta di hati nya...chewah (ayat xblh blah kan~ ^^)

Entah bagaimana, Niza pun dah tak ingat... ketika itu form 4 or form 5... Shah memberitahu rahsia hatinya pada Niza... (venue: bilik gosok level 2 or 3). Niza rahsiakan perkara tersebut seperti yang diminta... chori2 chuke2 (didalam diam didalam senyap) rasenye Shah sendiri yang memberitahu Fad tentang itu. WaAllahulam... Niza pun dah lupe. Huk3...

Setelah menghadapi pelbagai rintangan selama 6 tahun... akhirnye mereka bertunang juga dan insyaAllah akan berkahwin pada tahun hadapan (Niza dah masuk dalam calendar tau date korang kawen... sile berterima kasih cepat!!).

Berbalik pada cerita hari pertunangan mereka, kami yang hadir adalah Niza, Wana, Yati & suami. Kami membantu Shah bersiap... ^^ sementara menunggu Fad & keluarga sampy, sempat juga mendengar perbualan Yati & Wana berkongsi cerita mengenai persiapan perkahwinan etc... tetiba Yati memandang Niza "Niza, akan sampai masa Niza nanti k. Masa itu akan tiba~" sambil tersenyum... waduh2... luluh hati ku wahai sahabat... insyaAllah... ^^

Kepada kedua2 sahabat ku... Fad & Shah... TAHNIAH sekali lagi... Niza happy tuk korang.... (FAD...sile bagi aku komisen ok!!!).

Seorang lagi kawan baik Niza bertukar status... now... dalam our geng tinggal Erin (dah berteman), Ija dan Niza... ^^ Beristiqarah... Allah lebih mengetahui persoalan hati... ^^

Wassalam

p/s: sorry...pic xdpt upload...ntah ape kene plak ni~

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri