Sabar dan Senyum

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 1, 2010 [ ]

Winamp: UR Man by SS501
Status YM: (Buat kerja~) Segenggam Tabah~. (dihati ini hanya Allah yang tahu)
Status FB: Setelah ape yang berlaku tadi... sabar dan terus senyum... :)

Assalamu'alaykum wbt,
hari ni betul2 mencabar kesabaran saya... As usual Niza keluar office tepat jam5 ptg... tapi... hari jalan di lebuhraya persekutuan tu sangat teruk jem... sebelum Hotel Hilton lagi dah mulai jam... sampai di area Bangsar, Niza potong ikut jalan bukit tuk tembus ke Jalan Duta... time tu Niza dah riso tengok meter minyak. Niza berenti skejap di KAFA tuk hantar lappy and ambil handbag kemudian meneruskan perjalanan ke Selayang. Tiba di depan Masjid Wilayah, jalam jem teruk... sangat teruk... hanya Allah je lah tahu camne perasaan Niza time tu... lapar pula tu... Alhamdulillah ada kak Mawar ketika itu.

Bila dah masuk ke jalan Kuching...alhamdulillah... kemudian Niza berenti di Affin Bank... kemudian ke Maybank pula, tapi akhirnya tak dapat buat apa2 coz mesin rosak~ Terus Niza hantar kak Mawar ke stesyen komuter Kepong... Ya Allah... on da way tu, skali lagi Niza mengadap jem di Kepong...

Jam dah menunjukkan 7.45... pas hantar kak Mawar ke stesyen komuter tuk ambil keretanya, Niza ke stesyen minyak and isi rm10... Niza isi rm10 je sebab nak kejar masa. Niza berenti di rumah Kak Mawar tuk ambil kad matrik adik2nya tuk digunakan tuk beli tiker teater... Kemudian Niza terus balik ke rumah Selayang tuk menunaikan solat Maghrib. Niza sempat salam tangan mak dan terus keluar... Allah je la tahu camane Niza pecut time drive tu. Dah tak pk ape time tu melainkan lambat... Niza dah lambat!!! Lambat ke mana???

Seseorang berjanji tuk jumpa Niza di Istana Budaya tuk beli tiket dan seterusnya ke Health Talk di Wisma Sejarah (Niza xtau wisma sejarah yang mane melainkan balai seni lukis & IB di kawasan tersebut~ Dan memang salah Niza sebab tak alert pun yang dia tulis Health Talk tu di Wisma Sejarah). Kami janji tuk berjumpa 8.30malam. Tapi Niza sampy 8.35malam.


(di istana budaya)

Niza tunggu dia... sampailah dia sms pada jam 9.22 barulah Niza tahu dia berada berdekatan. Bila Niza toleh ke kaunter, baru Niza sedar kaunter dah tutup and baru Niza teringat yang kaunter bukak 7pm-9pm. Tapi, Niza tunggu dia sebenarnye... sebab Niza tak tahu samada dia mahu beli tiket or tak.

Sebenarnye Niza tak lunch pun di ofis... dan Niza xsempat nak makan pun lepas balik dari ofis. Bila sampy di sana, Niza tak dapat beli tiket pun. Terasa penat tetiba... Niza teringat kerja Niza. Jam, lapar, tak dapat beli tiket, masa yang terbuang sedangkan masa tu boleh digunakan sebaiknya.... semua tu membuatkan hati Niza sangat terkilan. Tapi takpe la... perkara dah berlaku... Akhirnye Niza balik tanpa pergi talk.

Sebelum balik, Niza ke Maybank tuk bank-in duit, kemudian ke farmasi tuk beli ubat tapi malangnyer farmasi dah tutup. Niza tengok jam, baru Niza sedar dah pukul10.18pm. Kemudian Niza ke petrol pam tuk isi minyak kereta penuh dan terus balik rumah mengadap kerja.

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)
Hari yang tanpa apa2. Cumanya... alhamdulillah diri ini masih tersenyum... masih tertawa ketika seorang kakak menelefon... pasrah? mungkin... ^_^

semoga ALLAH memberimu PELANGI untuk setiap hujan, SENYUMAN untuk setiap tangisan, RAHMAT untuk setiap cubaan, KEKUATAN untuk setiap dugaan dan MAKBUL untuk setiap doa.

-terima kasih atas msg akak kepada Niza. Dont worry, Niza ok seperti yang akak dengar suara Niza ^^-

Wassalam

categories: | edit post

2 comments

  1. Tedah ktk kak..

     
  2. N.I.Z.A.Ati Says:
  3. Pa blh buat wan... senyum jak lah... ^_^

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri