Sabar...

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, March 30, 2011 [ ]

Winamp: Allahi Allah Kiya Karo by Maher Zain ft Irfan

Assalamu'alaykum wbt,
2-3 hari ni sangat memenatkan jiwa... adalah lebih baik sebenarnye penat fizikal... hati ni terasa dihimpit... kenapa orang yang perlu memahami tak memahami? kenapa orang yang perlu menyedari tidak sedari? Kenapa orang yang patutnye melapangkan yang memberi tekanan? Kenapa orang sepatutnye menyokong membantah setiap yang Niza lakukan?

After all, Niza tak berkuasa. Ada yang membataskan. Terpaksa berkurung diri pada sesuatu yang tak mampu tuk Niza lari. Bukan tempoh masa yang sedikit, tapi dah terlalu lama. Sudah berpuluh tahun. Kenapa harus hati seorang dewasa ini merasakan seperti dulu kembali?

Jika mampu, ingin diputar waktu 5 tahun dahulu, supaya Niza berada jauh. Supaya langkah tak terikat. Supaya hati tak tercengkam.

Apa yang hadir bukanlah suatu permintaan. Tapi sudah ketentuan. Terus-menerus memotong hati ini diagihkan kepada semua, hingga tiada tuk diri sendiri. Diagih pada sesuatu yang azalinya, pada tanggungjawab yang banyak, pada penipuan, pada yang pasti, pada yang tak pasti. Semua tu perlu diagihkan.

Sampai satu tahap... terasa tuk pergi jauh sendiri...

"Allah tidak memberatkan melainkan yang terdaya dengan ujianNya"

Sabarlah Niza, beri sedikit masa. Moga masa pembebasan itu akan tiba~

Wassalam

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri