Hakikat Sebuah Perjuangan

Posted by NIZA.Ati on Monday, April 4, 2011 [ ]

Aku rasa bukan sia-sia mendaki bukit, meredah hutan bersama kawan-kawan
Malah inilah medan perjuangan selayak dengan daya kekuatan usia kita
Yang masih muda belia… apa salahnya kita luangkan sedikit tenaga, masa
Bersama mereka yang masih dahagakan ilmu dan iman jauh sekali kemodenan.
Yang hidup dalam serba kekurangan dan kegelapan…

Aku rasa bukan sia-sia ketika aku turun ke lembah untuk memancing ikan
Bersama budak-budak yang kotor berselut, berbau hapak dan hingus kering di pipi
Namun mereka bersuka-ria dengan kehidupan beralunan nyanyian kebebasan
Sebebas unggas di hutan yang terbang ke sana ke mari, bergurau senda bersama
Tiada keganasan macam yang kita rasai di hutan batu…

Aku rasa bukan juga sia-sia bila aku mengenali dan menghayati kehidupan mereka
Yang daif pada pandangan, namun kaya pada ketenangan dan kedamaian
Dapat merasai nikmat yang Allah berikan pada tangan sendiri
Dari kecil bila dewasa terus mengasari tangan sendiri, menarik rotan,
Tanam padi atas bukit, cari akar kayu,
Jadi hamba keparat penghisap darah mentah..

Demi kehidupan yang temurun diwarisi mereka akur dengan keadaan diri
Cuma mengharapkan generasi kini mengubah kembali pilihan moyang dulu
Yang memilih jalan sepi di hutan demi menjaga adat resam sendiri
Dan mengubah nasib bangsanya…yang moden pada kemusnahan…
Kerana mereka kenali kemajuan hanya pada keseronokan dan hiburan
Perjuangan kita… seharusnya tiada noktah… kerana pada tangan kita
Terletak satu amanah ilmu…yang perlu disampaikan pada yang perlu

Dan bukan sia-sia kita berjuang…bukan sia-sia kita berjalan jauh
Menyusuri jalan sempit nan redup… gugur keringat dan kepenatan
Menuruni selekoh bahaya… namun… kita gembira kerana
Di situ kita tersenyum tanda syukur pada Ilahi
Yang memberi kudrat sebagai pencinta.
Pencinta kedamaian, ketenangan dan….. kasih sayang

Pada malam ini, kita bangga dengan perjuangan kita selama ini
Setelah sepuluh tahun berlalu, kita masih gagah membawa misi
Dalam mencari keredhaan yang hakiki juga ketenangan tersembunyi
Lihatlah temanku… kini terbukti
Perjuangan kita bukan sia-sia… hasilnya sama-sama kita rasai…
Teruskan berbakti... teruskanlah!


Wan Norhisyam
A 4.5 Mahallat Bilal
2002

(Sajak ini pernah dideklamasikan pada malam sambutan Sepuluh Tahun COMRADE UIA)

sambungan..


Perjuangan ini,
bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirkannya.
Ia telah bermula sejak zaman Adam
sehingga ke akhir zaman
dan hakikatnya..
Kita adalah mata rantai daripada satu perjuangan yang panjang!

salam perjuangan al-azhar
2009



sambungan...

Dalam perjuangan yang panjang inilah,
kadang ku tersungkur lalu bangkit kembali meneruskan langkah,
kerana dalam perjuangan inilah ku temui erti cinta sebenar yang zahirnya tidak kelihatan,
tapi batin itu merasa ketenangan.
Akan ku layarkan doa,
meski suatu hari nanti tidak mampu lagi tuk ku bangkit tuk terus berjuang,
moga yang mendatang akan terus marak melangkah dalam perjuangan ini.
Hatiku, dalam perjuangan ini.

NIZA.Ati 2011

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga diri kalian berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Allah menentukan




2 comments

  1. teruskan perjuangan.. kerana perjuangan belum selesai~

     
  2. NIZA.Ati Says:
  3. ( sile pakai email anda sndr =P )
    perjuangan tak pernah selesai... mahu terus berjuang... tapi ade yang menghalang... doakanlah moga dipermudahkan... :'(

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri