PROGRAM ZIARAH MAHABBAH KG CHINGGUNG, BEHRANG ULU BT 8 TANJUNG MALIM, PERAK

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, April 19, 2011 [ ]

Winamp: Stay The Same by John Mclntyre

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah masih punya kesempatan tuk menyertai program yang dianjurkan oleh Yayasan Al-Khalifah (YAK) walaupun dalam kesibukan dengan kerja dan urusan tuk pindah-KAFA. Segalanya tidak dirancang oleh Niza tapi telah pun dirancang oleh Allah. ^_^

Bermula pada jam7.20pagi, Niza bertolak dari KAFA bersama Kaksu (Cheda) ke Selayang untuk mengambil Yanti (adik kepada Kak Mawar (officemate Niza) yang juga merupakan pelajar tahun akhir UIA). Kami terus ke Kuala Kubu Bharu untuk mengambil Afrida & Shuhada yang merupakan anak murid Kaksu di Darul Quran.

Kami bertemu En.Shamsulmuddin (pegawai perhubungan orang asli) dan ahli jemaah lain berhampiran UPSI dan meneruskan perjalanan ke Pos Slim, Perak. Ini merupakan kunjungan pertama Niza, Kaksu dan beberapa jemaah lain di Kampung Chinggung dan keadaan kami seperti "kera masuk kampung" dek teruja melihat rumah-rumah batu mereka yang cantik. Bukan tidak biasa melihat rumah batu orang asli yang disumbangkan tetapi rumah mereka di kampung ini sangat berlainan membuatkan kami sangat teruja. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuala Kubu Bharu hinggalah ke Pos Slim, Niza menahan sakit kepala... terasa seperti hendak keluar biji mata sebelah kiri & cabut urat leher sebelah belakang... lama sangat tak rasa sakit sebegitu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah beberapa ketika setelah sampai ke destinasi, sakit kepala Niza mulai reda. :)


Kami tiba di destinasi kira-kira jam 10.45pagi. Seramai 8 orang kaum adam & 6 orang kaum Hawa yang terlibat dalam program kali ini dimana terdiri daripada sukarelawan Yayasan Al-Khalifah, pelajar UIA, Alumni Comrade (UIA), Ustaz Razlan & anak beliau dan Pelajar dari Pusat Dakwah Serantau (di kelolai oleh Yayasan Amal Malaysia).

Sebaik tiba di destinasi, En.Shamsul selaku pengarah program memberi keterangan kepada semua sebelum kami memulakan ziarah ke rumah-rumah yang ada untuk mengajak bersama-sama kami melaksanakan program. Memandangkan kami agak lewat sampai, para bapa sudah pun ke hutan jadi yang tinggal hanya kaum ibu (ami) dan anak-anak mereka.

Kaum ibu membantu kami tuk menyediakan makanan tengahari dan petang dimana menu makanan tengahari adalah kari ayam (yang diuruskan oleh ami Dayang), nasi putih, sambal tempoyak (durian yang diberi oleh orang kampung & cili padi yang dipetik di belakang rumah ami Dayang), begedil dan pucuk ubi (dipetik dibelakang rumah ami Dayang). Manakala menu makanan petang adalah beehoon goreng.


Sementara kaum ibu masak bersama sebahagian daripada kami, kanak-kanak pula menjalani modul bersama yang lain dimana kanak-kanak dihidangkan dengan video-video mengenai Islam dan pendidikan akhlak serta bermain belon yang telah dibawa. Aktiviti sebegini membuatkan adik-adik tersebut mudah untuk mendekati dan rapat bersama kami. Alhamdulillah. Mendekati orang yang mahu menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka meskipun perlu mengorbankan masa dan kudrat adalah lebih baik daripada menghabiskan masa seorang diri ataupun mengorbankan masa kepada mereka yang tidak menghargai kehadiran kita.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)
Setelah makanan selesai dimasak, kami memanggil ami-ami & anak-anak tuk makan bersama. Melayani kerenah kanak-kanak yang cuba tuk meraih perhatian membuat Niza tersenyum melihat telatah mereka yang menggembirakan. Mereka tak punya barang mainan yang canggih seperti adik-adik di KAFA As-Sobirin, mereka tak punye mainan yang banyak seperti kanak-kanak dibandar jauh sekali tuk mempunyai laptop sendiri seperti adik-adik di KAFA As-Sobirin apetah lagi mengenal dunia IT.. PSP... Tendo... facebook... etc... Tapi, mereka punya kegembiraan & hiburan yang asli yang diberi Allah seperti sungai tempat mereka bermandi-manda etc. (tetiba teringat teater LAT the musical)


Setelah adik-adik selesai makan tengahari mereka ke sungai bersama kaum muslimin tuk mengambil wuduq seterusnya menunaikan solat. Manakala ketika itulah baru kami yang muslimat baru berkesempatan tuk makan tengahari. Tapi sebelum itu, kami berenam menjamu durian-durian yang diberikan kepada kami ^_^ ehe~ tx a lot kepada yang memberi. Alhamdulillah... rezeki kami. Setelah menjamu durian & makanan tengahari, kami menunaikan solat dan terus berkemas tuk pulang memandangkan jam telah pun menunjukan pukul5.30petang. Kami bersalaman dengan ami-ami dan adik-adik sebelum bertolak pulang. Terharu melihat adik-adik yang menghantar kami hingga ke kereta walaupun dalam keadaan hujan. Paling membuatkan Niza teringat-ingat adalah apabila Alia datang terus ke tingkap sebelah Niza tuk bersalam. Masih terpahat senyuman dia... :)

Kereta yang dipandu Kaksu berpisah dengan Van dari YAK di kampung tersebut membawa haluan sendiri. Kak Su menghantar Niza & Yanti ke stesyen KTMB Kuala Kubu Bharu tuk pulang ke Kuala Lumpur sebelum Kaksu menghantar anak muridnya di Darul Quran dan kembali ke rumah. Manakala van YAK menghantar En.Sham & Andol ke Sungkai tuk mengambil pajero yang rosak ketika dalam perjalanan tuk melaksanakan program di pos Lemoi yang akhirnya terpaksa menukar ke Kampung Pawong,Pos Slim.. Van YAK terus pulang ke Kuala Lumpur selepas itu tuk menghantar jemaah lain.

Alhamdulillah, selesai sudah program kami walaupun hanya beberapa jam berada di sana. Kami turut disambut baik oleh penduduk kampung yang ramah dan mesra begitu juga adik-adik yang menghiburkan. Buat pengetahuan, penghuni di kampung tersebut melebihi 200orang (ini maklumat yang diberitahu oleh ami Dayang kepada saya) dan antara mereka hy beberapa buah keluarga yang sudah pun beragama Islam. Semoga bakal menyerlah lagi cahaya Islam di kampung ini. InsyaAllah.

Wassalam


notakaki: Niza sempat belajar beberapa perkataan orang asli semai. Antaranya:
Awak: Hek
Saya: Eng
Mak: Ami
Abah: Abah


Laporan Rasmi: Klik Di sini

4 comments

  1. menariknya hasil nukilan saudari,jangan jemu bersama dengan kami lagi~ :)

     
  2. menariknya hasil nukilan saudari,jangan jemu bersama dengan kami lagi~ :)

     
  3. NIZA.Ati Says:
  4. :)

     
  5. norehan Says:
  6. Teringat masa mengajar pelajar-pelajar Asli di Ulu Kinta dulu. Ada juga beberapa orang pelajar dari Pos Slim. Hari pertama masuk kelas, cukup memberi keinsafan. Saya terus teringat pada anak2 sendiri yang pakaian, bag,kasut semuanya baru untuk menghadapi sesi persekolahan baru. Pelajar-pelajar Asli ni berpakaian ala kadar sahaja. Balik rumah, saya terus kongsikan pengalaman ini dengan anak-anak supaya mereka faham makna 'kesyukuran'.

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri