PROGRAM ZIARAH DAKWAH KG PAWONG, POS SLIM PERAK

Posted by NIZA.Ati on Monday, April 4, 2011 [ ]

Winamp: Nota Cinta by Saujana

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 25-27 Mac, Niza telah pun menyertai program ke kampung orang asli bersama dengan Yayasan Al-Khalifah. Pada awal perancangan, destinasi kami adalah Pos Lemoi, Cameron Highland. Niza agak teruja apabila diberitakan kami akan melalui jalan yang mencabar. Walaubagaimanapun, ketika dalam perjalanan, salah sebuah 4wd mengalami kerosakkan membuatkan kami terpaksa menukar destinasi ke Kampung Pawong, Pos Slim, Perak. 4wd yang rosak telah ditarik oleh pihak peronda PLUS hingga ke Tol Slim River. Kami bermalam di sana memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 2pagi.

Keesokkan harinya (ok...sile stop ayat skema disini, saya dah tak sanggup nak tulis ayat skema), sementara tunggu makenik datang, we all sempat gak dok merembat jambu air di pokok jambu berdekatan. Wa~ best tau... macam dok kat kampung Niza je~ ^_^ Slalunye kalau balik Kampung Padang Asam tu mesti dok rembat jambu air Pah Nyah tu ^_^


Around kul9, 4wd 1 lagi dok tarik 4wd yang rosak ke workshop. Kami masing2 dah lapo. Sementara tunggu kedua2 4wd dicheck dan dibaiki, kami p makan sat kat kedai berdekatan. Dok pekena roti teluq... ^_^ Pastu, kami singgah masjid tuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Kira2 jam 3petang barulah kami bertolak menuju ke Kampung Pawong. Kira-kira jam 4.30petang kami tiba di kampung tersebut.

Ini merupakan kali kedua Niza menjejakkan kaki ke kampung tersebut. Pertama kali adalah ketika program ke Kampung Kengkong, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan dimana kami singgah bermalam di Rumah sahabat kami iaitu Din di Kampung Pawong. Pada ketika itu, isteri beliau (Ros) baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga. Kini, Dina sudah pun berusia 5bulan lebih.

Sesampainya kami di rumah Din Pawong (gelaran beliau), kami memunggah barang2 dan terus menyediakan bahan2 tuk "cak raya" dan kami bergotong-royong memasak bersama amek-amek yang datang membantu. Menu tuk makan malam adalah Nasi putih + Kari Ayam + Kobis Goreng. Setelah menunaikan solat pada malam tersebut, kami membuat tayangan filem kepada orang kampung.

Keesokkan paginya, kami menghidangkan lempeng + kari ayam kepada penduduk kampung. Sementara kami menyediakan makanan tengahari dimana menunya adalah nasi putih + ayam kicap + kobis goreng, orang kampung di menyertai sukaneka yang diadakan oleh sebuah badan NGO.

Setelah selesai makan tengahari, kami mengambil kesempatan tuk meluangkan masa di sungai berdekatan bersama adik-adik sambil membuat modul kebersihan.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, kami mulai berkemas dan bertolak ke Kuala Kangsar tuk mengambil barang dan menjamu Laksa Kuala + Cendol. Kira-kira jam 6 petang kami mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kami berhenti makan malam di Rawang dan akhirnya tiba di Kg.Changkat kira-kira jam 11.00 malam.



Glosari:
Cak Raya = makan besar
Amek = Ibu
Abe = Ayah

info: Buat pengetahuan, Niza dimaklumkan bahawa selain keluarga Din, keluarga lain adalah beragama kri$tian dan ada yang masih tidak beragama.

Wassalam

categories: , , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri