Hidup Dan Kehidupan Dalam Ujian

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, May 17, 2011 [ ]

Winamp: Nota Cinta by Saujana

Assalamu'alaykum wbt,
Mendodoikan diri dengan membaca buku adalah perkara yang telah lama Niza tidak lakukan. Faktor kekangan masa apabila menyambung pelajaran ke ijazah sarjana muda (kep) membuat Niza sibuk dengan assignment dan kerja-kerja sebagai pemimpin. Kebanyakkan masa dihabiskan di depan lappy. Kalau ada membaca pun, semuanya menerusi internet.

Akibatnya, buku-buku yang Niza beli semuanya tidak habis pembacaan seperti buku "If I Were You", "Hanya Tuhan Yang Tahu" dan "Aku Terima Nikahnya". Semuanya hanya separuh jalan. Maaf dipinta wahai buku-buku ku. InsyaAllah akan ku cuba mencari kelapangan tuk membaca selepas ini. Walaubagaimanapun, buku yang Niza PINJAM dari seorang kawan ini membuatkan Niza mahu cepat menghabiskannya. Bukan lantaran hanya pengisian yang menarik tetapi kerana buku PINJAM. Berikut kisah yang menarik untuk dikongsi kepada semua:

Tajuk Buku: Nota Hati Seorang Lelaki
Bahagian: 2 - Nota Hati Seorang Suami
Nota: 9 - Apabila Bisikan Menjadi Jeritan

Soalan: "Kita membina hidup atau kehidupan?"
Beza antara dan living terlalu besar.
Jawapan: "Kedua-duanya." Jawapan yang tepat.

Soalan: "Tapi, mana yang lebih penting?"
Jawapan: "Kehidupan."

Soalan: "Apa bezanya hidup dan kehidupan?"
Jawapan: "Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan."

Soalan: "Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?"
Jawapan: Teman hidup dalam kehidupan."

Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri. Memberi sebelum menerima? Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti mencintai orang. Itu hukum kasih sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.


Tajuk Buku: Nota Hati Seorang Lelaki
Bahagian: 2 - Nota Hati Seorang Suami
Nota: 15 - Cuaca Rumah Tangga
"Dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan"
"Dalam manis mesti ada yang pahit"
"Allah akan menguji kita melalui orang yang paling kita sayang"
"Jangan cepat memuji. Begitu juga jangan cepat membenci. Tetapi bersedrhana dan bersyukurlah. Kalau terlalu memuji. bila sesuatu yang tidak disangka berlaku nanti kita akan terlalu terluka"
"Kita mesti bersedia menghadapi yang terburuk walaupun kita sentiasa mengharap yang terbaik. Ini soal persediaan. Bukan prasangka. Elok kita berhati-hati. Gembira dan sedih jangan keterlaluan"
Ini antara quotes yang menarik minat Niza tuk berkongsi. Salah satu yang membuatkan Niza betul-betul terasa adalah "Allah akan menguji kita melalui orang yang paling kita sayang". Betul, Niza akui tentang itu dan Niza sedar, kehilangan Kecik adalah ujian buat Niza.

Niza sudah habis usaha mencari Kecik sebenarnya selain hanya mampu ronda-ronda di sekitar taman dan mendoakan di tunjuk jalan pulang kepada Kecik setelah Niza sudah berusaha membuat iklan yang diletakkan di setiap lorong dan jalan serta menghantar ke setiap rumah berdekatan. Jika sudah ketentuan dia bukan milik Niza lagi, Niza redha. Semoga dimanapun dia berada, dia akan gembira dan sihat hingga akhir hayatnya. Niza hanya mengharapkan selama Niza jaga dia, dia tahu Niza sayangkan dia dan moga Niza sudah memberi yang terbaik sepanjang setahun 6 bulan Niza menjaganya.

Wassalam

notakaki: Kecik, mommy sayang Kecik... :'(

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri