..in another side, i'll miss them...~

Posted by NIZA.Ati on Monday, May 30, 2011 [ ]

Winamp: Jendela Hati by Firdaus.

Assalamu'alaykum wbt,
Cuba hayati bait2 lirik lagu yang sedang bermain di page Niza ni. (kalau pakai google chrome, kadang2 ade, kadang2 x). Liriknya di bawah ni~

"Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia"

Itu dari konsep dakwah... now Niza nak kupas sedikit dari segi kerja. Okay... Alhamdulillah, sempurna sudah tugas Niza sebagai seorang pekerja di T3liti Comput3rs Sdn Bhd. Terima kasih Niza ucapkan kepada company kerana mempercayai Niza dalam masa hampir 2 tahun Niza berkhidmat. Terima Kasih juga kepada rakan2 di sana terutama:
1- Tn.Hj... which my Alumni jugak. Tx a lot coz kasi peluang pd Niza. 1st time minta kerja dulu, Niza hanya sent resume & letter pada beliau tanpa tahu ada vacant.
2- En.Zuraimi : yang meng'inteview' Niza pada 6 Ogos 2009 & mempercayai Niza sebagai SU dalam KSIT
3- En.Anuar & En.Shah: kedua2nya bekas bos Niza. Syukron atas tunjuk aja
r & kepercayaan
4- Kak Mawar ku sayang: banyak perkara yang kita kongsi & facing suka dan duka sejak 1st day Niza masuk HQ 17 Feb 2010 sampy hari ni. Keep in touch k. Weekend kalau Niza balik selayang & mase, Niza singgah rumah. ^_^
5- Hana: My new sista @ T3liti, tapi jodoh kita cuma 30 hari. Keep in touch jugak k... All da best in ur career & study.
6- Hj.Omar: Tx coz do trust me~
7- Kak Maz: Ehe~ special topic tuk kite > Kucing. Pasni Zati nak borak pasal kucing dengan sape plak?? hik3..
8- Warga T3liti: Tx coz do trust me tuk KSIT... jodoh saya dengan KSIT x lama. But really hope I gave some memorable moment for all of u time Bowling Tournament aritu. Tx juga kepada semua yang kenal Niza & pernah membantu Niza sepanjang Niza bersama kalian.

..in another side, i'll miss all of you...~ Baru je nak rapat dengan yang lain.., tapi harus mengorak langkah ke tempat lain...~

Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Itulah sunnatullah. Bertemu pasti berpisah. Hidup pasti mati. :) Dan segala yang berlaku dalam hidup ini adalah pilihan yang telah Allah beri pada kita, kita yang akan menentukan kehidupan ini setelah diberi pilihan.

Sebagai contoh, Allah memberi pilihan untuk kita berbuat baik atau kemungkaran. Kita yang akan pilih, dan setiap pilihan kita itu akan ada balasanNya, hikmahNya, jalanNya dimana setiap itu pula akan diberi lagi pilihan. Dalam bahasa mudahnya dalam programming adalah 'loop if-else statements'.

If ()
{
If ()
{}

else ()
{}
}
else ()
{
If ()
{}

else ()
{}
}

//pastu stiap if & else tu korang masuk lg "if-else" tu, masuk la berapa kali nak loop ikut suke korang la~ =P.

Macam tu lah option dalam kehidupan kita ^_^.

Islam itu sendiri menggalakkan kita tuk terus maju dalam kehidupan. InsyaAllah, sudah tiba masa tuk Niza melangkah, menimba ilmu di tempat lain demi karier Niza sendiri. Kalau sudah jodoh, pasti akan bertemu lagi.

Inilah hikmahnya bila nama Niza tak lepas oleh atasan tuk training di NZ. Inilah hikmahnya bila Niza terlepas interview di Vantag3 kerana Niza ke Sarawak. Inilah hikmahnya bila Niza tidak berada dalam any proj3ct. Inilah yang Allah aturkan...

Setiap satu usaha kita yang tak membuahkan hasil dalam masa yang kita mahu, Allah akan gantikan dengan yang lain kerana Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita. Jadi, jangan berhenti usaha.

Semoga setiap langkah kaki ini, menuju redhaNya. Hidup ku, mati ku, keranaMu.

Wassalam wbt.

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Recent Comments

Recent Comments Widget

Followers

Network Blog

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

HARI BERLALU

Bulan / Moon

Popular Posts

Step in here

Zikir Terapi Diri